Pages

Wednesday, 31 October 2012

Bung Mokhtar: AES tidak sesuai sekarang, PRU 13 makin hampir

KUALA LUMPUR, 31 Okt — Walaupun pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)  baik ianya tidak sesuai untuk dilaksanakan sekarang memandangkan pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan dilaksanakan tidak lama lagi, kata Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Moktar Radin.
Datuk Bung Moktar Radin
Bung Moktar mencadangkan kerajaan menangguhkan AES oleh kerana Pakatan Rakyat (PR) akan mengeksploitasi isu ini untuk menjatuhkan kerajaan BN. “Pelaksanaan AES pada masa ini tidak sesuai kerana sudah hampir dengan pilihan raya.
“Oleh itu, saya syorkan AES ditangguhkan,” katanya dipetik dari Sinar Harian Online.
Bagaimanapun tambah Bung Moktar, AES masih diperlukan untuk mendisiplinkan para pemandu dan demi kepentingan semua pengguna.
“AES bagus digunakan untuk langkah mendisiplinkan pemandu yang menggunakan jalan raya,” kata Bung Mokhtar, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan.
Kesemua empat negeri yang diperintah oleh PR telah membuat keputusan untuk menangguh untuk meluluskan AES yang mengesan pesalah trafik yang melanggar had laju dan lampu isyarat, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng baru-baru ini.
Beliau yang juga merupakan ahli parlimen Bagan berkata, ini bermakna lebih 40 peratus kamera tidak akan dipasang, mewakili 331 dari 831 kamera AES seluruh negara.
“Ini kerana Pakatan mahu menjaga kepentingan rakyat,” katanya



P/S: Ini bermakna jika BN memenangi pilihanraya akan datang, kerajaan BN akan melaksanakan balik AES ini, jadi rakyat perlu tumbangkan BN pada pilihanraya akan datang untuk memastikan AES tidak akan dilaksanakan terus.

Tuesday, 30 October 2012

Bajet Surplus, Hutang Keseluruhan Bertambah?


Menurut laporan Ketua Audit Negara, hutang kerajaan Negeri Melaka meningkat sebanyak RM12.87 Juta menjadikan keseluruhan hutang kerajaan negeri adalah sebanyak RM865.94 JUTA.

Namun begitu kerajaan negeri dibawah kerajaan Ketua Menteri BN, Datuk Seri Ali Rustam mengumumkan bahawa kerajaan negeri berjaya mengekalkan bajet surplus selama 10 tahun berturut-turut.

Apa gunanya bajet surplus jika hutang negeri bertambah setiap tahun

Ianya seolah-olah suami rumah memberitahu isterinya bahawa belanjawan bulanannya berlebihan setiap bulan sedangkan hutang keliling pinggang juga bertambah setiap bulan.

Monday, 29 October 2012

Dana RM40j: 'Penjelasan Umno tak lagi bermakna'


Kerajaan sekali lagi digesa untuk menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) dengan segera bagi menyiasat sumbangan derma sebanyak RM40 juta oleh seorang ahli perniagaan kepada Umno Sabah.

Setiausaha Penganjur Angkatan Perubahan Sabah (APS) Datuk Kalakau Untol berkata, ia perkara yang betul dan patut dilakukan oleh kerajaan demi menjernihkan keadaan.

Jelas beliau, RCI satu-satunya cara untuk mengenal pasti kebenaran di sebalik isu sumbangan wang tersebut yang hangat diperdebatkan.

"Isu ini kini sedang diperdebatkan dengan meluasnya oleh orang-orang awam. Penjelasan daripada pemimpin-pemimpin Umno tidak lagi membawa makna," katanya.

Pada Ogos 2008, usahawan Sabah Michael Chia didakwa ditahan pihak berkuasa Hong Kong apabila hendak menaiki kapal terbang ke Kuala Lumpur bersama wang tunai AS$16 juta (RM40 juta).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz pada 22 Oktober lalu bagaimanapun menegaskan bahawa Chia tidak pernah ditangkap di Hong Kong oleh badan antirasuah negara itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Kalakau berkata, pengakuan bahawa wang itu merupakan sumbangan terhadap parti menunjukkan "suatu bentuk rasuah di peringkat dasar dilakukan oleh organisasi yang besar".

