Projek besar-besar adalah projek pemborosan yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan UMNO/BN Melaka. Unsur-unsur rasuah dan penyelewengan mesti ada di dalamnya. Bukan itu sahaja pembaziran ini juga membuang duit rakyat akibat pembinaan monorel yang tidak memberikan keuntungan kepada rakyat. Fasa satu monorel adalah sebnayka RM16juta yang tidak termasuk kos pembaikan yang rosak lebih 21 kali manakala fasadua dijangka menelan kos RM21juta.
Selain daripada itu, kesihatan penduduk agak terganggu akibat sisa sampah di Krubong dikatakan telah melebihi jumlah yang terpaksa ditampung oleh tapak tersebut. Ini sedikit-sebanyak mendatangkan ketidakselesaan kepada penduduk yang tinggal berdekatan dengan tempat pembuangan samapah ini.