Pages

Friday, 30 November 2012

PASTI dah diroboh, tapi jalan belum juga siap


Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Jaya Insan dirobohkan dengan alasan jalan raya akan dibina disitu sehingga tembus ke simpang Bukit Beruang berdekatan dengan Melaka Mall.

Walaupun telah dipinda atas kelawatan, nampaknya sekali lagi ianya akan dipinda memandangkan tarikh jangkamasa siap pada papan tanda hanya tinggal sebulan sahaja lagi.

Apa masalah dengan jalan tersebut? dengar katanya ianya berpunca dari rungutan penduduk dalam taman berdekatan yang tidak bersetuju dan jalan tersebut, bimbang akan keselamatan anak-anak mereka. Jalan tersebut akan melalui taman perumahan.

Tunggu sahajalah papan tanda ini berubah tarikh "dijangka siap"nya.




Wednesday, 28 November 2012

GEMPAR: Ahli Parlimen "dihadiahkan" batu nisan ketika ceramah di pentas sendiri


Heboh dan menjadi mulut penduduk di sekitar Air Molek, Melaka apabila seorang ahli parlimen dari Johor yang datang berceramah disitu Ahad lepas dimalukan dengan "hadiah" berupa sebatang batu nisan dari seorang lelaki diatas pentas ceramah.

Ahli Parlimen tersebut dibawah khas dari Johor Ahad lalu sempena Karnival 55 Jam Ayer Molek.

Menurut penduduk, ketika ahli parlimen itu berceramah dan asyik mengutuk pembangkang dan tokoh-tokoh utama pembangkang, seorang lelaki telah naik ke pentas dan menghempas batu nisan dihadapan ahli parlimen tersebut.

Menurut penduduk lagi, lelaki tersebut mendengar ceramah pada mulanya, bangun menghilangkan diri, kemudian datang semula dengan batu nisan yang seolah-olah baru dicabut.

Ahli parlimen yang terkenal dengan sikap lantang dan merupakan ayam tambatan bagi UMNO/BN diparlimen tersebut tergamam dan terus berhenti ceramah seketika apabila ditanya oleh lelaki tersebut kenapa beliau datang kesini dan kemudiannya lelaki tersebut terus menghempas batu nisan di depan ahli parlimen tersebut dihadapan ratusan penyokong-penyokong UMNO/BN.

Kejadian itu turut disaksikan oleh ADUN Ayer Molek, Datuk Md Yunos dan oleh ratusan penyokong-penyokong UMNO yang lain, yang belum pernah berlaku dalam sejarah di Melaka ini. Tiada sesiapa mengenali lelaki terbabit, mungkin juga cucu-cicit Hang Jebat yang ingin memberi amaran supaya jangan makan sembarang makan.

Tidak tahu apa tujuan lelaki tersebut menghempaskan batu nisan, dihadapan Ahli Parlimen Seri Gading, Muhammad Aziz. 

Mungkin juga rakyat sudah jelek mendengar pembohongan-demi pembohngan UMNO sedangkan kehidupan harian rakyat bawahan semakin tertekan dibawah pemerintahan UMNO/BN.

Mungkin batu nisan itu simbolik bahawa sudah sudah sampai masanya UMNO dikuburkan setelah 55 tahun memerintah.

Lelaki tersebut tidak dikenali tersbut telah dibawa oleh polis untuk disoal siasat. Harian Metro ada mengeluarkan berita tersebut semalam di ahkbarnya.
Keratan Harian Metro semalam

Di tapak inilah Ahli Parlimen tersebut "dihadiahkan" batu nisan



Tuesday, 27 November 2012

Lagi Laporan Audit berkenaan JAIM, Longkang tersumbat


Isu longkang tersumbat yang dilaporkan oleh Jabatan Audit 2011 terhadap Sekolah Rendah Jaim Semabok sangat memalukan.

Kenapa begitu banyak isu berkaitan JAIM dalam Ketua Audit. JAIM ini agensi dibawah MAIM, siapakah Pengerusi MAIM kalau bukan Ketua Menteri Melaka. Kenapa perkara sedemikian boleh berlaku. Tidakkah ini memalukan?



