Pages

Saturday, 29 September 2012

Usaha PAS yang ingin turut meraikan tetamu cuba dihalang


Usaha PAS yang ingin turut sama meraikan orang ramai ke majlis kahwin anak Ketua Menteri Melaka dengan memasang bendera berhampiran Dewan Tun Ali cuba dihalang oleh MPHTJ.

Mereka cuba mencabut bendera PAS yang dipasangkan di situ. Pada malam semalam terjadi pertingkahan antara pegawai MPHTJ dan juga petugas Pas Cawangan Kg. Bukit Katil.

Takkan nak meraikan tetamu ke majlis tersebut dihalang.

Menurut petugas PAS cawangan tersebut, beliau memberitahu, jika bendera PAS ingin dicabut, MPHTJ juga perlu mencabut bendera BN yang berkibaran lagi banyak melebihi apa yang dipasang oleh PAS.

Jika mereka ingin mencabut bendera PAS, bendera BN juga perlu dicabut kerana Pengibaran bendera parti politik sebelum pilihanraya adalah bercanggah dengan Akta Pilihanraya 1954, Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-undang Kecil Pilihanraya (Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah) 2010" 

Friday, 28 September 2012

"Kempen Bandar Selamat" tetapi tidak selamat untuk OKU


Ini kawasan luar pejabat Pos Besar Melaka, laluan pejalan kakinya mempunyai penghadang, Nampak memang cantik, tetapi bagaimana Orang Kurang Upaya (OKU) hendak menggunakan laluan ini.

Di manakah OKU yang berkerusi roda hendak berjalan? Apakah OKU dipersilakan untuk berjalan di tepi jalan yang sibuk dengan kenderaan? Adakah ianya selamat untuk OKU?

Gambar dibawah ini pula berhampiran Pejabat Kesihatan Melaka Tengah.

Kempen bandar selamat untuk siapa sebenarnya? Harap MBMB dapat memberi penjelasan.

Thursday, 27 September 2012

Peniaga di Taman Mini Malaysia dan Mini Asean Tunjuk Perasaan Lagi

Sebelum ni peniaga di Taman Mini Malaysia dan Taman Mini Asean meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap gerai sementara bagi menaiktaraf infratruktur gerai sedia ada disitu. (rujuk sini)

Kini bangunan tersebut telahpun siap dibangunkan, namum begitu masalah yang lain pula timbul, sewa bulanan yang dikenakan kepada mereka dikatakan meningkit 10 kali ganda, sehingga ada yang mencecah RM3000 sebulan seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian.

Menurut laporan Sinar Harian tersebut, bangunan tersebut telah diswastakan dan dibangunkan diatas tapak Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka, namun menrut mereka kadar sewa sebanyak RM3000 tidak munasabah.




Wednesday, 26 September 2012

"Saya Sokong Pakatan Rakyat"


Poster saya sokong Pakatan Rakyat dilihat dinaikkan di kawasan Peringgit, Bukit Baru dan kawasan yang sekitarnya.

Poster itu dilihat sebagai altenatif bagi melawan bendera yang di naikkan oleh Barisan Nasional.

Di Melaka ini, hanya bendera BN sahaja yang dibenarkan untuk dipasang dan tidak diganggu oleh PBT. Jika bendera PAS, dinaikkan di premis sendiri pun dikenakan notis. (lihat sini)

Tuesday, 25 September 2012

Kalau UMNO boleh, kenapa PAS tak boleh?




PAS Cawangan Kg. Bukit Katil telah memasang bendera PAS setelah melihat bendera yang di pasang oleh BN tidak dicabut oleh MBMB.

Bendera tersebut di sepanjang kampung Bukit Katil.

Jika UMNO/BN boleh pasang, kenapa PAS tak boleh pasang. Lainlah kalau negara ini ada dua undang-undang yang berbeza.



Monday, 24 September 2012

PASTI sudah diroboh, tetapi jalan belum siap...


Walaupun PASTI Jaya Insan telah dirobohkan sejak lima bulan yng lepas kononya bertujuan untuk membina jalan, namun jalan tersebut masih lagi belum dibina.

Timbul persoalan, kenapa PASTI dan juga Markaz PAS Bukit Katil tergesa-gesa dirobohkan jika pembinaan jalan masih ditangguhkan. Kita boleh lihat kenapa mereka beria-ia berusaha keras untuk merobohkan PASTI dan Markaz tersebut menjelang pilihanraya umum ke 13.

Sebelum ini kita pertahankan PASTI dan Markaz tersebut dengan pelbagai siri demonstrasi berhubung isu perobohan PASTI tersebut.

Semoga dengan robohnya surau dan PASTI, maka akan robohlah juga UMNO di Negeri Melaka pada PRU-13 kali ini.










Saturday, 22 September 2012

Tindakan Tidak Beradab UMNO di Hadapan Masjid


Tindakan Ketua Menteri Melaka melakukan demontrasi kononya mempertahankan nabi sebenarnya lebih kepada mencari publisiti murahan dan berselindung disebalik semangat sayangkan nabi.

Demontrasi itu lebih dilihat lebih kepada demontrasi anti-DAP untuk memperoleh keuntungan politik.

