Pages

Monday, 31 December 2012

Kenapa pihak berkuasa tak siasat Najib, Deepak? – Saifuddin


(Nazar Hashim)
KULIM 30 DISEMBER: Datuk Seri Najib Razak terlepas dari tindakan
undang-undang sekalipun didedah berperanan dalam menarik balik akuan
bersumpah P Balasubramaniam kerana beliau masih Perdana Menteri.
Sebaliknya, jika Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi sasaran pendedahan Deepak Jaikishan, Ketua Umum KEADILAN itu pasti dikenakan tindakan termasuk ditangkap.
Pada ceramah di Sungei Limau, Kulim, malam semalam, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata Najib langsung tidak disiasat, apatah lagi ditangkap.
“Ini membuktikan amalandouble standard dalam sistem perundangan kerajaan Umno BN.
“Malah, Deepak tidak dipanggil untuk disiasat, baik polis atau SPRM. Tapi jika dakwaan melibatkan Anwar, percayalah dengan segera mereka geledah dan serbu Ketua Pembangkang.
“Kita akan tanya SPRM kenapa tak siasat walaupun Deepak sudah dedahkan bukti penglibatan Najib dalam isu SD Bala,” katanya.
Saifuddin berkata, pihak berkuasa melindungi Najib dan pemimpin Umno BN walaupun mereka terbukti terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan wang rakyat.
Beliau berkata, sikap berat sebelah itu jika dibiar berterusan akan merosakkan sistem keadilan dan perundangan di negara ini.
“Rakyat yang miskin dan tidak berwang akan menjadi mangsa kepada
sistem perundangan yang tidak adil.
“Jika tiada perubahan dalam PRU 13, musibah akan menimpa negara dan mendatangkan kesengsaraan lebih teruk kepada rakyat selama lima tahun akan datang,” katanya.
sumber: Keadilandaily

Saturday, 29 December 2012

Melaka: Jelajah Anak Muda Menuju #KL112-1 juta Rakyat


Satu sidang media telah diadakan oleh Salidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bagi menwar-warkan program Jelajah Anak Muda Menuju #KL112-1 Juta Rakyat khususnya di peringkat negeri Melaka.

Program tersebut akan berlangsung pada 1 January 2013 (selasa) di Kampung Bukit Pulau, Bukit Baru Melaka akan membariskan 11 orang penceramah dari pelbagai NGO dan badan politik. Program akan bermula pada pukul 8.30 malam.

Penyelaras SAMM Melaka, Zuraidi Abdullah menyatakan tujuan program ini diadakan bagi mengandakan momentum mobilasi kearah Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 nanti.

Program seumpama ini telah dan akan dilakukan di 12 buah vanue di seluruh negara bagi merealisasikan 1 juta rakyat turun dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari 2013 nanti.

Rakyat Melaka diseru datang beramai-ramai pada 1 Januari nanti di Kampung Bukit Pulau, program akan bermula pada jam 8.30 malam.

Thursday, 27 December 2012

Pembaziran yang sangat ketara


Tebing ini baru siap 3, 4 bulan yang lepas, tetapi hari ini terpaksa diratakan balik kerana ada projek perumahan dibelakangnya.

Lokasinya terletak di kawasan Bukit Katil.

Kalau sudah tahu tanah tersebut ingin diratakan, kenapa perlu menghabiskan wang rakyat bagi membina tebing yang sebegitu yang tentu belanjanya tinggi.

Hari ini ada diantara tebing ini terpaksa dirombak semula.

Ini jelas satu pembaziran yang amat ketara di bawah pentadbiran Barisan Nasional di Melaka.



Wednesday, 26 December 2012

Jalan rosak yang membahayakan keselamatan pengguna.


Keadaan jalan yang rosak dan terbiar tanpa usaha membaikpulih boleh mengundang kecelakaan kepada pengguna jalan ini.

Lubang sebesar hampir satu kaki dan ada longkang dibawahnya amat merbahaya terutama kepada motosikal dan basikal.

Lokasinya terletak di Lorong Penghulu Abas berhampiran flat Padang Jambu dalam Dun Bukit Baru.

Tidak pasti samaada aduan telah dibuat ataupun belum kepada pihak berwajib oleh penduduk-penduduk disini.

Jika melihat kepada jalan ini, ianya seolah-olah dipinggirkan daripada ditar semula jika hendak dibandingkan dengan jalan-jalan yang lain yang berhampiran dengannya. padahal jalan ini merupakan salah satu jalan masuk ke Taman Delima Raya dan terdapat sebuah rumah anak yatim, dan beberapa buah rumah disini.

