Pages

Monday, 30 July 2012

Penipuan Pengambilan Tanah Awam



PAS Melaka mempertikai tindakan kerajaan mengambil tanah awam bagi tujuan awam sebaliknya tanah tersebut telah dimajukan untuk tujuan pembangunan yang tidak berkaitan dengan awam. Tanah awam tersebut telah bertukar kepada tanah komersil dan terpesong dari tujuan asal pengambilan tanah tersebut.

Pengambilan tanah berlaku ke atas tanah Lot 190, 5071 Mukim Bandar Bukit Baru, Seksyen 11, Daerah Melaka Tengah, Melaka. Tujuan tanah itu diambil adalah untuk tujuan awam sebaliknya berlaku projek pembangunan kedai pejabat 3 tingkat dan menaik taraf sebuah pencawang elektrik.

Jumlah kedai pejabat yang akan didirikan di atas tanah tersebut adalah sebanyak 8 unit dan pencawang elektrik 1 unit. Syarikat yang menjalankan projek ini adalah Tetuan Vison Positive Sdn Bhd yang beralamat di Taman IKS Merdeka, Batu Berendam, Melaka.


Kerajaan negeri Melaka telah menggunakan akta tanah bagi pengambilan tanah tersebut tetapi selepas pengambilan tanah pada Mac tahun ini (2012). Sebuah syarikat yang dilantik telah menjalankan projek pembangunan. Kerajaan negeri telah menyalahgunakan kuasa.

Akta Pengambilan Tanah Seksyen 3 di bawah Akta Pengambilan Tanah (1) yang merujuk bahawasanya pihak berkuasa negeri boleh mengambil mana-mana tanah yang diperlukan (bagi apa-apa maksud awam).

Apa-apa yang dimaksudkan awam ialah apa-apa jalan, landasan pengangkutan, bekalan air, elektrik, talian paip gas, telekomunikasi, lampu jalan, sistem pembentungan, sistem pemparitan, kerja-kerja awam dan apa-apa perkhidmatan atau kemudahan awam yang serupa.

Jelas menunjukkan bahawa akta pengambilan tanah itu tidak mencapai objektif pengambilan tanah awam. Jika tanah awam untuk tujuan awam maka hendaklah disempurnakan untuk tujuan awam seperti yang termaktub dalam akta tanah.

Orang ramai pada ketika itu beranggapan bahawa kerajaan akan mengambil tanah bagi tujuan melebarkan jalan yang sememangnya sudah sempit sebaliknya pembinaan kedai pejabat bertingkat.


Pada ketika itu mereka menawarkan pampasan kepada tuan tanah bernilai RM27 kaki persegi akan tetapi pada ketika itu ada sebuah syarikat swasta yang sanggup menawarkan pada harga RM75 kaki persegi kepada tuan tanah pada ketika itu. Disebabkan alasan untuk kegunaan awam, mereka hanya membayar RM27 kaki persegi berbanding seperti yang ditawarkan RM75 kaki persegi oleh sebuah syarikat swasta.

Kerajaan negeri mengunakan akta tanah ini bagi tujuan pihak tertentu sahaja dan beliau akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan akan melantik peguam serta akan mencabar keputusan kerajaan di Mahkamah Tinggi.

Apa yang berlaku pada hari ini mungkin akan berlaku kepada orang lain di masa akan datang sekiranya berlaku kes pengambilan tanah bagi tujuan awam.

Sumber: PAS Melaka

Saturday, 28 July 2012

Longkang Tersumbat dan dipenuhi Sampah


Penyelia DUN Bukit Baru, Yusof Wahab menerima aduan daripada salah seorang penduduk di Taman Harta Pertama yang mengalami masalah longkang yang tersumbat bila berlaku hujan lebat.