Monday, 26 November 2012

Penemuan pelik dalam LAPORAN KETUA AUDIT, LUBANG UDARA DIKAKI


Sekolah inilah yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit 2011 akibat membina lubang udara yang tidak sesuai. Sekolah Rendah Agama JAIM Kampung Tun Razak, Bukit Katil Melaka.

Adakah patut lubang udara terletak dibawah, selalunya kita lihat lubang udara terletak diatas, tetapi ini terbalik, kalau hujan tentu basah satu kelas. Tambahan lagi ianya bahaya untuk pelajar-pelajar yang merupakan kanak-kanak.

Macam mana la pembayaran boleh dilakukan sedangkan ianya tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

JAIM ini sudah tentulah agensi dibawah MAIM, dan Pengerusi MAIM adalah Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam sendiri.

Apa sudah jadi?




Sunday, 25 November 2012

Benarkah UMNO menjaga Islam?


Beginilah kedudukan Mufti di bawah pentadbiran UMNO di Melaka. Ali Rustam menjadi Pengerusi MAIM dan adun-adun menjadi ahli majlis yang utama. manakala mufti berada ditangga keenam.

Ali Rustam merupakan Pengerusi MAIM dan dalam masa yang sama Ali Rustam jugalah yang meluluskan premis pusat hiburan sehingga pukul 3 pagi.

Dahulu Melaka ini merupakan pusat penyebaran agama Islam, tetapi hari ini Melaka di bawah kerajaan Barisan Nasionalah yang merobohkan PASTI dan menyaman Pasti melalui agensi pihak berkuasa tempatannya.

Kejadian yang terbaru, Ustaz Azhar Idrus dilarang dari mengajar di masjid dibawah kelolaan MAIM, dan Ali Rustam patut malu kerana beliau boleh meluluskan pusat hiburan sehingga pukul 3 pagi, tetapi kenapa beliau selaku Perngerusi MAIM tidak membenarkan ceramah Ustaz Azhar Idrus.


Friday, 23 November 2012

Akhirnya ini yang berlaku, seperti yang dilaporkan sebelum ini

 Sebelum ini blog ini ada mendedahkan tentang tebing yang yang dibina di kawasan cerun tinggi di  Taman Duyong Permai menghalang tanah runtuh yang dibuat ala kadar seperti melepaskan batuk ditangga (klik sini).

Hari ini kejadian yang membimbangkan tersebut benar-benar belaku. Nampaknya selepas ini pun duit rakyat akan dihabiskan sekali lagi dengan binaan ala kadar seperti ini selagi UMNO memerintah.

Penduduk bimbang dengan kejadian yang terbaru ini, apabila tebing tersebut dihimpit oleh tanah dan menyebabkan tebing tesebut pecah.

Penduduk sekali lagi mengadu menyatakan kebimbangan mereka dan mereka mengatakan jangan sampai ada yang mati baru kerajaan hendak bertindak.



Thursday, 22 November 2012

Suami Isteri hilang Punca Pendapatan Apabila tidak Lagi Dibenarkan Berniaga


Sepasang suami isteri warga emas yang tinggal di Solok Tambak, Bukit Katil mengalami nasib malang apabila tidak lagi dibenarkan berniaga di warung yang disewanya daripada tok sidang kampung tersebut.

Ahmad bin Ismail telah berniaga disitu sejak 15 tahun yang lalu dan itulah punca pendapatan mereka sekeluarga.

Isterinya memaklumkan mereka tidak tahu kenapa sekarang mereka tidak dibenarkan lagi berniaga disitu, sedangkan mereka tidak pernah sekalipun terlewat bayar duit sewa.

Beliau diarahkan oleh tok sidang untuk keluar kononnya warung tersebut ingin diperbaiki.

 Isterinya bercerita lanjut, apa yang menyebabkan beliau terkilan adalah apabila ketika memasak, pekerja majlis bandaran datang dan mengecat dan dengan kasar tanpa memberikan notis awal. Ketika itu beliau sedih diperlakukan dengan sebegitu rupa.