Tuesday, 25 December 2012

Polis, FRU biarkan samseng Umno serang Kembara Oren – Saksi


(Oleh Aisha Geofrrey)
KUALA LUMPUR 24 Dis: Seorang saksi yang turut mengikuti Kembara Oren ‘Selamatkan Felda’ Negeri Sembilan semalam kesal apabila polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) langsung tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghalang serangan samseng Umno ke atas kumpulan itu.
Samseng yang membawa bendera BN menghalang Kembara Oren masuk ke kawasan Felda Bukit Rokan Utara.
Rebin Birham yang juga Setiausaha Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN berkata, sikap pihak berkuasa amat mendukacitakan, walaupun peserta konvoi dipukul, dipijak dan diserang dengan pelbagai objek keras, tetapi serangan itu hanya mampu dilihat dan dibiarkan oleh polis.
“Felda Bukit Rokan Barat dan Utara, dan di Tampin, paling teruk berlaku provokasi. Penyokong Umno awal-awal sudah menunggu dengan bangga mengibarkan bendera BN, sambil memegang kayu, besi dan batu besar,” jelasnya kepada Keadilan Daily.
“Apa yang lebih menyedihkan apabila pasukan Rela turut membantu mereka membawa bendera tersebut,” kata Rebin yang juga Naib Ketua KEADILAN Cabang Jempol.
Menurut Rebin, pihak konvoi diberitahu serangan itu mendapat arahan pihak pengurusan Felda, yang mengarahkan penyokong Umno, pihak berkuasa dan anak muda Felda agar menghalang kembara dari memasuki kawasan tersebut.
“Saya percaya sebahagian besar mereka yang menyerang itu adalah remaja belasan tahun yang diupah. Kami tak lawan, kami cuma bertahan, itu yang menjadikan keadaan kami teruk diserang,” jelasnya.
Akibat serangan itu, Ketua Penerangan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Naraza Muda cedera di bahagian kepala dipercayai dipukul dengan sebatang kayu yang tajam.
Jurukamera yang berdiri di bahagian belakang pacuan empat roda turut dipukul sehingga jatuh dari kenderaan lalu dipijak, selain cermin depan dipecahkan.
“Jelas Umno sangat terdesak. Mereka takut kita sampaikan maklumat yang benar tentang penyelewengan mereka kepada orang Felda,” kata Rebin.
Sumber: Keadilandaily

Monday, 24 December 2012

Jelajah Oren: Kenderaan rosak, 2 peserta cedera


Sebuah kenderaan pacuan empat roda konvoi Jelajah Oren ‘Selamatkan Felda” pecah cerminnya manakala dua peserta konvoi itu cedera dalam satu kejadian di Negeri Sembilan.
NONEBerikutan itu, beberapa pemimpin PAS dan PKR serta mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol.

Kejadian itu didakwa berlaku lebih kurang jam 10 pagi di Jalan Dangi-Jelai yang hanya beberapa meter sahaja dari simpang utama ke
NONEFelda Bukit Rokan Utara.

Ia didakwa berlaku apabila peserta Jelajah Oren itu dihalang oleh lebih kurang 80 peneroka dan anak peneroka Felda Bukit Rokan Utara yang dipercayai penyokong Umno dan BN berdasarkan 
NONErata-rata mereka memegang bendera BN dan Umno.

Presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman, mendakwa, sejurus peserta Jelajah Oren tiba di situ, 
NONEterdapat sekatan jalan yang dibuat peneroka Felda Bukit Rokan Utara di tengah-tengah jalan.

Dalam kekecohan tersebut, sebuah kereta pacuan empat roda milik salah seorang peserta Jelajah Oren didakwa dirosakkan apabila cermin depan dan cermin tingkap sebelah kiri dipecahkan oleh
NONElelaki-lelaki yang tidak dikenali.

“Dua peserta kita turut dicederakan. Naraza Muda luka di kepala manakala Razali Rashad cedera di kening," kata Mazlan.

Beliau mendakwa pihak polis yang berada di lokasi kejadian itu, hanya
NONEmemerhatikan sahaja dan tidak menghalang serangan tersebut.
 
Ekoran kejadian itu, Mazlan membatalkan niat untuk meneruskan konvoi ke destinasi seterusnya iaitu ke Felda Jelai, Tampin; Felda Palong 4, 5 & 6, Jempol; Felda 9 & 10, Jempol; Felda Lui Selatan, Jelebu dan Gugusan Felda Serting di Jempol.