Longkang tersebut sepatutnya mempunyai spesifikasi longkang yang sesuai agar pengaliran air dalam keadaan baik. Penduduk di situ rasa kurang selesa apabila berlaku hujan kerana setiap kali hujan keadaan longkang dipenuhi sampah dan keadaan air longkang yang tidak mengalir.

Sebelum ini penduduk telah mengadu dan tindakan Jabatan Pengaliran dan Saliran seakan-akan tidak memberikan kesan untuk melaksanakan tugas mereka walhal perkara ini telah diadu kepada pihak berkenaan supaya tindakan dilakukan ke atas longkang yang tersumbat itu.


Tuesday, 24 July 2012

Bilik Bacaan Cap Dacing

Duit Barisan Nasional kah yang digunakan untuk membina bangunan ini? Pecayakah tuan-tuan ahli-ahli Barisan Nasional mendermakan duit masing-masing untuk membina bilik bacaan sebegini?

Gambar ini ditangkap di Taman Duyong Permai, Bukit Katil Melaka.

Selalunya bilik bacaan ini milik persatuan penduduk seperti mana kes penduduk Taman Bukit Beruang Utama, Bukit Beruang yang menuntut kembali bilik bacaan yang dipinjamkan oleh mereka kepada JAIM.

Monday, 23 July 2012

Panas! Sempadan Dun Bukit Baru Hilang?


Jangan terkejut degan tajuk diatas. Yang hilang hanyalah papan tandanya. Sebelum ini bukan main giat lagi papan tanda ini dipasang di dalam Dun Bukit baru ini. Ianya terdapat di Bukit Beruang, Bukit Katil, Taman Desa Baru dan Kg Tun Razak.


Yang anehnya papan tanda ini hanya terdapat didalam dun Bukit Baru. Tak perlulah pula pihak terbabit menambah papan tanda seperti ini ditempat lain, kerana hanya membazirkan wang rakyat, apatah lagi jika kosnya berlipat kali ganda daripada harga asal.


Cumanya yang pelik kenapa papan tanda di Taman Desa Baru ini telah hilang atau dibuang setelah ianya didedahkan di sini pada 27 Jun yang lepas.


Memasangnya adalah satu pembaziran, apatah lagi membuangnya, dua kali pembaziran. 


Hanya sempadan dun Bukit Baru yang diwakili oleh Ketua Menterikah kah yang masih samar-samar lagi sehingga memerlukan papan tanda seperti ini. Sekali lagi, tidak perlulah ditambahkan papan-papan tanda seperti ini lagi di dun-dun yang lain.


Projek seperti ini hanyalah "kosmetik" yang tidak memberi apa-apa faedah langsung kepada penduduk-penduduk miskin dan memerlukan pembelaan.

Sunday, 22 July 2012

Rumah Retak Akibat Banjir




Ikuti luahan hati pemilik rumah yang telah mengalami masalah banjir sekitar 13 hingga 14 kali semenjak menduduki rumah tersebut bermula pada tahun 2007 dan kerosakan demi kerosakan telah mencecah puluhan ribu ringgit.


Sumber: CJ.MY

Friday, 20 July 2012

Mohon Penjelasan MBMB Ekoran Bendera PAS diarahkan Turun


19 Julai - Penyelia 1 MTD DUN Bukit Baru bersama Ketua Pemuda Pas Bukit Katil, Saudara Jauhar Muhammad Dawi telah memohon pejelasan kepada pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) ekoran notis yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa itu supaya menurunkan bendera PAS yang digantung di premis mereka (Pemuda PAS Bukit Katil) sendiri.
Bendera tersebut yang terletak di di Bangunan Kampungku Sayang telah diarahkan turun dalam masa tiga hari.


Sebaliknya pihak MBMB membiarkan bendera Barisan Nasional (BN) bebas bergantungan sama ada dilmpu isyarat seperti di persimpangan Bukit Baru, Di lampu Isyarat Bukit Beruang, di Sekolah Rendah Ugama dan ditepi-tepi jalan dibawah kawasan seliaan MBMB.






