Kejadian samseng melibatkan UMNO/BN Melaka kian menjadi-jadi sejak kebelakangan ini di negeri Melaka ini.
Terbaru, Jumaat lepas majlis perasmian bilik gerakan DAP Dun Klebang telah diganggu oleh penyokong UMNO/BN yang telah bentidak membuat kacau di kawasan tersebut.
Ini menandakan UMNO/BN telah tergugat dengan sokongan yang diterima oleh Pakatan Rakyat Negeri Melaka. Kerjasama erat Pakatan Rakyat Melaka telah menimbulkan kegusaran kepada UMNO/BN.
Walaupun MCA yang bertanding di Dun Klebang, tetapi UMNO pulak yang beria-ia mempertahankan kawasan tersebut dengan aksi samseng. Tidak nampak pula penyokong MCA yang merusuh di kawasan tersebut. Adakah ini menunjukkan MCA lebih bijak berpolitik berbanding UMNO di situ?
Kemungkinan penyokong-penyokong ini diarahkan oleh pemimpin-pemimpin mereka memandangkan kejadian seperti ini kerap berlaku termasuk insiden
mengungut bunuh seperti yang terjadi kepada sepasang suami isteri di Bukit Baru ini.