Beliau telah ditamatkan dari menyewa disitu sejak 2 bulan yang lalu dan kini tiada punca pendapatan.

Sebelum inipun isteri beliau membantu beliau, sedangkan pergerakan pergerakan Ahmad sendiri terhad akibat terkena serangan strok ringan.

Beliau juga memaklumkan tidak menerima apa-apa bantuan daripada pihak Majlis Agama Islam Melaka mahupun dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.





Wednesday, 21 November 2012

Saman AES: Bayar di mahkamah, bukan dengan polis, kata Pemuda PAS



KUALA LUMPUR, 21 Nov — Pemuda PAS menyeru orang ramai supaya membayar saman yang dikenakan oleh Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di mahkamah dan bukan kepada polis, kata pengarah undang-undang dan hak asasi manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS, Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi.
Menurut Ahmad Zamri, apabila membayar saman di mahkamah, wang tersebut akan dimasukkan ke kumpulan wang yang disatukan dan seterusnya akan disalurkan kepada dana kerajaan, bukannya disalurkan kepada syarikat swasta.
“Saya melihat agak aneh bila undang-undang dikuatkuasakan oleh syarikat swasta.
“Apabila syarikat swasta menguatkuasakan undang-undang, secara tak langsung mereka mahu membuat untung atas angin ke atas rakyat,” kata Ahmad Zamri hari ini selepas membuka kaunter penerangan dan bantuan mengenai saman AES di ibu pejabat PAS hari ini.
Kaunter tersebut dikelolakan oleh Juham Dewan Pemuda PAS dan badan bukan kerajaan (NGO) Kempen Anti Saman Ekor (Kase).
Sementara itu, ahli jawatankuasa unit Parlimen, Penyelidikan dan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS, Dr Zulqarnain Lukman berkata, sejak pengenalan AES, 65,000 saman telah dikeluarkan.
“Dari hujung September ke November ini sudah 65,000 saman dikeluarkan.
“Bayangkan setiap 65,000 saman ini, setiap RM16 akan diberikan kepada syarikat swasta ini,” kata Zulqarnain lagi.
Dalam perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010, kementerian pengangkutan berkata urusan itu akan dikendalikan oleh Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd dan bukan dikendalikan oleh Jabatan Pengangkutan Awam (JPJ) atau polis.
Kedua syarikat tersebut didakwa oleh pihak pembangkang sebagai syarikat kroni yang mempunyai kaitan dengan Umno dan MCA.
Bagaimanapun timbalan menteri pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha menafikan dakwaan tersebut dan berkata proses pemilihan tender untuk AES dijalankan secara telus.

Tuesday, 20 November 2012

Bayaran Pampasan Pasti Bukit Katil Sudah 2 Minggu Lewat


Bayaran pampasan untuk kali kedua kepada Pasti Bukit Katil sudah dua minggu kelewatan. Penduduk yang lain disitu sudah menerima wang pampasan sejak dua minggu yang lalu. Tetapi bayaran kedua untuk PASTI masih belum diterima sehingga hari ini.

Apakah muslihat kali ini yang ingin dimainkan oleh kerajaan UMNO/BN terhadap PASTI.

Dulu PASTI ini dirobohkan untuk membina jalan walaupun dibantah keras oleh penduduk. Hari ini penduduk didalam taman sana pula marah apabila memikirkan keselamatan anak-anak mereka apabila jalan tersebut siap kelak.

Kita tunggu perkembangan lanjut dari pihak tertentu dalam masa terdekat. Apa lagi muslihat mereka.

Monday, 19 November 2012

Pokok Bunga Mati Terbiar Begitu Saja

Gambar ini diambil di persimpangan Jalan Mufti Haji Khalil, berhampiran masjid Al-Azim. Kelihatan pokok bunga dibiarkan mati dan semestinya ianya menggunakan wang rakyat untuk menanam pokok bunga ini. Agak-agak berapa ringgit sepokok?

