Pages
▼
Thursday, 28 March 2013
Penduduk dakwa pengundi hantu guna alamat rumahnya.
Seorang penduduk di Taman Bunga Raya Seksyen 3 Bukit Beruang berasa curiga rumahnya digunakan untuk mendaftar pengundi hantu.
Haji Yahya bin Baba berasa curiga ekoran satu surat yang dihantar oleh parti politik yang mana nama penerimanya tidak dikenali. Beliau telah tinggal disitu sejak 17 tahun yang lalu dan beliau percaya penama tersebut adalah baru didaftarkan disitu.
"Saya percaya ada pihak yang memindahkan pengundi ke Dun Ayer Keroh memandangkan pengundi di dun ini bertambah sebanyak 10,000 pengundi baru" ujar beliau.
Dalam kes yang berlainan YB Khoo Paoy Tiong pula mendakwa terdapat seorang pengadu yang mendakwa namanya telah didaftarkan tanpa pengetahuannya.
Mangsa telah didaftarkan secara senyap di Parlimen Jerai, Dun Guar Cempedak walaupun tidak pernah tinggal di Guar Cempedak.
Tuesday, 26 March 2013
Kunjungan hormat MTD Bukit Baru ke SPR Melaka
Kunjungan tersebut telah disertai oleh calon Dun Bukit Baru, Dr Khalid Kassim, Ketua penerangan PAS Kaw. Bukit Katil, Yusof Wahab dan juga Setiausaha MTD Dun Bukit Baru, Mohd Zain A.F Fakeh Mangkuta.
Kunjungan disambut oleh Timbalan Pengarah SPR Melaka.
Monday, 25 March 2013
PAS berulang kali kata wujud pengundi hantu, Papagomo kes terbaru

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Teregganu telah berulang kali menyatakan perkara tersebut dan kali terakhir, beliau menegaskannya ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Dana PRU PAS untuk Parlimen Kuala Nerus pada 15 Mac lalu.
Sehubungan itu, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff mengaku wujud dua nama Wan Muhammad Azri Wan Deris yang memegang kad pengenalan (biasa) 830121-03-5019 dan kad pengenalan (polis) RF142863 yang didaftar dua kali atau dengan lain perkataan mendaftar sebagai 'pengundi hantu' di dalam daftar pengundi.
Seperti yang dilaporkan oleh portal berita The Malaysian Insider hari ini, Tan Sri Aziz memberi jaminan bahawa jika semakan SPR dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris yang memegang kad pengenalan (biasa) 830121-03-5019 dan kad pengenalan (polis) RF142863 adalah orang yang sama, SPR akan membatalkan pendaftaran undi menggunakan kad pengenalan (polis) bagi mengelakkan undi dua kali.
Semakan Sistem Semakan Daftar Pengundi SPR menunjukkan bahawa rekod yang didaftarkan dibawah RF142863 telah pun dibuang dari daftar pengundi seperti yang dibuktikan oleh paparan skrin.
Ini mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris @ Papagomo adalah individu yang sama dan telah didaftarkan sebagai pengundi hantu, oleh sebab itulah rekodnya dibuang dari senarai undi pos.
Oleh yang demikian, Tan Sri Aziz sebagai Pengerusi SPR diminta memberi jawapan yang lebih meyakinkan dalam usahanya membersihkan daftar pengundi yang beliau sendiri akui wujud pendaftaran berganda yang membawa kepada fenomena pengundi hantu.
Alasan beliau bahawa SPR tidak dimaklumkan mengenai rekod perkhidmatan anggota keselamatan yang telah meninggalkan perkhidmatan tidak boleh diterima, seolah-olah beliau cuba menyalahkan PDRM apabila tanggungjawab memastikan daftar undi itu bersih adalah tanggungjawab beliau.
