Setiap kali projek kerajaan ingin dilaksanakan, pasti tanah orang melayu diambil alih untuk memberi laluan kepada projek pembangunan.
Begitu juga yang berlaku kepada penduduk Kg. Jembatan Duyong, Batu 3 ½, Duyung telah diambil oleh pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka untuk dibangunkan Projek Perkampungan Hang Tuah.
Yang menjadi buah mulut dikalangan penduduk disini ialah tanah yang diambil dibayar dengan pampasan yang tidak setimpal, dan berbeza-beza kadar bayarannya.
Ada penduduk yang dibayar serendah RM8.50/kaki persegi. Mereka ini kebanyakannya dikalangan penyokong BN sendiri.
Ada juga pemilik tanah yang bertegas dan menuntut bayaran yang lebih tinggi iaitu RM12/kaki persegi. Mereka ini dibayar dengan jumlah yang dituntut iaitu RM12/kaki persegi.
Malah ada juga penduduk yang meminta pampasan yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM16/kaki persegi dan mereka membawa tuntutan mereka ke mahkamah.
Kalau kes mereka berjaya pemilik tanah tersebut akan mendapat pampasan harga hampir sekali ganda dibandingkan dengan mereka yang akur tanahnya diambil yang yang kebanyakan terdiri dari penyokong BN tersebut.
Inilah keadaan yang berlaku di Melaka, setiap kali projek pembangunan dijalankan yang menjadi mangsa adalah rumah dan tanah orang melayu.
Setelah merdeka lebih 50 tahun, tidak adakah kaedah yang lebih baik untuk memberi situasi menang-menang kepada orang kampung dan pemaju.
Berbeza dengan apa yang berlaku di zaman British dahulu, setiap tanah yang diambil diganti dengan tanah yang lain.
Inilah yang dikatakan di mana UMNO kuat di situ melayu merempat.