Pages

Wednesday, 5 December 2012

Tidur berhimpit, bilik roboh ditimpa pokok sejak 5 tahun lalu


Sejak rumahnya di bahagian belakang ditimpa pokok rambai sejak lima tahun yang lalu, Zainah Jaafar beserta lapan orang anaknya terpaksa tidur berhimpit-himpit.

Beliau yang menetap di rumah yang bernombor 349-1 di Kampung Teluk Bukit Beruang telah memohon bantuan daripada JKKK kampung tersebut sejak beberapa tahun yang lalu, namun sehingga kini tiada sebarang perkembangan lanjut.

Rumah yang diduduki oleh beliau sekarang juga merupakan rumah PPRT yang disumbangkan oleh pembayar cukai.

Beliau memaklumkan beliau memerlukan bilik tersebut dan berharap dapat bantuan dari pihak-pihak berwajib kerana beliau mempunyai anak yang ramai.

Rumah beliau berada dalam Dun Bukit Baru yang mana Adunnya merupakan seorang Ketua Menteri.

No comments:

Post a Comment