Kelmarin Pakatan Rakyat Parlimen Bukit Katil yang dianggotai PAS, DAP dan PKR telah mengadakan turun padang mengedar risalah berkaitan dengan isu semasa, barang naik dan juga pemborosan sambil bertemu dengan pelanggan Pasar Borong di Batu Berendam dalam DUN Ayer Keroh.
Program yang bermula jam 7.00 pagi itu berakhir dua jam selepas itu memberikan gambaran rakyat yang ke pasar borong tersebut memberikan maklum balas yang positif kepada pihak Pakatan Rakyat. Mereka meluahkan rasa tertekan akibat kos hidup yang semakin hari semakin meningkat.
DAP diwakili oleh ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong dan rombongannya turut serta dalam menyebarkan risalah dalam versi bahasa dan juga Inggeris berkaitan dengan isu yang berlaku dalam negara dan juga dalam negeri Melaka itu sendiri.
Beliau berkata sokongan kaum Cina terhadap Pakatan Rakyat dalam Parlimen Bukit Katil adalah positif dan pengundi juga menerima baik kepimpinan Pakatan Rakyat dalam Parlimen Bukit Katil ini. Beliau berharap kali ini Pakatan Rakyat terutamnnya PAS dapat memenangi kerusi 2 lagi DUN dalam Parlimen Bukit Katil iaitu Bukit Baru dan juga Ayer Molek.
Penyelia DUN Bukit Baru, Yusof Wahab pula berkata sambutan dan kerjasama dari pelanggan di Pasar Borong membuktikan bahawa mereka tidak takut untuk memilih Pakatan Rakyat kerana mereka tahu bahawa selain daripada BN, parti lain juga boleh memerintah sekiranya diberikan peluang.
Beliau melihat situasi sekarang bahawa mood untuk pilihanraya semakin dekat dan ada dikalangan bertanyakan bilakah tarikh pilihanraya serta mereka bersedia untuk tukar kepada kerajaan yang lebih baik dan beramah untuk menjamin masa depan negara yang harmoni.