Sebaliknya Mazlan, beberapa pemimpin PAS dan PKR serta mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol di Bandar Baru Serting pada pukul 12.30 tengahari.

Sebelum itu peserta Jelajah Oren memulakan konvoi bermula di Felda Kepis, Kuala Pilah. Bagaimanapun sejurus tiba di dalam kawasan Felda itu, mereka dihalang masuk oleh lebih kurang 120 peneroka Felda di jalan utama kawasan Felda tersebut. Tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Setelah memberi ucapan lebih kurang 100 meter dari halangan tersebut (di tepi jalan) dan menikmati sarapan pagi, peserta Jelajah Oren menuju ke Felda Bukit Rokan Barat yang hanya terletak lebih kurang lapan kilometer dari Felda Kepis. 

Bagaimanapun kira-kira 60 penduduk Felda Bukit Rokan Barat mengadakan sekatan di simpang masuk ke penempatan berkenaan.

Mereka melaungkan-laungkan agar peserta Jelajah Oren balik dan jangan masuk ke Felda Bukit Rokan Barat.

Malaysiakini menemubual Ketua Kampung Felda Bukit Rokan Barat, Mohd Zamrud Johari dan beliau berkata: “Peneroka dan pihak pengurusan Felda sendiri tidak mahu ‘orang luar’ masuk ke kawasan Felda kerana ditakuti akan menimbulkan kekecohan.

“Walaupun mereka hanya membawa kenderaan dan ‘berjalan” sahaja tetapi kami bimbang berlaku kekecohan."

Tidak berlaku sebarang insiden buruk melainkan penduduk Felda Bukit Rokan yang memegang bendera BN meminta peserta Jelajah Oren agar meningggalkan tempat itu.

Selepas Mazlan dan beberapa pemimpin PAS dan PKR memberi ucapan ringkas dari atas sebuah kereta pacuan empat roda di tepi jalan, peserta Jelajah Oren meneruskan perjalanan ke Felda Bukit Rokan Utara dan berlakulah insiden buruk tersebut.  

Sementara itu Pengarah Program Jelajah Oren “Selamatkan Felda” peringkat Negeri Sembilan, Abdul Rahman Ramli mempertikaikan apakah hak mereka yang Abdul Rahman dakwa merupakan orang Umno-BN (berdasarkan mereka membawa bendera Umno dan BN) menghalang peserta dan lalulintas di jalan utama Dangi-Jelai itu.

“Kalau mereka mengadakan sekatan di dalam kawasan Felda OK lagi. Tapi ini mereka mengadakan sekatan jalan di jalan besar, jalan utama.

“Setelah melihat tindak-tanduk mereka seperti orang hilang akal, kami memang mengambil keputusan tidak mahu masuk ke Felda Bukit Rokan Utara, tetapi kami cuma mahu lalu menggunakan jalan besar ke destinasi seterusnya.

“Kenapa mereka halang kami lalu atau gunakan jalan besar? Kenapa mereka pecahkan cermin kereta dan memukul dua peserta kami dengan kayu?" katanya


Sumber: Malaysiakini

Sunday, 23 December 2012

Anak: Komplot jadikan Isa Samad Pengerusi KPF


KUALA LUMPUR 22 Disember: Mesyuarat Agung Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang bakal diadakan 27 Disember ini merupakan komplot menjadikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi KPF.
Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman, berkata, ia turut melibatkan campur tangan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Saya tidak malu atau takut untuk nyatakan bahawa ini konspirasi didalangi mereka yang mempunyai pengaruh besar, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menteri yang berkaitan dengan koperasi, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad, dan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Mohd Yusuf Shamsudin.
“Komplot itu mahukan Isa Samad jadi Pengerusi KPF. Ini salah guna kuasa yang besar daripada menteri,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, semalam.
Kata beliau, jika mesyuarat yang dikendalikan sepenuhnya SKM berjaya dijalankan, bermakna KPF selaku pihak berkepentingan hanya sekadar peserta.
“Saya fikir ini satu kerja mengarut dan gila daripada mereka yang tidak bertamadun, tidak menghormati prosedur yang mereka pegang pada prinsip tersebut.  Justeru itu, kita sudah buat laporan polis dan ia akan digunakan sebagai asas salah guna kuasa ini,” ujarnya.
Beliau juga kesal kerana SKM yang seharusnya membela  koperasi dan memiliki 246,000 pencarum, turut terjebak dalam komplot berkenaan.
Sehubungan itu katanya, beliau akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum 27 Disember ini.

