Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijangka akan membuat lawatan ke Melaka pada hari Sabtu ini bagi merasmikan program UTC (Urban Tranformation Centre) peringkat Negeri Melaka.
Sehubungan dengan itu, bas-bas buruk yang telah tersadai di Melaka Sentral telah dialihkan jauh ke dataran Klebang yang kira-kira terletak 8 kilometer dari Melaka Sentral.
Kerja-kerja pengalihan bermula sejak semalam, kira-kira 40 buah bas buruk telah disembunyikan disana.
Tentunya kos untuk mengangkut bas-bas ini memakan belanja yang agak tinggi kerana ianya diangkut dengan menggunakan "towing".
Apakah Datuk Seri Ali Rustam malu jika Najib ternampak bas-bas ini di Melaka Sentral?
Sejak kebelakangan ini pun ada penumpang bas telah merungut akibat terlalu lama terpaksa menunggu bas, ada yang sampai terpaksa menunggu 2 hingga 3 jam.
Jadi dimanakah Urban Transformation Centre (UTC) dapat mengatasi masalah ini. Apabila Perdana Menteri balik ke Putrajaya, masalah rakyat Melaka tidak juga selesai. Apa yang rakyat dapat hanyalah bersalam dan mencium tangan Perdana Menteri. Permasalan sebenar tidak juga selesai.
Gambar ehsan:
Gambar Menarik Melaka