Untuk menyelesaikan masalah pengundi hantu dari kalangan anggota/bekas anggota keselamatan seperti Papagomo, adalah cadangkan beliau mengarahkan satu pasukan SPR untuk duduk dengan PDRM tiap-tiap hari dan meneliti rekod setiap pengundi yang didaftarkan di bawah kad pengenalan polis dan tentera.
Satu senarai lengkap bekas anggota keselamatan yang didaftarkan secara berganda hendaklah disiapkan secepat mungkin, bilangannya diumumkan kepada rakyat dan nama-nama mereka dikeluarkan serta merta dari daftar pengundi.
Sekiranya SPR masih berdolak dalih dari melaksanakan perkara yang mudah ini, sudah tentu spekulasi dan tuduhan bahawa SPR tidak telus semakin menebal di kalangan rakyat.
sumber: Harakahdaily
Friday, 22 March 2013
[Video] Ceramah UMNO vs Ceramah Pakatan Rakyat
UMNO dengan sengaja mengadakan ceramah berdekatan dengan ceramah Pakatan Rakyat di Bukit Piatu 19 mac lepas.
Wednesday, 20 March 2013
UMNO/BN terdesak, gantung bendera di pintu pagar utama sekolah
Bukit Baru: Barisan Nasional dilihat terdesak apabila menggantung bendera BN pada pintu pagar Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Keh Seng dekat sini.
Secara jelas mereka cuba mempolitikkan institusi pendidikan dengan politik kepartian mereka.
Apakah UMNO/BN dilihat terdesak untuk mendapatkan undi masyarakat cina yang kini jelas tidak menyokong mereka lagi.
Untuk apa pagar pintu pagar sekolah diletakkan dengan bendera BN? Adakah bertujuan mendidik budak-budak sekolah mengundi mereka sejak dari kecil. Seperti kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebung".
Tuesday, 19 March 2013
PRU13: Hanya ‘ubah’ boleh banteras politik jijik
KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu menggesa agar rakyat bertindak untuk memurnikan budaya politik di Malaysia menjelang Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13).
“Sehingga ini nampaknya pihak penguasa masih terus menyalahgunakan kuasa sewenangnya,” ujar Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.
“Sehingga ini nampaknya pihak penguasa masih terus menyalahgunakan kuasa sewenangnya,” ujar Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.
Tambahnya, tempoh pemerintahan sepatutnya sudah berakhir namun Perdana Menteri terus bertindak seolah-olah menjadi PM yang masih boleh mengguna peruntukan kerajaan dan mengumumkan perbelanjaan untuk meraih undi.
Malah, katanya PM dan timbalannya terus mengguna kedudukan mereka untuk berkempen agenda politik kepada kakitangan kerajaan dan premis agensi awam seperti di sekolah.
“ Teras berpendirian adalah tidak wajar politik negara ini dibiar berjalan seperti ini kerana antara isu yang terpenting perlu dijamin oleh rakyat ialah agar integriti penguasa akan terus dipantau dan dikawal oleh rakyat,” katanya lagi.
Justeru, katanya rakyat harus menganjakkan politik negara kepada tahap yang lebih matang kerana membiarkan ahli politik mengguna kuasa sewenangnya akan mendedahkan rakyat menjadi mangsa kepada politik sogokan yang merugikan generasi masa depan.
Tambahnya, dengan tempoh kerajaaan yang sah akan berakhir sekitar sebulan lagi, seharusnya mandat rakyat kepada kerajaan tamat dan rakyat harus menuntut supaya pilihan raya diisytiharkan segera.
Lebih malang lagi, ujarnya politik kotor dan lucah, manipulasi dan menyalahguna media massa milik awam serta politik samseng termasuk mengguna agensi keselamatan dan institusi awam untuk berkempen membuktikan demokrasi di negara ini tidak wujud malah sedang menuju kepada politik autokratik.
Beliau berkata, beberapa perkembangan mutakhir lebih mencemaskan apabila tindakan politik kotor seperti mengedar video fitnah dan manipulasi berita secara bersifat palsu yang berniat jahat untuk menjatuhkan politik lawan masih berterusan.