Lebih malang lagi ianya dilakukan diperkarangan masjid negeri.

Pembakaran gambar pemimpin DAP, Ngeh Koo Ham dihadapan pintu masjid menyerlahkan lagi tindakan UMNO yang mempergunakan masjid untuk kepentingan politik mereka.

Perbuatan membakar secara terbuka tersebut juga menunjukkan retorik kerajaan BN Melaka tentang Bandar Teknologi Hijau.






Friday, 21 September 2012

Haji Ghani Komited Berbakti Untuk Pusat Tahfiz



Walaupun berdepan dengan masalah kesihatan, beliau bertekad memberi sumbangan dan khidmat kepada intitusi pendidikan tahfiz Al-Quran. Begitulah komitednya Haji Abdul Ghani bin Saharu, 53 selaku AJK Pusat Tahfiz Al-Quran As-Solihin Merlimau.

Beliau yang juga selaku tukang masak, tetap meneruskan khidmat kerana sayangkan sekolah tahfiz tersebut walaupun beliau mengidap penyakit prostate yang menyebabkan beliau terpaksa membawa beg kolostomi.

Beliau telah berkhidmat di situ telah hampir lapan tahun telah melalui suka duka membangunkan pusat tahfiz tersebut. Beliau gembira apabila melihat ada pelajar-pelajar disitu sudah melanjutkan pelajaran ke Yaman dan Indonesia.




Sekarang terdapat 60 orang pelajar dari seluruh pelusuk negara yang belajar di situ dan masih lagi menerima pelajar yang berminat untuk belajar disitu.

Pusat Tahfiz Al-Solihin itu juga sekarang dalam proses pembinaan yang baru diatas tanah yang diwakafkan oleh Tuan Haji Zainal di Merlimau.

Setakat ini pondok pelajar telah siap, dan beberapa bangunan dan infrastuktur memerlukan dana dan sumbangan orang ramai seperti sekolah RM500,000, surau RM200,000, dan rumah pengetua RM100,000.

Beliau berharap orang diluar sana yang bekemampuan sudilah menghulurkan bantuan dan sumbangan untuk pembangunan pusat tahfiz tersebut sebagai satu amal jariah yang berpanjangan.

Ujar beliau "saya dalam keadaan sakit masih terus berkhidmat kepada pusat tahfiz, maka tuan-tuan yang sihat dan berkemampuan sudi-sudilah menyumbang untuk pembangunan tahfiz ini".

Sumbangan bolehlah dilakukan atas nama BADAN KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN AS-SOLIHIN No. Akaun : 554053202841 MAYBANK "(MERLIMAU) Untuk maklumat lanjut sila hubungi Mudir Pusat Tahfiz As-Solihin Merlimau Ustaz Fadlullah bin Abdul Ghani di talian 06-2636544, 019-6553414, 012-3226940.

Thursday, 20 September 2012

Penyimbah Cat di Melaka


Sharidan ini dikatakan sebagai Jiwa Paradox oleh blog Negeriku Sayang (http://majumelaka.blogspot.com/2012/04/panas-identiti-jiwa-paradox-blogger.html) Jika benar, inilah individu yang tidak asing lagi dalam menyerang pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di Negeri Melaka ini dengan fitnah-fitnah yang lucah dan kotor.

Dengan menggunakan ayat-ayat lucah dan kotor, tidak hairanlah manusia seperti ini sanggup menyimbah cat terhadap kenderaan milik PKR.

Diharap pihak polis segera bertindak terhadap penyimbah cat ini setelah keluar gambarnya di akhbar-akhbar dan blog-blog.

Wednesday, 19 September 2012

Ziarah kematian ahli PAS di Pantai Peringgit


Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Abdul Razak bin Mansor, 53 tahun yang meninggal pada malam ceramah Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Bukit Gedung, Tanjung Keling Ahad lepas.

Beliau meninggalkan seorang isteri beserta 6 orang anak. Pada malam tersebut Allahyarham turut bertugas di tempat ceramah tersebut. Beliau mengadu pening-pening dan loya kemudiannya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Akhirnya beliau menghembuskan nafas sebaik tiba di hospital.

Jenazah beliau dikebumikan di tanah perkuburan Islam Pantai Peringgit. Semoga amal jariah dan sumbangan beliau diganjarkan pahala dan semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.



Monday, 17 September 2012

Rakaman Ceramah Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Melaka


Ramakan ceramah Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang berlangsung di Bukit Gedung, Tanjung Kling Melaka. Kehadiran yang begitu ramai menunjukkan gelombang kebangkitan rakyat negeri Melaka.
Kredit: Team IT PAS Melaka

Sunday, 9 September 2012

Siapa Biadap Mohd Ali?


Ali Rustam mengatakan tindakan memijak gambar Perdana Menteri adalah satu perbuatan yang biadab yang boleh mencetuskan huru hara.

Ali Rustam perlu ingat, yang mencetuskan huru-hara adalah penyokong-penyokong UMNO sendiri, Apakah Ali Rustam lupa, penyokong UMNO yang menyokong Idris Jusoh sanggup mengata "Natang" yang merujuk kepada Sultan. Slogan yang berbunyi "KAMI NAK DERIS, NATANG" jelas satu penghinaan kepada Sultan.