Saturday, 22 December 2012

Mahfuz cabar Najib saman Deepak untuk bersih nama


Naib Presiden, PAS Datuk Mahfuz Omar mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli perniagaan Deepan Jaikishan yang memberi beberapa kenyataan berhubung Najib serta ahli keluarganya. 

Mahfuz berkata lagi, tindakan itu perlu dilakukan memandangkan dakwaan yang dilakukan Deepak bukan sahaja memburukkan nama ahli keluarga Najib tetapi juga nama negara. 

Dalam pada itu, Mahfuz turut memuji keberanian tindakan bekas pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Robert Phang yang berkemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan. 

"Saya 'salute' dengan Robert Phang yang (mahu) menyaman Tan Sri Musa kerana punya keberanian untuk membersihkan nama dia.

"Rakyat juga sebenarnya ternanti keberanian Najib untuk ambil tindakan pada Deepak yang saya anggap dakwaannya mencalarkan nama baik Najib dan keluarganya. Saya tak tahu sama ada Robert Phang lagi berani dari Najib atau Najib yang takut daripada Robert Phang. 


"Saya cabar Najib (ambil tindakan). Ini bukan sahaja mengenai Najib dan keluarganya tetapi tentang negara," kata Mahfuz. 

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara hari ini. 

Deepak sebelum ini dalam temuramahnya dengan beberapa media antaranya Malaysiakini mendakwa Najib mempunyai peranan dalam isu penarikan balik pengakuan berkanun (SD) pertama penyiasat persendirian P Balasubramaniam pada tahun 2008. 

Deepak juga sebelum ini mendedahkan beberapa perkara antaranya melibatkan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor serta adiknya Datuk Nazim Razak. 

Sementara itu, pada sidang media sama, Mahfuz turut melahirkan rasa keraguannya mengenai cadangan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menapis senarai calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Mahfuz berkata, proses tapisan tersebut merupakan proses biasa dan tiada tindakan konkrit akan diambil selepas itu.

"Isu sekarang, jika ada calon bersih ketika tapisan, tetapi selepas jadi wakil rakyat, menteri itu terbabit dengan isu rasuah, adakah SPRM berani untuk ambil tindakan?

"Soalnya SPRM kena berani ambil tindakan jika wujud kes... bukan sekadar jadi medium penapisan calon. Walaupun cadangan nak tapis calon ini bagus tapi fungsi dan tindakan SPRM selepas itu yang jadi persoalan.

"Lebih baik parti sendiri yang jalankan penapisan calon. Sebab kes yang ada sekarang pun SPRM gagal ambil tindakan," katanya. 

Sebelum ini, kerajaan dicadang mewajibkan parti politik mengemukakan senarai calon PRU-13 untuk proses tapisan SPRM.

Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM Datuk Johan Jaafar dilaporkan berkata, ia antara yang dirangka oleh pihaknya untuk dicadangkan berkuatkuasa menjelang PRU-13 akan datang. 

Cadangan ini membabitkan semua parti politik dan individu yang akan bertanding sebagai calon Bebas, termasuk Ahli Parlimen atau ADUN yang bakal dicalonkan semula atau yang pertama kali bertanding.

Ia bagi memastikan calon yang bakal bertanding ‘bersih’ daripada rasuah, selain mengelakkan tohmahan tidak berasas ke atas individu yang akan bertanding atau partinya.

Sumber: Malaysiakini

Friday, 21 December 2012

Iklan Khidmat Seks dan Lucah Dalam Tandas Awam Berleluasa


Amat berleluasa sekali iklan-iklan lucah dan seks di dalam tandas di stesen-stesen minyak di sekitar Melaka ini.

Iklan-iklan ini dibiarkan oleh pemilik-pemilik premis tanpa ada usaha untuk memadamkannya.

Begitu senang sekali kah untuk mendapatkan pelacur di Melaka ini?, bukan kata ditempat-tempat hiburan malah di dalam tandas.

Tinjauan yang dilakukan menunjukkan hampir semua tandas awam tertera tanpa ada usaha untuk memadamnya seolah-olah merestui iklan-iklan sebegitu. Begitu juga ditandas-tandas awam milik MBMB di Hang Tuah Mall.

