Sungai Duyong ibarat menjadi medan tumbuhan kiambang membiak dengan begitu cepat sekali. Pertumbuhan kiambang ini akan menjejaskan kehidupan di dalam sungai itu sendiri. Bukan di Sungai Duyong ini sahaja malahan banyak lagi sungai yang tidak diberi perhatian oleh pihak Jabatan Pengairan dan Salitran (JPS) terhadap sungai ini.
Keadaan sungai yang telah ditumbuhi tumbuhan kiambang menyebabkan laluan air tersekat. Air dari longkang kecil juga tersekat dan sebaliknya telah berlaku apabila air sungai mengalir masuk ke sungai kecil yang sebelahnya.
Diharapkan pihak berwajib seperti Jabatan Pengairan dan Salitran (JPS) bertindak dengan pantas menangani masalah ini bagi mengelakkan keadaan aliran air menjadi perlahan serta sampah boleh terkumpul akibat tumbuhan kiambang yang banyak ini. Keadaan ekosistem mungkin juga terjejas akibat tumbuhan kiambang ini.