Pages

Friday 2 March 2012

Kuasa MBMB Lebih Besar Dari Kerajaan Melaka

(A)

Siapa yang lebih berkuasa? Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Kerajaan Negeri Melaka? 

Itulah yang menjadi persoalan kepada rakyat Melaka pada hari ini terutama golongan yang dikatakan berbangsa Melayu. Hari ini melayu yang menaikkan melayu dan melayu jugalah yang mereka tindak terutama kepada peniaga-peniaga kecil-kecilan. Apakah salah peniaga yang inigin mencari rezeki bagi menyara keluarga sehinggakan dinafikan hak untuk berniaga?

Adakah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dari Melaka Tengah yang dikenali sebagai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) ini berkuasa seperti ala-ala gangster? Bagaimana peniaga yang ingin berniaga ini didatangi oleh 20 pegawai MBMB yang rata-rata melayu yang mengarahkannya berpindah ke satu tapak yang lain? Tidak sesuaikah tapak yang beliau berniaga sekarang?

Ishak yang berniaga ditapak itu sudah hampir 12 tahun berniaga secara kecil-kecilan. Ketika beliau berniaga sebelum ini, beliau tidak diganggu seperti PBT dari Melaka Tengah pada hari ini. Sebelum ini kawasan tersebut adalah dibawah jajahan takluk Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) yang tidak pernah mengambil apa-apa tindakan dan membenarkan beliau berniaga.

Selepas diambil alih oleh MBMB, peniagaannya seperti 'diganggu' oleh MBMB. Beginikah layanan pihak berkuasa yang kononnya berbangsa melayu membela melayu sebaliknya bertindak 'kurang ajar' kepada peniaga? Sudah berapa ramai peniaga melayu dihalau oleh PBT ini yang tidak ada tolak ansur. Beliau berniaga mempunyai lesen dan mematuhi segala kehendak PBT sebelum ini iaitu MPAG.

ADUN Sungai Udang, YB Datuk Hj Yaakub Md Amin pula tidak pernah menghalang peniaga untuk berniaga sebaliknya PBT yang seakan-akan menyalah gunakan kuasa yang ada pada mereka. JKKK kawasan tersebut dan ahli majlis pula 'merestui' Ishak berniaga ditempat tersebut. Jadi, apa masalah sebenar yang dihadapi oleh MBMB?

Ishak dan isteri berniaga berdekatan dengan sekolah dan tepi jalan demi mencari rezeki yang mereka jalankan semenjak 12 tahun yang lalu. Perniagaan belaiu bukanlah sehari dua atau sebulan. Mengapa ada jenis golongan melayu yang suka menutup periuk nasi orang melayu itu sendiri? Adakah kepentingan peribadi atau kroni menjadi-jadi dalam pemerintahan Pihak Berkuasa Tempatan Melaka Tengah ini?

Pihak MBMB menyarankan Ishak berniaga hanya khemah sebesar gambar di bawah (B) dan tidak boleh sebesar seperti gambar di atas (A). Cuba anda bayangkan jika beliau berniaga hanya khemah sebesar dalam gambar (B) yang tidak stabil bila ditiup angin? 

(B)

No comments:

Post a Comment