Apa usaha Kerajaan Negeri Melaka yang dikatakan Melaka Maju Negeriku Sayang untuk membenteras perkara ini? Bukankah mereka banyak agensi penguatkuasa, Kenapa bendera-bendera PAS boleh dicabut walaupun tengah-tengah malam tetapi iklan sebegini dibiarkan?

Untuk mencari siapa yang menconteng memang susah, tetapi kerajaan negeri tiada usahakah untuk membuat penguatkusaan terhadap premis-premis yang membiarkan iklan-iklan khidmat seks dan lucah begitu sahaja tanpa ada usaha untuk memadamnya?

Jangan pelik kalau gejala sosial berleluasa jika perkara ini tidak dipandang serius oleh kerajaan negeri.













Thursday, 20 December 2012

[Malunya]: Malaysia juara rasuah di dunia-Hindustan Times


(Oleh Aliff Fikri)
KUALA LUMPUR 20 Dis: Malaysia menjuarai amalan rasuah dan paling korup di dunia, lapor akhbar India, Hindustan Times 13 Disember lalu.
Demikian kupasan akhbar tersebut merujuk laporan badan pemantau rasuah, Transparency International (TI) bahawa Malaysia mendapat markah terburuk dalam Kaji Selidik Pembayar Rasuah 2012, sepertimana dilapor The Wall Street Journal 11 Disember.
Bertajuk ‘Malaysia is world champion in corruption’,Hindustan Times turut memetik markah keseluruhan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah TI merosot dalam tiga tahun berturut-turut.
Pada 2011, Malaysia mendapat 4.3 markah, lebih rendah daripada 2012 (4.4 markah) dan jauh berbeza berbanding penanda aras kerajaan, iaitu 4.9 markah.
Mengikut laporan itu, 50 peratus syarikat di Malaysia pernah kehilangan kontrak ekoran syarikat pesaing yang membayar rasuah. Mexico pula mendapat peratusan kedua terendah dengan 48 peratus.
Dalam kajiselidik tersebut, Jepun mendapat markah terbaik dengan 2 peratus, Singapura di tangga kedua dengan 9 peratus, China dengan 27 peratus dan Indonesia, yang memiliki reputasi dalam soal rasuah, malah mendapat markah lebih baik dari Malaysia dengan 47 peratus, kata laporan itu.
Mengulas laporan berkenaan, Naib Presiden KEADILAN, Datuk Chua Jui Meng menyifatkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendapat ‘pengiktirafan’ oleh komuniti dan media antarabangsa di atas ‘penganugerahan’ tersebut.
“Tahniah Najib, kerana berjaya membawa malu besar kepada bangsa dan negara.
“Seluruh dunia kini mengetahui anda sedang memimpin negara yang paling korup di muka bumi,” kata Jui Meng dalam kenyataan.
Menurutnya, sejak dari dulu, pimpinan tertinggi Umno yang mengamalkan rasuah terlepas dari sebarang hukuman.
“Sejak dari 1983, ia tetap sama. Sepertimana kes pembunuhan jurubahasa Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dikaitkan dengan amalan rasuah melibatkan kewangan negara oleh Kementerian Pertahanan berhubung pembelian dua buah kapal selam Scorpene buatan Perancis pada harga yang melambung sehingga RM6.7 bilion,” katanya.
Beliau berkata, walaupun dua anggota polis disabitkan kesalahan, motif pembunuhan tersebut tidak pernah diketahui.
“Persoalannya, rakyat tidak pernah tahu apakah motif pembunuhan? Siapa yang mengarah? Mengapa guna bahan letupan C4 untuk meletupkan tubuhnya? Dan anak siapakah yang dikandung oleh Altantuya yang didapati hamil ketika dibunuh?” ujarnya.
Beliau turut menyeru rakyat membuat pilihan tepat pada PRU 13 supaya negara tidak lagi mendapat pengiktirafan yang memalukan sebegini.
“Rakyat perlu membuat keputusan bijak pada PRU 13 nanti untuk menyelamatkan negara dari terus dilanda bencana ekonomi yang boleh membankrapkan negara sepertimana amalan Umno BN yang semakin teruk di bawah pentadbiran Najib,” kata Jui Meng.
Dalam isu berkaitan, laporan terbaru Global Financial Integrity (GFI) meletakkan Malaysia sebagai negara kedua paling teruk dalam senarai aliran keluar wang haram.
GFI merumuskan tahap pengaliran wang haram dari Malaysia itu pada tahun 2010 adalah yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun.
Laporan itu mendapati lonjakan dramatik pengaliran modal di Malaysia – dari US$30.41 bilion (bersamaan RM94.27 bilion) pada 2009 kepada US$64.38 (bersamaan RM199.58 bilion) dalam tahun 2010.
Menurut GFI, bagi aliran keluar wang haram terkumpul sepanjang lebih 10 tahun – dari 2001-2010 – Malaysia berada di kedudukan ke-3 di dunia, selepas China dan Mexico.
Jumlah anggaran untuk tempoh 10 tahun bagi Malaysia ialah US$285 bilion (RM871.4 bilion), manakala bagi China ialah US$2,740 bilion dan Mexico, US$476 bilion.
sumber: http://www.keadilandaily.com/malaysia-juara-rasuah-di-dunia-akhbar-india/

