Pages

Tuesday, 22 January 2013

Masjid Bukit Baru 70 tahun salah arah kiblat


Sinar Harian melaporkan Masjid Al-Ehsan Bukit Baru salah kiblat hampir 70 tahun dan terpesong 10 sentimeter.

Sebelum ini masjid yang sama telah dipanah petir dan pernah juga dimasuki oleh babi sehingga perlu disamak keseluruhan masjid.

Sekarang terdapat khabar-khabar angin yang tersebar mengatakan peruntukan RM3 juta tidak dululuskan kerana Masjid Negeri yang berdekatan tidak penuh? Tidak tahu sejauh mana kebenaran khabar-khabar angin tersebut, dan mungkin pihak MAIM boleh jelaskan.

Nampak gayanya penduduk Bukit Baru dan rakyat Melaka amnya perlu tukar kepada Pakatan Rakyat untuk melihat  masjid-masjid penuh dengan jemaah

Kita yakin dan percaya jika Pakatan Rakyat mengambil alih Melaka, masjid dan surau akan meriah dan akan penuh dengan majlis-majlis ilmu.

No comments:

Post a Comment