Malangnya, tambah beliau golongan ulama dari institusi penguasa tidak nampak mahu menegur amalan politik kotor seperti ini.
Bagi Teras, katanya manifestasi dari semua tindakan yang sangat jijik ini berpunca dari pernyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang dalam ucapan penggulungannya dalam satu perhimpunan agung Umno bahawa Umno akan mempertahankan Putrajaya sehingga titisan darah terakhir.
Sebab itu, kata Mohd Azmi tidak menghairankan apabila banyak tindakan ganas dan politik biadap untuk mengekang kemaraan parti pembangkang dibiarkan berleluasa, malah insiden mengganas terhadap majlis pembangkang juga tidak diambil tindakan sebaliknya pihak pembangkang pula yang sering menerima tindakan dari pihak polis.
“Kali ini rakyat harus tahu bahawa politik seperti yang diamalkan oleh pihak penguasa perlu dibanteras dan hanya satu cara sahaja dapat dilakukan iaitu melakukan perubahan dalam PRU13 yang akan datang,” ujarnya.

Menurutnya, jangka memerintah selama 55 tahun nampaknya tidak membawa negara menuju kepada kematangan dalam berpolitik, sebaliknya membawa rakyat kepada fikiran politik yang sangat dangkal.
Sumber: Harakahdaily
Saturday, 16 March 2013
Transformasi Najib gagal, dituduh PAS pula berdosa

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa(gambar) ketika berceramah di Taman Pokok Sena, di sini malam tadi hairan tiba-tiba Najib bersuara begitu dalam keadaan PAS semakin melonjak ke persada politik tanah air dan antarabangsa.
Menurut Mujahid lagi, apa sudah jadi kepada transformasi yang dilancarkan oleh Najib sendiri dengan harapan ingin membawa Malaysia sebaris dengan negara maju.
"Hari ini tiba-tiba Najib menghalakan senjatanya pada PAS kononnya melakukan tujuh dosa besar kepada rakyat Kelantan. Sepatutnya beliau mengkaji kenapa transformasi yang diilhamkannya gagal, bukan bertindak sehingga menambah kemarahan rakyat lagi," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar.
Baginya, Najib tidak perlu melabelkan tujuh dosa PAS untuk menyembunyikan kelemahan pentadbiran kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) sebaliknya menumpukan kepada pembubaran parlimen supaya rakyat boleh menghukum mana-mana pemimpin yang tidak amanah.
Menruutnya, semasa Najib menuduh tujuh dosa besar PAS, tiba-tiba negara dihimpit dengan hutang yang berlipat kali ganda.
"Melihatkan kedudukan kewangan negara yang makin parah, Najib begitu risau untuk bubar parlimen," kata beliau.
Selain itu, ujarnya negara juga mengalami ketirisan wang yang tinggi iaitu RM23 bilion manakala moral Najib sendiri jatuh merudum ekoran rakyat mempertikaikannya terutama membabitkan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu serta pembelian senjata ketenteraan Malaysia.
Bagi membolehkan rakyat menilai keberhasilan transformasi atau reformasi pentadbiran baru oleh Pakatan Rakyat, Njib seharusnya segera membubarkan parlimen bukannya terus menimbulkan teka teki yang berpanjangan.

Thursday, 14 March 2013
Bekas KM dakwa polis musnah dokumen orang Suluk
Bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh mendakwa mendapat maklumat bahawa polis menjalankan operasi merampas dan memusnahkan dokumen pengenalan diri yang diberikan kepada masyarakat Suluk di negeri itu.
Laporan portal berita Daily Express menyebut, Harris mengutus surat kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein agar menghentikan operasi ke atas masyarakat Suluk di Lahad Datu dan Semporna itu.
Menurut laporan itu, Harris mendakwa diminta berbuat demikian oleh beberapa orang pemimpin masyarakat tersebut.