Wednesday, 19 December 2012

Lagi warga emas perlukan pembelaan di Dun Bukit Baru

Seorang ibu tunggal warga emas memerlukan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berikutan keadaan beliau yang sukar untuk bergerak akibat mengalami penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang sejak 12 tahun dahulu.

Sabia binti Mahat, 66 tahun menetap di Lot. 527 Batu 5 1/2, Solok Bukit Bayan, Kampung Bukit Katil yang berada di dalam dun Bukit Baru yang diwakili oleh Ketua Menteri Melaka,

Seharusnya Jabatan Kebajikan Masyarakat dan MAIM perlu turun padang meninjau dan membela golongan-golongan yang memerlukan bantuan kerana ketidakupayaan mereka.

Tuesday, 18 December 2012

Warga emas Solok Bukit Bayan, Dun Bukit Baru perlukan bantuan


Seorang warga emas, Rusni binti Kabol, 76 yang mengidap serangan angin ahmar memerlukan bantuan dari badan kebajikan.

Beliau tinggal di Solok Bukit Bayan, Kampung Bukit Katil bersama suami.

Memandangkan keadaan beliau yang perlu dijaga sepanjang masa menyebabkan suami beliau tidak dapat bekerja.

Beliau memperoleh bantuan daripada MAIM, namun tidak mencukupi untuk menyara kehidupan mereka kerana suami perlu menjag beliau sepanjang masa. Sebelum ini beliau cuba memohon bantuan dari MAIM berupa bantuan keperluan makanan namun tidak berjaya.

Pihak-pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan MAIM harus turun padang dan seterusnya membela masyarakat yang memerlukan bantuan.

Monday, 17 December 2012

Audit Melaka: Yayasan Melaka kehilangan hasil RM5.15 juta setahun akibat bangunan kosong

Laporan Ketua Audit Negara melaporkan  bangunan Yayasan Melaka setinggi 14 tingkat yang dibina pada tahun 2008 dengankos RM37.12 juta telah boleh diduduki sepenuhnya pada November 2010. Matlamat asal pembinaan bangunan Yayasan ini adalah untuk disewakan kepada jabatan dan agensi kerajaan serta swasta. Jumlah keluasan keseluruhan yang boleh disewakan adalah 14,231.86 meter persegi iaitu dari tingkat 1 hingga 12. Manakala tingkat 13 dan 14 telah dijadikan pejabat Yayasan. (sumber: Laporan Ketua Audit Negara, Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan, m/s 40)


Sehingga bulan Disember 2011, pihak Audit mendapati tingkat 1 hingga 12 masih kosong. Semakan Audit mendapati surat tawaran telah dikeluarkan oleh Yayasan kepada jabatan dan agensi Kerajaan Negeri, syarikat dan pihak swasta. Bagaimanapun tidak mendapat sambutan kerana kebanyakan jabatan telah memiliki bangunan sendiri selain penempatan jabatan di Menara Persekutuan dan Wisma Persekutuan. Bangunan Yayasan Melaka yang kosong (sumber: Laporan Ketua Audit Negara, Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan, m/s 40)


Kesan daripada kekosongan ini, Yayasan dianggarkan telah kehilangan hasil berjumlah RM5.15 juta bagi tahun 2011 seperti di Jadual 4.11 atau 13.8% pulangan yang boleh diperoleh daripada kos pembinaannya. (sumber: Laporan Ketua Audit Negara, Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan, m/s 41)


Sekarang mari kita lihat siapakah Pengerusi Yayasan Melaka, adakah ianya orang yang sama mempengerusikan Perbadanan Tanah Adat Melaka (PERTAM) dan juga Pengerusi MAIM?

Jeng...jeng...jeng..