 Pihak pemuda PAS Bukit Katil tidak teragak-agak untuk membuat laporan Polis dan SPRM supaya melakukan siasatan jika sekiranya terdapat unsur-unsur pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa kerana bertindak kepada sebelah pihak dan membiarkan sebelah pihak lagi mengantung bendera sewenang-wenangnya dimana sahaja kawasan yang mereka suka.


MBMB tidak sepatutnya menjadi seperti orang yang lumpuh sebelah badan, telinga, kaki, tangan, mulut serta otak berfungsi sebelah badan sahaja.


Wednesday, 18 July 2012

Gempar! Sedut Air Longkang Pun Kena Bayar di Melaka.

Di Melaka sedut air longkang pun dikenakan bayaran dan mesti mempunyai lesen. Itulah yang dinyatakan oleh warta yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri berkuatkuasa pada Jun lalu.

Ianya melibatkan semua punca air, termasuk longkang, empangan sungai, telaga dan lain-lain. Penguatkuasaan ini melibatkan sektor komersial. Ianya pasti akan meningkatkan kos sesuatu produk memandangkan dikenakan bayaran tahunan sebanyak RM350 dan ditambah dengan kadar penggunaan 8sen/meter-cubic.

Kerajaan negeri dibawah teraju Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam nampaknya seolah-olah terdesak untuk mencari sumber kewangan.

Seperti kata YB Ayer Keroh (DAP), tidak mustahil satu hari nanti pejalan kaki pun akan dikenakan "road tax" kalau hendak berjalan jika UMNO/BN terus memerintah.





Monday, 16 July 2012

Apa Sudah Jadi? Pembaziran Pembinaan Projek Restoren Terapung Tasek Ayer KerohRM1.2 Juta?


Adun Ayer Keroh (DAP), YB Khoo Paoy Tiong ada membuat pendedahan tentang restoran terapung yang terdapat di Tasek Ayer Keroh pada Oktober 2011 yang lalu. Khabarnya kos pembinaannya berharga RM1.2 juta yang ketika itu dibawah seliaan Zoo Melaka

Hari ini tinjauan yang dilakukan mendapati restoren tersebut masih tidak beroperasi. Menurut orang ramai yang selalu berkunjung ke Tasik Ayer Keroh tersebut, laluan ke restoran tersebut kini hanya tinggal semak samun dan pengunjung perlu berjalan kaki dengan agak jauh jika hendak kesana.

Terdapat dua laluan kesana, samaada dari dalam zoo atau melalui jalan yang bersemak samun tadi.

Melaka memang terkenal dengan pembaziran, di depan penyokong UMNO pemimpin mereka menunjukkan mereka begitu ramah, buat apa ramah kalau membazir. Pemimpin bukan hanya perlu ramah, malah perlu bijak menguruskan kewangan dan memajukan negeri, bukannya menambahkan hutang dan membazir kemudian buat-buat ramah. Betullah kata Usman Awang "Melayu itu berani kerana salah".

.

Thursday, 12 July 2012

[VIDEO] Melaka: penduduk berang balairaya dijadikan bilik gerakan UMNO

Penduduk Taman Bukit Beruang Utama berang apabila balairaya mereka digabungkan dengan bilik Gerakan UMNO Cawangan Bukit Tinggi, Bukit Beruang. Melaka disini.

Tindakan itu menyebabkan mereka sukar untuk menjalankan aktiviti mesyuarat dan sebagainya.

Menurut mereka, sepatutnya lambang tersebut tidak sepatutnya berada disitu.

Wednesday, 11 July 2012

Slogan "Janji Ditepati" ada benarnya...


Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam pernah berkata "Jika ada orang minta bantuan cari kerja, saya akan berinya kepada penyokong BN, perkara yang sama jika rakyat minta jalan-jalan dibina".

