Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam sekali lagi cuba menipu Najib yang akan datang ke Melaka pada esok pagi bagi kehadiran Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang akan hadir ke Melaka sempena pelancaran rasmi Pusat Transformasi Bandar (UTC) pertama negara di Jalan Hang Tuah UTC pada 23 Jun.
Bagi menjaga maruah kerajaan negeri, bas tersebut telah dipindahkan Terminal Melaka Sentral ke Pantai Klebang dengan kos RM20,000 bagi 40 buah bas yang mana setiap kos sebuah bas adalah RM500. Setelah selesai program bersama Perdana Menteri, bas yang lama akan dihantar semula ke terminal asalanya.
Semenjak diambil alih oleh anak syarikat kerajaan negeri iaitu PM Cultural & Tourism Sdn Bhd, bilangan bas yang beroperasi telah menurun sebelum diambil alih daripada 100 buah bas kepada 50 buah bas sahaja dan keadaan ini menyulitkan penumpang yang selalu menggunakan bas henti-henti ini. Ada yang menunggu sehingga tiga hingga ke empat jam sebelum mereka boleh kembali ke destinasi mereka.
Video pada 31 Mei 2012
Sebelum ini perkhidmatan bas domestik di bawah syarikat swasta dalam keadaan baik namun setelah diambil alaih oleh kerajaan negeri, perkhidmatan agak terganggu menyebabkan masa perjalanan juga tidak tentu.
Bas yang ada tidak dapat menampung jumlah penumpang kerana sebahagian bas juga mengalami kerosakan. Penumpang juga keliru dengan jadual perjalanan bas yang ada sekarang. Sebelum ini mereka boleh merancang perjalanan kerana masa dan kekerapan yang tersusun tetapi sekarang terpaksa menunggu begitu lama untuk mendapatkan bas.
Seorang penumpang, Nasrul Hadi memberitahu bahawa bas yang disediakan untuk orang ramai semakin hari semakin teruk perkhidmatannya sehinggakan terpaksa menunggu lebih daripada satu jam hingga ke dua jam lebih.
Video pada 21 Jun 2012
sumber: Pas Melaka