Sunday, 16 December 2012

Najib tidak boleh membisu


Apa yang dibongkar oleh Deepak dan Musa Hassan wajar mendapat jawapan dari Najib, Hishamuddin dan Muhyiddin kerana tuduhan yang di lemparkan oleh kedua-duanya, Deepak dan Musa, adalah tuduhan terhadap kepimpinan tertinggi UMNO dan amat serius. Isu yang melibatkan kepimpinan negara. Negara kita adalah sebuah negara persekutuan yang berdaulat. Bagi sesebuah negara yang berdaulat Malaysia tidak wajar mempunyai pemimpin yang begitu mudah di kaitkan dengan isu-isu seperti membunuh serta isu-isu yang boleh menjejaskan kewibawaan negara kerana pemimpin besar nya di kaitkan dengan kerja yang amat hina dan menjijikkan itu.

Malaysia bukan letaknya di benua Afrika. Kita berada di rantau yang sedang membangun dan juga menjadi negara yang mengamalkan demokrasi berjiran kepada demokrasi terbesar di dunia ini. Jika di pandang dari sudut etika kepimpinan yang sebenarnya Najib sepatutnya meletakkan jawatan sebagai PM dan jawatan-jawatan dalam parti. Apabila seorang Perdana Menteri itu meletakkan jawatan maka keseluruhan kabinet beliau juga sepatutnmya meletakkan jawatan. Begitu juga mereka yang menjadi ahli-ahli Majlis Tertinggi parti. Itulah etika sebenarnya.

Selama ini kita tidak mengamalkan moral demokrasi itu dengan baik dan telus. Kita telah melanggar banyak kali etika kepimpinan bagi negara ini pada masa-masa yang lampau. Itulah sebabnya kita tidak pernah terlepas dari menghadapi masalah moral dalam kepimpinan negara kita. Pihak yang berkuasa tidak mengambil isu moral kepimpinan ini sebagi isu teras bagi kepimpinan negara. Banyak masalah negara sepatutnya telah dapat di selesaikan jika isu moral dan etika ini di ambil berat oleh mereka yang sedang berkuasa.

Dalam isu Deepak dan Musa Hassan yang sedang menjadi perbualan ramai sekarang ini, mereka yang dikaitkan, iaitu Najib dan isterinya sepatutnya tampil kedepan dan memberikan penjelasan terhadap isu yang di timbulkan oleh Deepak terutamanya. Apabila matinya seseorang wanita asing yang di kaitkan dengan orang-orang yang hampir dengan Perdana Menteri, Najib mesti tampil kehadapan dan memberikan penjelasan secara terbuka kepada rakyat.

Ini sangat penting, kerana Najib itu adalah Perdana Menteri dan Rosmah itu adalah isteri kepada Perdana Menteri. Rakyat ingin tahu kenapa Rosmah mencari Deepak untuk memaksa Bala Subramaniam melakukan ‘retraction’ terhadap akuan bersumpah yang pertamanya dan menyediakan seorang peguam untuk mengadakan akuan bersumpah yang kedua. Ianya tentu ada kena mengena dengan Rosmah dan Najib. Kalau ia tidak kena mengena dengan suami isteri itu masakan mereka sibuk untuk meminta Deepak mencari Bala Subramaniam.

Jika Najib dan Rosmah tidak tampil kedepan dan memberikan penjelasan, apa yang perlu dilakukan sekarang oleh Najib ialah untuk berundur dan seluruh kabinet  patut berundur kerana ini adalah cara demokrasi dan etika kepimpinan negara yang sudah maju mengamalkannya. Itu sebabnya seseorang pemimpin bagi negara yang sedang membangun mesti menjaga kewibawaan mereka dengan tidak terlibat dengan perkara-perkara seperti pembunuhan dan rasuah serta apa jua perkara yang melanggar moral dan etika kepimpinan negara itu.

Di negara barat seperti di Amerika Syarikat dan lain-lain, seseorang yang bersedudukan dengan teman wanita tanpa pernikahan yang sah itu adalah menjadi budaya dan perkara yang biasa. Tetapi Gary Hart seorang calon ‘primary’ dari parti Demokrat telah berundur dari pemilihan itu kerana beliau di dapati pernah bersedudukan dengan seorang wanita di luar perkahwinannya. Kehidupan seperti itu adalah kehidupan yang ‘normal’ bagi orang negara barat.

Tetapi apabila isu itu di ketahui umum, Gary Hart telah mengundurkan diri dari pertandingan itu kerana semata-mata untuk menjaga etika kepimpinan dan moral negara AS itu. John Terry pernah di gugurkan sebagai ketua pasukan bola England apabila beliau di katakan mempunyai hubungan sulit dengan bekas teman wanita sahabatnya sendiri. Tindakan itu ialah untuk menjaga moral dan etika pasukan bola negara England.