Sunday, 18 November 2012

MBMB Lebih Profesional Bebanding MPHTJ


Tahniah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) kerana penguatkuasaan larangan pemasangan bendera parti politik di Bukit Katil dibuat secara adil, bendera PAS dan BN diarahkan untuk diturunkan secara saksama, dan semalam nampaknya tiada lagi bendera politik di tepi-tepi jalan di kawasan Bukit Katil ini.

Tetapi apa yang dikesalkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) memilih bulu dalam melaksanakan penguatkuasaan tersebut apabila bendera PAS telah diarahkan turun, sedangkan bendera BN dibiarkan berkibar di dalam kawasan pentadbirannya.

Sehingga hari ini bendera BN masih lagi bebas berkibaran di kawasan simpang 4 JPJ Bukit Katil, dan bendera PAS dicabut sebelum ini. Sila klik disini
Bendera BN masih berkibar megah, hanya bendera PAS yang dicabut

Friday, 16 November 2012

Perparitan tidak sempurna punca banjir di Kg. Parit Lampung, Tehel


Kampung Parit Lampung, Tehel merupakan kawasan yang paling terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Menurut Mohd Syafiq bin Dimat, setiap tahun beliau dan jiran-jiran terpaksa berhadapan dengan banjir, banjir yang paling teruk pernah mereka hadapi adalah pada tahun 1995 dan 2006. Tedapat kira-kira 10 biji buah rumah di lorong ini.

Tahun ini air naik sebanyak dua kali, baru-baru ini. Beliau juga memberitahu sudah bosan berpindah setiap tahun akibat banjir.Tahun ini selama 14 hari beliau dan keluarga berada di pusat pemindahan banjir.

 Beliau juga memaklumkan banyak barangan telah rosak dan tidak boleh diguna pakai lagi terutamanya mesin basuh.

Tinjauan yang dibuat mendapati sistem perparitan disini tidak sempurna, atau hampir tiada. Air hujan yang berlebihan tidak dapat mengalir dengan sempurna.

Tiada saliran yang mengalir ke parit utama.

 Ditambah pula sungai di hilir, iaitu di sungai di Pengkalan Badak yang cetek dan menyebabkan air tidak mengalir dengan laju apabila hujan lebat.

Mangsa banjir memaklumkan mereka mendapat bantuan rm300 satu keluarga dari pihak kerajaan. Semasa lawatan Rosmah Mansor, beliau juga menghulurkan cek sebanyak RM10,000 untuk 26 keluarga.

Jika wang yang RM300 itu merupakan wang yang disampaikan oleh Rosmah Mansur, bermakna satu keluarga sepatutnya akan mendapat RM400.

Dan jika itu bantuan itu berasingan, bermakna penduduk masih belum menerima wang yang bernilai RM400 satu keluarga dari Rosmah tersebut.

Ada juga penduduk yang mengadu bahawa terdapat petugas sukarela yang tidak mesra dan menyingung mangsa banjir dengan kata-kata yang tidak enak didengar.










Thursday, 15 November 2012

Dulu tutup, sekarang dibuka kembali


Dulu jalan ini ditutup dengan penghadang, sekarang ianya dibuka balik, tidak tahu kenapa, mungkin PRU sudah dekat semua boleh jadi.

Mungkin ianya dibuka kembali kerana takut rakyat marah dan tidak mengundi BN lagi. Persoalannya kenapa sebelum ini ditutup? Sehinggakan mak cik ingin beli belacan di seberang jalan terpaksa u-turn dan mengambil jalan yang jauh.

Jalan ini boleh tembus ke Kampung Bukit Pulau telah ditutup lama dahulu, hari ini tup..tup, dibuka kembali.

Beginilah keadaan jalan pada hari ini, keadaan jalan ini juga sudah rosak, air parit mengalir diatas jalan dan menghakis jalan dan menyebabkan becak.


Wednesday, 14 November 2012

Terusan terhalang, air tidak bergerak


Beginilah keadaan terusan air yang terdapat di Jalan Tebing Tinggi, Bukit Katil ketika tinjauan dilakukan semalam.