Mungkin itulah yang berlaku selaras dengan slogan BN  "Janji Ditepati" apabila seorang penduduk di dalam DUN beliau dimana jalan melalui rumah penduduk tersebut tidak diturap dengan tar walaupun hampir seluruh jalan di Kampung Bukit Beruang telah diturap.


Tindakan itu mungkin berpunca daripada tuan rumah bukanlah seorang penyokong tegar UMNO. Sebaliknya tuan rumah, Tuan Haji Ali Meran merupakan ahli PAS di kawasan tersebut.

Jalan melalui rumahnya masih bertanah merah walaupun jalan sebelum dan selepas kawasan rumah beliau ditar dengan begitu tebal. Cuma jalan yang melalui rumahnya tidak ditarkan.

Padahal laluan tersebut dilalui oleh penduduk di kawasan tersebut untuk keluar dan masuk ke kampung tersebut.

Aneh sekali, tetapi itulah yang realiti yang berlaku di Dun Bukit Katil ini.

Tidak pernah pula didengar selama ini cukai hanya dipungut dikalangan orang-orang UMNO/BN sahaja.

Jadi kenapa perlu wujud diskriminasi sedemikian. Inilah yang dikatakan "Janji ditepati, kata dikota".

Tuesday, 10 July 2012

Pemandu Bas Panorama Mogok Lagi


Pemandu bas henti-henti yang telah diambil alih oleh anak syarikat Kerajaan Negeri Melaka,  PM Cultural & Tourism (PMCT) Sdn Bhd sekali lagi mogok selama 3 jam.

Menurut Bernama, tindakan tersebut dilakukan ekoran mereka tidak berpuashati terhadap syarikat yang mengeluarkan kenyataan disebuah akhbar yang memberi imej buruk kepada kesemua pemandu.

Ekoran daripada mogok itu lebih 100 penumpang telah terkandas.

Masalah bas di Negeri Melaka ini cukup membuatkan UMNO/BN betul-betul berpeluh setelah beberapa siri mogok dan juga insiden menyembunyikan bas ketika lawatan Perdana Menteri baru-baru ini.

Selepas daripada itu Mohd Ali Rustam memberitahu bas-bas tersebut akan dijadikan shalet dan menggantikan gerai-gerai peniaga yang ada sekarang di Klebang. Satu lagi usaha pelek yang bakal merugikan. Bas London apa dah jadi sekarang ni?


Wednesday, 4 July 2012

Hutang Tertunggak Mafa Hampir RM2 juta



Percaya atau tidak, itulah realiti sebenarnya yang berlaku kepada Persatuan Bola Sepak Melaka (Mafa) yang terpaksa mencari dana berjumlah RM3 juta bagi menampung kos jurulatih dan pemain terutama pemain dari luar Melaka.

Kemerosotan bola sepak Melaka disebabkan penghijrahan ramai pemain berbakat ke negeri lain berikutan tawaran gaji lebih tinggi berbanding yang ditawarkan oleh Mafa yang hanya sekitar RM600 di bawah paras gaji kemiskinan sedangkan kos untuk sukan bola sepak adalah tinggi.

Mafa sekadar mampu membayar gaji antara RM600 dan RM800 sebulan, manakala pasukan lain membayar antara RM1,500 dan RM2,000 lebih tinggi dari Persatuan Bola Sepak Melaka (Mafa). 

Hutang Persatuan Bola Sepak Melaka (Mafa) pula telah meningkat kepada RM2 juta dan ia tidak termasuk caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak dibayar berjumlah lebih RM300,000 serta denda dan dividen menjangkau RM700,000.

Persatuan Bola Sepak Melaka (Mafa) mengharapkan dana dari kerajaan negeri setiap tahun berjumlah RM200,000 dan keadaan ini belum mampu untuk melangsaikan hutang yang tertunggak. Gaji pemain yang rendah menyebabkan ramai pemain tidak bersemangat untuk bermain.