Pages

Sunday, 20 January 2013

Peniaga tidak dibenarkan berniaga kerana tidak memberi "salam"?

gambar hiasan

Semasa turun padang di Kg Bukit Katil tempoh hari, seorang peniaga telah mengadu bahawa beliau dihalang daripada berniaga di dalam kawasan majlis perbandaran Melaka yang bersempadan dengan negeri Johor sana.

Beliau yang namanya enggan didedahkan memaklumkan beliau dikatakan masuk dengan tidak memberi "salam" oleh orang tertinggi majlis perbandaran tersebut.

Beliau memaklumkan bahawa beliau meniaga diatas tapak milik JKR dan telah mendapat kebenaran dari pihak JKR, malah beliau juga turut mendapatkan sokongan dari dua adun yang berkaitan.

Apabila ditunjukkan dokumen sokongan daripada dua adun yang berkaitan, orang tertinggi dalam majlis daerah tersebut marah dan berkata "awak jangan buat saya dan adun tersebut bergaduh".

Apakah maksud "tidak memberi salam" adakah tidak memberi rasuah?

Beliau telah membuat permohonan lebih dari sebulan tetapi masih belum diluluskan. Apakah perlu memberi "salam" baru permohonan tersebut diluluskan?

No comments:

Post a Comment