Penduduk disini bimbang, jika hujan sekali lagi, kemungkinan besar air akan melimpah ke kawasan rumah mereka.dan akan menyebabkan banjir kilat.

Air tidak mengalir sepenuhnya kerana terdapat halangan berupa sekatan dimuara terusan ini, tidak tahu pihak mana yang membuat sekatan ini.

Keadaan hujan yang beberapa hari ini telah menyebabkan peningkatan paras air yang begitu ketara.

Sebelum kejadian bertambah parah, pihak berkenaan perlu peka dan sentiasa berwaspada bagi mengelakkan kejadian yang boleh dielak sebenarnya.


Tuesday, 13 November 2012

BERSIH: Kaji kelemahan proses tanda dakwat kekal

Gabungan pilihan raya bersih dan adil (BERSIH) menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengkaji beberapa kelemahan yang mungkin timbul dalam proses penandaan dakwat kekal ke atas pengundi dalam pilihan raya umum akan datang.
Dalam satu kenyataan media hari ini, jawatankuasa pemandu BERSIH berkata prosedur baru itu mungkin menyebabkan proses pengundian terjejas dengan proses tidak adil dan juga kelewatan.

indelible ink psc 291211Isu utama yang dibangkitkan ialah rancangan SPR untuk menanda dakwat kekal di jari pengundi sebelum membuang undi – yang menurut BERSIH mungkin akan mengotorkan kertas undi dan seterusnya menjadi undi rosak.

"Atas sebab ini, kebannyakan negara lain yang menggunakan dakwat kekal (seperti Afghanistan, Mesir dan Iraq) hanya menanda dakwat selepas pengundi membuang undi untuk memastikan pengundi itu tidak menghalang laluan pengundi lalu.

"Kami menggesa SPR untuk mengikut contoh ini," kata BERSIH dalam satu kenyataan hari ini.

Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar sebelum ini berkata prosedur itu perlu bagi memastikan proses menanda dakwat merupakan syarat untuk mengeluarkan kertas undi – kerana pengundi mungkin tidak mahu ditanda selepas membuang undi.

NONEJawatankuasa itu juga menggesa SPR supaya memastikan supaya pengundi diberi masa secukupnya untuk melalui proses tersebut dan satu demonstrasi dijalankan bagi menguji kecekapan proses berkenaan.

Jawatankuasa itu berkata, sekiranya masa tambahan diperlukan untuk menanda dakwat, kesesakan mungkin berlaku di sesetengah pusat pengundian.

BERSIH juga bimbang sekiranya pengundi akan dapat mengelap dakwat kekal tersebut sebelum ia betul-betul kering.

Jawatankuasa itu tidak bersetuju dengan rancangan untuk memberikan kertas tisu kepada pengundi.

Sebaliknya, pengundi perlu waktu menunggu minimum selama satu minit perlu disediakan bagi membolehkan dakwat kekal itu kering sepenuhnya.


Sumber: Malaysiakini

Saturday, 10 November 2012

SAMM MELAKA:Sidang media sempena Jelajah Bongkar Skandal Scopene di Melaka


Satu sidang media telah diadakan oleh SAMM Melaka pada pagi tadi (10/11/2012) sempena program RAPAT RAKYAT ABU: Jelajah Bongkar Skandal Scorpene yang akan diadakan di Melaka pada 12 November ini bertempat di Peringgit Jaya.

Sidang media yang dipengerusikan oleh Saudara Zuraidi Abdullah merangkap Penyelaras Soladiriti Anak Muda Malaysia (SAMM) Melaka, turut menghadiri sidang media tersebut ialah Cikgu Mohd Yusof Wahab selaku Ketua Penerangan PAS Bukit Katil dan merangkap Penyelia Dun Bukit Baru, Saudara Freddie S.H Lim selaku Penolong Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri Melaka, Saudara Law Bing Haw merangkap Ketua AMK Negeri Melaka, Haji Safian Ketua Cabang Keadilan Kota Melaka dan seterusnya anak-anak muda yang cintakan perubahan.


