Malam Seribu Bintang, Seribu harapan yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Dun Bukit Baru Sabtu lepas telah membuktikan kebangkitan rakyat negeri Melaka.
Kehadiran masyarkat pelbagai kaum ke program tersebut membuktikan mereka tidak lagi takut untuk memberi sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Masyarakat cina tidak lagi takut-takut untuk memberi sokongan kepada PAS.
Jelas sekali rakyat Melaka sekarang dahagakan perubahan setelah sekian banyak pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional yang sedia ada.
Seluruh barisan kepimpinan Pakatan Rakyat Negeri Melaka dari ketiga-tiga parti ke program tersebut membuktikan kerjasama yang erat.
Program tersebut turut menampilkan Aisyah dan juga Bob Lokman sebagai tetamu undangan.