Penyelia I Dun Bukit Baru bersama Pemuda Kawasan Bukit Katil melawat mangsa kebakaran di Bukit Baru Dalam, Dun Bukit Baru.
Mangsa, Abu Kassim Syed Ahmad sekeluarga telah kehilangan tempat tinggal dalam kejadian pada 13 September yang lalu.
Rumah beliau seratus peratus telah dijilat api dan beliau sekeluarga hanya tinggal sehelai sepinggang.
Kini beliau menumpang di rumah adiknya sementara menunggu rumahnya siap dibina.
Namun begitu ,walaupun sudah hampir dua bulan kejadian tersebut berlalu, rumah beliau masih belum siap dibina, ditambah pula kontraktor telah menghentikan kerja-kerja pembinaan sejak sebulan yang lalu.
Beliau tidak mengetaui kenapa kerja-kerja membaik pulih telah diberhentikan, sedangkan Ketua Menteri telah menjanjikan peruntukan yang besar untuk membaik pulih rumah beliau.
Beliau juga turut kecewa apabila kayu yang digunakan untuk menyokong bumbung rumah beliau hanyalah menggunakan lebihan kayu tidak terbakar dan disambung-sambung, ini akan menjejaskan ketahanan bumbung rumah beliau kelak. Beliau bimbang bumbung itu akan runtuh nanti.