Ali Rustam mengatakan tindakan memijak gambar Perdana Menteri adalah satu perbuatan yang biadab yang boleh mencetuskan huru hara.
Ali Rustam perlu ingat, yang mencetuskan huru-hara adalah penyokong-penyokong UMNO sendiri, Apakah Ali Rustam lupa, penyokong UMNO yang menyokong Idris Jusoh sanggup mengata "Natang" yang merujuk kepada Sultan. Slogan yang berbunyi "KAMI NAK DERIS, NATANG" jelas satu penghinaan kepada Sultan.
Begitu juga provokasi memijak kepala lembu yang berlaku di Selangor.
Malah di Merlimau sendiri semasa penamaan calon Pilihanraya Kecil Merlimau apakah Ali Rustam tidak menegur poster yang menghina Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang direka seolah-olah mereka dalam keadaan meliwat. Apakah pada masa itu "mata" Ali Rustam rosak, ataupun disebabkan penyokong sendiri yang melakukan maka ianya didiamkan.
Juga yang terbaru, bas yang membawa rombongan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga disekat, dihalang dan disimbah cat.