"Pemimpin Suluk ini melaporkan bahawa polis mengambil kad pengenalan, kad pengenalan mereka dan dokumen IMM3 (orang Suluk) dan memusnahkannya.
“Ini tidak wajar bagi pasukan polis Malaysia. Perbuatan ini bertentangan dengan apa jua tamadun yang diketahui, mahupun dari segi agama, undang-undang dan dasar kerajaan Malaysia,” katanya seperti dipetik dalam laporan itu.
Harris dalam laporan itu juga berkata, polis tidak berkuasa untuk memusnahkan apa-apa dokumen kerajaan persekutuan.
“Mereka hanya boleh berbuat demikian selepas mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara,” katanya lagi.
Tindakan itu juga akan menimbulkan lebih banyak permusuhan di antara orang Suluk dan Sabah, tambahnya.
Kenyataannya itu timbul susulan dakwaan dilaporkan media Filipina mengenai dakwaan pelanggaran hak asasi yang dilakukan pasukan keselamatan Malaysia dalam operasi di pantai timur Sabah.
Portal Inquirer Global Nation pada hari Sabtu lalu yang memetik seorang pemimpin Sulu melaporkan, pasukan keselamatan Malaysia menyerbu kediaman warga berkenaan di Sabah dan memusnahkan dokumen tersebut.
Datuk Bandar Jolo, Sulu itu mendakwa, golongan yang memiliki dokumen yang sah seperti pasport dan dokumen pengenalan juga tidak terkecuali.
"Dokumen ini didakwa dikoyak di hadapan mereka," katanya.
Beliau turut mendakwa, warga berkenaan dipaksa berlari sebelum ditembak.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada hari Selasa lalu dilaporkan menafikan dakwaan berhubung tembakan berkenaan.
Sumber: Malaysiakini
Wednesday, 13 March 2013
Temubual ekslusif tuan tanah tapak ceramah tempah berlakunya serangan samseng
Bukit Katil: 7 Mac lepas berlaku satu serangan samseng UMNO yang menyebabkan dua anggota polis cedera, dua penyokong Pakatan Rakyat cedera dan juga bas merdeka rakyat pecah cermin.
Temubual ekslusif dilakukan dengan tuan tanah. Tuan tanah yang tidak membenarkan tanahnya digunakan untuk UMNO melakukan sebarang aktiviti ceramah di atas tanahnya.
Temubual ekslusif dilakukan dengan tuan tanah. Tuan tanah yang tidak membenarkan tanahnya digunakan untuk UMNO melakukan sebarang aktiviti ceramah di atas tanahnya.
Sunday, 10 March 2013
Walaupun sudah dipagar, UMNO tetap ceroboh. Ini betul-betul keturunan tentera Sulu
Gambar pada tengahari tadi |
BUKIT KATIL (10 Mac): Walaupun dipagar dengan tali merah-putih, UMNO tanpa malu tetap juga menceroboh tanah mantan YDP PAS Bukit Katil. Kali ini untuk dijadikan parking untuk program yang dihadiri oleh Ketua Menteri, Ali Rustam.
Tidak malukah UMNO apabila dicercanya PAS, tetapi tanpa segan silu menceroboh tanah orang PAS walaupun orang tidak benarkan. UMNO patut malu, semalu-malunya.
Paham-paham saja la kalau orang dah pagarkan dengan tali. Apa maknanya tu.
Untuk makluman, sebelum ini beliau tidak membenarkan tanah beliau digunakan untuk ceramah Ummi Hafilda yang dijemput oleh UMNO, tetapi UMNO tetap menggunakannya.
Malah UMNO menunjukkan sikap kurang ajar kepada tuan tanah apabila tuan tanah tidak membenarkan mereka membuat ceramah diatas tanahnya. boleh tengok video dibawah.