Sidang media itu menyeru seluruh rakyat negeri Melaka dapat hadir dan berharap pihak keselamatan dapat menjaga keselamatan tanpa pilih kasih dan penuh profesional.


Baca selanjutnya di http://anakmudamalaysia.com/2012/11/samm-melaka-sorotan-dari-sidang-media-samm-melaka-sempena-program-rapat-rakyat-abu-jelajah-bongkar-skandal-scorpene-di-melaka/






S'gor tidak benarkan penguatkuasaan AES

Kerajaan Selangor tidak akan membenarkan penguatkuasaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang telah dipasang di negeri ini kerana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) gagal membuktikan AES adalah cara terbaik untuk mengatasi peningkatan kadar kemalangan jalan raya, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

NONE"Setelah mendengar taklimat oleh Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) semalam, kerajaan negeri bercadang untuk melantik penilai bebas untuk mengkaji sama ada Kementerian Pengangkutan telah mengambil kira secara menyeluruh langkah-langkah sepatutnya sebelum membuat keputusan untuk mengunapakai dan memasang sistem AES ini.

"Dari pembentangan tersebut, kerajaan negeri juga mendapati Kementerian Pengangkutan telah gagal mendapatkan kebenaran untuk pembinaan struktur bagi sistem AES daripada pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Justeru, tegasnya, kerajaan negeri mengarahkan semua PBT untuk memaklumkan  kepada kementerian menyatakan bahawa pemasangan AES telah tidak mematuhi undang-undang dan tidak boleh dilaksanakan sehingga perkara ini dipatuhi.

"Kerajaan negeri merasakan  perjanjian di antara Kerajaan Pusat dan syarikat konsesi perlu dikaji semula sebelum sistem AES dapat dikuatkuasakan.

"Kerajaan negeri juga dimaklumkan bahawa syarikat konsesi akan mendapat keuntungan 17 peratus di mana kerajaan negeri berpendapat jumlah keuntungan itu tidak wajar.

"Kerajaan negeri  juga mengesyorkan kutipan sama dimasukkan dalam Akaun Amanah berbanding Akaun Yang Disatukan untuk membiayai program kesedaran keselamatan jalan raya," tegasnya. 

Dengan cara ini, tegasnya, rakyat  yang membayar saman akan menyumbang kepada negara bukan membantu menambah kekayaan golongan peniaga. 

Menerusi akaun amanah ini, tambahnya, syarikat konsesi hanya dibenarkan mengutip keuntungan wajar bagi menampung kos pemasangan kamera AES. 

"Dengan cara ini juga, syarikat konsesi lebih berhati-hati untuk memasang AES dengan memilih kawasan-kawasan strategik  untuk mengelak menanggung kos pemasangan yang tinggi. 

"Kerajaan negeri tidak bertolak ansur sekiranya syarikat konsesi mahu mengaut  keuntungan melampau hasil penswastaan saman kerana akhirnya rakyat yang terpaksa menanggung beban," tambahnya.

Sumber: Malaysiakini

Friday, 9 November 2012

Penduduk resah, banjir kilat, denggi akibat longkang tidak dibina


Dengan keadaan hujan sejak akhir-akhir ini, seorang penduduk kampung di Kampung Bukit Pulau resah apabila air hampir-hampir memasuki rumahnya akibat daripada longkang yang dibina tidak sampai ke rumahnya.

Air hujan tidak dapat bergerak laju apabila tiada longkang yang sempurna dan ini menyebabkan air hampir-hampir memasuki rumahnya.

Beliau juga bimbang dengan nyamuk apabila ada air bertakung agak lama dibalik semak samun yang mana air tidak dapat melaluinya.

Longkang yang dibina sejak 3 tahun lalu hanya terhenti setakat rumah jirannya yang jauh sekitar 200 meter.

Abdul Malik Taha yang menetap di lorong Pulau Sembilan telah memaklumkan kepada JKKK beberapa kali namun tiada tindakan diambil sehingga hari ini.