Begitu juga provokasi memijak kepala lembu yang berlaku di Selangor.

Malah di Merlimau sendiri semasa penamaan calon Pilihanraya Kecil Merlimau apakah Ali Rustam tidak menegur poster yang menghina Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang direka seolah-olah mereka dalam keadaan meliwat. Apakah pada masa itu "mata" Ali Rustam rosak, ataupun disebabkan penyokong sendiri yang melakukan maka ianya didiamkan.

Juga yang terbaru, bas yang membawa rombongan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga disekat, dihalang dan disimbah cat.

Friday, 7 September 2012

Betul ke dah laksana hukum hakam


Setiap kali khutbah kedengaran khatib membaca doa "Ya Allah selamatkanlah dan peliharalah pemimpin-pemimpin kami yang telah melaksanakan hukum-hakammu dengan adil"

Persoalannya disini betulkah pemimpin-pemimpin negara yang diterajui oleh UMNO telah menjalankan hukum hakam Allah S.W.T. Lesen-lesen perjudian yang dikeluarakan dengan berleluasa sehingga menyebabkan orang-orang melayu bebas keluar masuk ke kedai-kedai nombor ekor. Adakah pernah penguatkuasa agama turun padang membenteras perkara ini. Lihatlah dimana-mana kedai makan yang bersebelahan dengan kedai nombor ekor, pasti terdapat sekumpulan orang melayu membuat ramalan nombor ekor. Dimana penguatkuasa agama?

Bagi pasangan yang jelas mengaku berzina, hanya denda yang dikenakan tidak melebihi RM5000, adakah ini hukum hakam agama? Kemudiannya duit tersebut dimasukkan pula kedalam hasil negara.

Agensi-agensi agama dibawah terajuan UMNO dilihat lemah dalam membenteras gejala-gejala ini, malahan Melaka terkenal dengan amalan khurafat yang terletak di Pulau Besar yang memang terkenal seantaero dunia. Sudahlah begitu penceramah-penceramah ugama pula ada yang digam dengan sewenang-wenangnya.

Thursday, 6 September 2012

Ketam mengajar anak berjalan lurus


Agak aneh sekali saranan Majlis Datuk-Datuk (MDD) supaya pelajar Jordan jangan campuri politik pembangkang dan menumpukan kepada pelajaran sedangkan UMNO mempunyai Kelab UMNO Luar Negara di sana.

Saranan itu dilihat seperti ketam mengajar anak berjalan lurus. Semua sedia maklum di luar negara terdapat kelab-kelab UMNO yang disertai oleh pelajar-pelajar. Tidakkah mereka ini juga harus menumpukan kepada pelajaran?


Tuesday, 4 September 2012

Guru JAIM dipecat tanpa sebab


Seorang guru agama Sek. Rendah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang telah berkhidmat selama 21 tahun telah ditamatkan kontrak atas alasan yang tidak munasabah.

Bukhari bin Hamid, 53 memaklumkan beliau yang sepatutnya tamat pada 31-12-2011 telah ditamatkan lebih awal iaitu pada 1 November 2011 tanpa diberi sebarang alasan.


Surat pemberhentian tersebut hanya mengucapkan ribuan terima kasih atas perkhidmatan beliau tanpa menyatakan salahlaku atau tindakan yang melanggar kontrak.

Sehubungan itu beliau membuat laporan Polis kerana tidak berpuashati diatas tindakan tersebut dan akan mengambil tindakan mahkamah.

Beliau turut kecewa mengapa pihak JAIM tidak berjumpa dengan beliau bagi menyatakan sebab-sebab mengapa beliau diberhentikan.

Beliau ada mengemukan rayuan, tetapi rayuan itu tidak diendah oleh pihak JAIM.

Monday, 3 September 2012

Isu Tamrin Keluar UMNO: Antara Hati UMNO dan Hati Rakyat


Nampaknya UMNO Melaka cukup taqkut dengan kemasukan Tamrin Tun Ghafar Baba kedalam PAS. Kegusaran itu lebih terserlah apabila ramai pemimpin UMNO negeri ini memberi respon terhadap tindakan Tamrin tersebut.

Berita yang terkeluar pada 27 Ogos yang lalu seolah-oleh menunjukkan UMNO begitu tertekan dengan tindakan Tamrin tersebut.

Antara hati UMNO dengan hati rakyat, tentulah hati rakyat yang perlu dijaga. Dalam keadaan UMNO yang telah busuk hingga ke usus, adalah wajar Tamrin meninggalkan parti itu. Bukan persoalan menjaga hati siapa-siapa, persoalannya telah ramai cerdik pandai meninggalkan UMNO, kerana parti itu nampaknya sudah mahu sampai ajalnya menjelang PRU-13 akan datang.

Antara hati rakyat dan hati UMNO tentulah Tamrin perlu menjaga hati rakyat, setelah pelbagai skandal, salahlaku dan penyelewengan yang jelas dilakukan oleh UMNO/BN di depan mata.