"Terdapat banyak persoalan yang ditimbulkan oleh ramai pemimpin politik yang tidak terjawab. 

"Rakyat benar-benar ingin tahu perkara sebenar di sebalik wang sumbangan ini, dan penderma yang terlibat," kata beliau lagi.

Sebelum ini, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang turut menggesa kerajaan agar RCI ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan penyeludupan dana asing oleh Umno, terutamanya berhubung "sumbangan politik" RM40 juta itu.

Sumber: Malaysiakini

Thursday, 25 October 2012

Pas desak Soi Lek mohon maaf


Leonard Tan Soon Huat -  Idris Ahmad - Khairul Faizi
Setiausaha Pemuda MCA, Leonard Tan Soon Huat (kiri) menerima memorandum bantahan oleh ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Idris Ahmad dan Khairul Faizi sambil disaksikan oleh K
KUALA LUMPUR - Pemuda Pas Pusat hari ini mendesak Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya memohon maaf kepada umat Islam di negara ini kerana mengeluarkan kenyataan yang menghina hukum Islam secara terbuka.

Setiausaha Pemuda Pas Pusat, Khairul Faizi memberi tempoh seminggu kepada Presiden MCA itu untuk mengemukakan permohonan maaf.

Sekiranya Soi Lek enggan berbuat demikian, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

"Satu demonstrasi besar-besaran akan dibuat jika Soi Lek berdegil tidak mahu minta maaf.

"Kami juga akan berbincang dengan para peguam untuk mempertimbangkan tindakan mahkamah jika perlu," kata Khairul kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan kenyataan Presiden MCA yang menghina Islam di pekarangan Wisma MCA di sini hari ini.

Seramai 150 penyokong Pakatan Rakyat turut sama menyatakan bantahan terhadap kebiadapan bekas Menteri Kesihatan itu.

Dalam pada itu, Jingga 13 yang diwakili setiausahanya, DK Vicky turut menyerahkan memorandum secara berasingan mendesak  Soi Lek dan MCAS memohon maaf kepada Yang di-Pertuan Agong serta umat Islam.

Tegasnya, Soi Lek perlu menghentikan penghinaan ke atas Islam dan hudud sambil menyifatkan perbuatannya melampau dan mencabar sensitiviti umat Islam.
Dalam pada itu, ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Idris Ahmad menyelar sikap tidak bertanggunjawab Soi Lek, yang menurutnya sengaja menyalakan api permusuhan antara agama.
Katanya, tindakan beliau cubaan meraih kembali sokongan kaum Tionghua kepadanya.
“Dalam 10 orang Cina yang saya temui, seorang pun tidak mahukan Chua Soi Lek," katanya di hadapan 150 penyokong Pakatan Rakyat sebelum menyerahkan memorandum bantahan terhadap Presiden MCA itu.
Idris menambah, Pas yang memerintah Kelantan selama 22 tahun pun tidak pernah menekan orang Cina, jauh sekali menghina dan memperlekehkan agama anutan mereka.
“Chua Soi Lek bukan saja mata buta, tapi hati buta semata-mata kepentingan politik sokongan dia,” tegasnya.
Idris menggesa semua rakyat Malaysia termasuk orang bukan Islam supaya menolak Umno-Barisan Nasional serta parti komponennya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) susulan kebiadapan Soi Lek.
Sumber: Sinar Harian

Wednesday, 24 October 2012

PR Bukit Katil: Serah Memorundum untuk KM Melaka


Satu memorundum, tentang cadangan, permintaan dan pertanyaan rakyat yang dikemukakan kepada Ketua Menteri Melaka dan kerajaan telah diserahkan oleh Sekreteriat Pakatan Rakyat Bukit Katil bagi dijawab oleh Ketua Menteri ekoran 5 ADUN Pembangkang telah digantung dari memasuki dewan di negeri ini.