Ekoran dari itu, Tuan tanah memagar tanahnya dan tidak membenarkan UMNO menggunakan tanahnya untuk dijadikan parking kereta untuk program anjuran UMNO. Beliau mengambil inisiatif memagar tanahnya dengan tali merah putih.
Walaupun begitu, siang tadi ketika tinjauan dilakukan tanah beliau tetap juga diceroboh oleh UMNO siang tadi.
Malahan tali merah-putih telah dibuang entah kemana.
Beginikah sikap samseng yang ditunjukkan oleh UMNO sehingga sanggup menceroboh tanah orang walaupun orang itu tidak benarkan.
Untuk makluman ditempat ini jugalah billboard Pakatan Rakyat dirobohkan.(baca sini)
Untuk makluman ditempat ini jugalah billboard Pakatan Rakyat dirobohkan.(baca sini)
Nak tunjuk samseng tunjuklah, tapi jangan sampai tiada maruah merempat atas tanah orang. Seolah-olah menjilat ludah sendiri.
gambar semalam, setelah dipagar |
telah dipagar semalam |
Diceroboh siang tadi, kelihatan pekerja majlis perbandaran. |
Diceroboh dan dijadikan parking kereta. |
Saturday, 9 March 2013
Puak penceroboh Sulu robohkan Billboard PR di Bukit Katil
Billboard manifesto Pakatan Rakyat yang menampilkan 3 wajah pemimpin utama Pakatan Rakyat Melaka yang di pasang berhampiran Markaz PAS Kg. Bukit Katil telah hilang dipercayai telah telah dipotong dan diturunkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, khianat dan iri hati.
Billboard tersebut didirikan diatas tanah persendirian milik mantan YDP PAS Kawasan Bukit Katil dan telah dipagarkan dengan tali merah putih.
Kawasan disitu sangat strategik iaitu berhadapan Dewan Tun Ali dan menjadi tempat ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sudah tentu ada pihak yang irihati apabila billboard tersebut dipasang disitu.
Sehingga kini belum diketahui siapa yang bertanggungjawab menurunkan billboard tersebut.
Semalam, terdapat tiga buah trak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan dua buah Ford-wing drive 4X4 berhenti disitu seolah-olah meninjau sesuatu di kasawan tersebut
Menurut saksi sehingga pukul 12.00 malam tadi billboard tersebut masih berdiri tegak disitu.
Jika pemasangan billboard tersebut salah kerana didirikan diatas tanah persendirian, kenapa billboard Barisan Nasional tidak ditebang kerana didirikan diatas tanah awam yang jaraknya hanya 500 meter dari billboard Pakatan Rakyat?
Satu laporan polis akan menyusul berhubung kejadian ini.
Billboard PR dirobohkan |
Billboard BN dibiarkan |
Thursday, 7 March 2013
UMNO muka tak malu ceroboh tanah orang PAS untuk buat ceramah
Bukit Katil: UMNO sekali lagi telah menceroboh tanah Mantan Yang Di-Pertua PAS Kawasan Bukit Katil untuk membuat ceramah malam ini
Ceramah tersebut bertujuan mengganggu ceramah Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim yang diadakan bersebelahan.
Sebelum ini mereka telah menceroboh tanah tersebut dan telah dihalau oleh tuan tanah (klik sini) dan kali ini mereka sekali lagi berdegil dan tunjuk keras kepala.
Petang ini jam 6 petang tuan tanah akan turun dan menghalau puak-puak UMNO ini dari menceroboh tanah beliau.
Beliau tidak mengizinkan tanah beliau digunakan untuk menyebarkan fitnah
Jelaslah UMNO ini jenis yang jahil agama apabila hak persendirian orang lain dicerobohnya. Macam mana kononnya nak menjaga orang melayu kalau tanah orang melayu dicerobohnya.
Kelihatan lori MBMB memasang khemah untuk ceramah UMNO. Jelas sekali PBT diperkudakan oleh UMNO/BN.