Begitulah tingginya nilai moral di mana-mana negara maju jika ia berkaitan dengan kepimpinan. Nilai inilah yang kita tidak pernah mengambil pusing kerana kita menganggap pemimpin itu boleh melakukan apa sahaja yang tidak bermoral dan beretika itu.

Kita perlu ingat yang kita pimpin ini adalah negara. bukannya pemimpin persatuan silat atau persatuan pemandu teksi dan beca.

Friday, 14 December 2012

Najib ada peranan tarik balik akuan bersumpah Bala – Deepak


KUALA LUMPUR 14 DIS: Ahli perniagaan Deepak Jaikishan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memainkan peranan utama dalam tindakan penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang menarik balik pengakuan berkanun (SD) pertamanya pada tahun 2008.
Dalam satu wawancara dengan Harakah, seperti dimuatkan di Youtube, Deepak mendakwa Najib berbuat demikian demi mengelakkan tindakan yang mungkin diambil seteru dalam Umno bagi menghalang cita-cita Najib menjadi perdana menteri.
“Tetapi satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi perdana menteri, mereka ada kepentingan mereka, mereka dudah bersedia.
“Salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini dan siapa yang mengarah orang itu, ini sangat high level,” kata Deepak.
Pada masa itu, Najib merupakan timbalan perdana menteri. Beliau kemudiannya dilantik menjadi perdana menteri pada 2009 selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi terpaksa berundur ekoran pencapaian buruk dalam pilihan raya umum 2008.
Mengikut Malaysia Kini, SD pertama Balasubramaniam, didedahkan pada 3 Julai 2008, mengandungi kenyataan bersumpahnya bahawa Najib mempunyai kaitan dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh.
Pada hari berikutnnya, Balasubramaniam membuat satu lagi SD dan mendakwa bahawa dakwaan dalam SD pertama adalah palsu.
“Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ini. Objektif utama besar dari itu, mereka kena hentikan langkah seterusnya.
“(Pada) malam itu juga kena siap, kena U-turn (tukar pengakuan Bala), kena tutup (perkara itu), itulah yang masalah utamanya.
Deepak mendakwa beliau menerima satu panggilan telefon daripada isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor pada senja 3 Julai 2008.
Deepak mendakwa Rosmah meminta bantuannya memandangkan beliau mengenali Balasubramaniam, yang mendedahkan SD pertama pada pagi hari tersebut.
Susulan itu, Deepak mendakwa beliau mengunjungi kediaman rasmi Najib di Putrajaya dan memberitahu Najib bahawa Balasubramaniam enggan bekerjasama.
“Pertama (Najib) telefon satu lawyer, lepas itu dia telefon adik dia, lawyer juga. Lepas bincang, dia minta saya agar mencari jalan untuk jumpa dia dan cari jalan supaya (Balasubramaniam) setuju, untuk batalkan SD dia.
“Saya telefon Bala… Dia kata dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri kalau nak dia menarik balik dia punya SD,” dakwa Deepak.
Deepak mendakwa Najib kemudiannya mencadangkan supaya adiknya Nazim yang seorang arkitek dan usahawan, untuk mewakilinya.
Dakwanya, pertemuan itu seterusnya berlangsung sekitar tengah malam di sebuah pusat membeli-belah di Damansara.
Dakwanya lagi, rundingan melibatkan sejumlah wang yang tidak didedahkan itu kemudiannya berlangsung dan Nazim seterusnya menghubungi Najib untuk mengatur seorang peguam untuk menderaf SD kedua di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur.
Dalam video berkenaan, Harakah memadamkan nama seorang peguam yang disebut Deepak.
Susulan itu, satu sidang media diadakan secara tergesa-gesa pada keesokan harinya.
Deepak mendakwa peguam berkenaan tidak mahu hadir, yang memaksanya memanggil seorang peguam lain untuk menemani Balasubramaniam bagi bertemu media.
Deepak mendakwa, beliau mendedahkan maklumat ini untuk menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk mengambil tindakan dan melindungi integriti insitusi tersebut.
“Saya yakin dalam SPRM mesti ada orang yang baik. Tidak mungkin semua orang hendak dengar cakap sepasang suami isteri. Kita ada 28 juta manusia di Malaysia,” katanya.
Sumber: keadilandaily