Wednesday, 6 March 2013
[Bergambar] UMNO Bukit Katil tanggung malu terpaksa usung khemah
Kerana ingin mengganggu ceramah PAS secara bersebelahan, UMNO menanggung malu besar apabila khemah yang mereka dirikan tersebut terpaksa dialihkan ke tempat lain.
Ini kerana tanah tempat mereka memasang khemah tersebut milik mantan YDP PAS Bukit Katil, Cikgu Haji Md Yasin Abdul Ghani.
Cikgu Haji Md Yasin sendiri datang dan meminta supaya mereka memindahkan khemah dan meminta supaya tidak menceroboh tanahnya.
Gambar sempat dirakam oleh YDP Kawasan Bukit Katil, Saudara Sofi Wahab.
UMNO sememangnya tidak malu apabila cuba ingin menggunakan tanah orang PAS untuk mengutuk PAS.
Kalau tanah pun tidak ada, jangan merempat di atas tanah orang PAS. Dimana tanah orang UMNO? Sudah habis digadaikah?
Tuesday, 5 March 2013
Pakatan mahu Parlimen bincang isu keselamatan Sabah
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar meminta agar satu sidang Parlimen khas diadakan secepat mungkin bagi membincangkan tentang isu keselamatan di Sabah.
Selain itu Mahfuz juga berkata, beliau meminta kerajaan membentangkan satu kertas putih berhubung situasi di perairan pantai timur Sabah itu.
"Saya nak minta penjelasan daripada pihak kerajaan supaya bentang peristiwa Lahad Datu ini dalam satu kertas putih dalam persidangan khas Parlimen.
"Perkara ini menjadi persoalan rakyat macam mana penceroboh boleh bolos kawalan keselamatan. Sebab itu kita minta kerajaan perjelaskan melalui pembentangan kertas putih di Parlimen untuk ketahui keadaan ini bagaimana boleh berlaku," katanya.

Beliau mendakwa, kerajaan sehingga hari ini masih tidak memberi jawapan menyakinkan berhubung perkara itu demi menjamin keselamatan negara.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara semalam.
Sehubungan itu, Mahfuz yang juga merupakan Naib Presiden PAS berkata, beliau meminta agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memanggil satu sidang khas Parlimen secepat mungkin bagi berbincang isu keselamatan di Sabah supaya dapat diatasi dengan segera.
"Sebab itu saya kata kertas putih perlu dibentang untuk beritahu masyarakat dan rakyat. Dan bila ada sidang khas Parlimen, inilah masanya peranan untuk memberi pendapat dan pandangan apakah penyelesaian yang boleh diambil oleh kerajaan dengan segera," katanya lagi.

Sementara itu, Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media hari ini berkata, Pakatan juga berhasrat agar Parlimen mengadakan sidang khas untuk membincangkan isu berkenaan.
Pakatan juga mahu mengadakan perbincangan meja bulat dengan kerajaan untuk mencapai persefahaman berhubung isu sama, katanya.
Tambahnya, Pakatan sedang menyediakan surat untuk memaklumkan perkara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Speaker Parlimen Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Sidang media berbenaan turut dihadiri penasihat DAP Lim Kit Siang dan setiausaha agung PAS Mustafa Ali di ibu pejabat PKR hari ini.
Pada Jumaat lalu, satu pertempuran antara anggota keselamatan dan penceroboh di Lahad Datu telah berlaku sehingga mengorbankan dua orang anggota keselamatan.
Seramai 100 orang penceroboh dianggar masih terkepung di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan polis menyatakan kumpulan penceroboh juga mendarat dan menyusup ke dua buah kampung di Kunak yang terletak di antara Semporna dan Lahad Datu.
Jumlah kematian yang melibatkan anggota keselamatan kini meningkat kepada lapan orang dalam tempoh tiga hari selepas Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar semalam mengesahkan enam lagi lima anggota keselamatan terkorban dalam serang hendap kumpulan bersenjata di Semporna.