Wakil daripada PAS, DAP dan PKR tidak dibenarkan masuk dan memorundum serta pertanyaan tersebut hanya diserahkan dihadapan pintu pagar.

Terdapat 55 pertanyaan, cadangan serta permintaan telah dikemukakan kepada KM untuk dijawab serta dipertimbangkan.

Setiap adun dibenarkan untuk bertanyakan 10 soalan lisan dan 15 soalan bertulis, ekoran pegantungan tersebut, rakyat telah "kehilangan peluang" sebanyak 125 soalan untuk dikemukakan kepada KM dan exco-exco.

Antara persoalan yang ditanya adalah berapakah kos penyelenggaraan kapal selam Agosta di Pantai Klebang setiap tahun?

Selain itu Ketua Menteri dan Exco diminta untuk mendedahkan harta, aset kewangan dan apa-apa barang kemewahan setiap tahun, bukan sahaja kepada YAB Perdana Menteri tetapi juga kepada rakyat.




Tuesday, 23 October 2012

Kutuk kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA


Satu sidang media telah diadakan oleh Pakatan Rakyat Negeri Melaka bagi mengutuk kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA, Heng Seai Kie yang didakwa mengeluarkan kenyataan kononnya Nik Aziz membenarkan wanita bukan Islam dirogol.

Yusof Wahab, Ketua Penerangan PAS Bukit Katil menyifatkan ianya merupakan salah tafsir dan tuduhan yang berniat jahat.

"Jika benar Nik Aziz benarkan wanita bukan Islam dirogol, tidak kedengaran penyokong-penyokong PAS menuruti arahan tersebut, tidak pernah kita dengar wanita bukan Islam dirogol oleh ahli atau penyokong PAS" ujar beliau lagi.

Sementara itu Dr. Wong Fort Pim, Pengerusi DAP Cawangan Bukit Palah pula berasa kesal kerana ada orang di Malaysia yaang menggunakan sentimen agama untuk mendapatkan undi. "

Mereka sepatutnya fokus  bagaimana untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, memikirkan bagaimana caranya untuk menjadikan rakyat hidup dengan lebih senang" ujar beliau lagi.

Freddie Lim yang juga merupakan Timbalan Penerangan PKR Melaka menyifatkan kenyataan Heng itu berbentuk hasutan dan seolah-olah bermain dengan api.

"Tidak masuk akal menuduh Tok Guru Nik Aziz berkata sedemikian, kita mengutuk kenyataan Heng tersebut dan mendesak beliau sama ada meminta maaf ataupun letak jawatan" ujar beliau.

Isu rogol: DAP tepuk meja bela Nik Aziz

NONE
DAP hari ini berkobar-kobar mempertahankan PAS ekoran tuduhan pemimpin MCA bahawa mursyidul am parti itu Datuk Nik Aziz Nik Mat membenarkan orang Islam merogol bukan Islam.

NONEBangkit mempertahankan Nik Aziz yang dirujuknya sebagai "Tok Guru", Anthony Loke (DAP-Rasah) menyifatkan kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie yang disokong Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek itu sebagai "paling biadap".

"Chua Soi Lek ialah presiden MCA yang paling biadap," katanya sambil menepuk meja.

Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia kemudiannya mematikan mikrofon Loke (atas) dan meminta anggota parlimen Rasah tidak membawa hujah politik luaran ke dalam dewan.

Bercakap dalam Persidangan Agung Wanita MCA di Kuala Lumpur kelmarin, Heng menuduh PAS membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang didakwa menyebut wanita patut dirogol jika tidak menutup aurat.

"Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?" tanya Heng di hadapan 1,032 perwakilan.

Kota Belud: Pandangan hanya tentang dasar negara
Dr Chua dalam sidang media selepas itu mempertahankan kenyataan Heng itu kerana mendakwa ia benar.

Di Parlimen juga, sebelum itu, Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) berkata, ucapan Dr Chua di AGM MCA semalam menghina Islam dan melukakan hati umat Islam.

Justeru, kata Dzulkefly, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang hadir dalam AGM itu patut bertanggungjawab terhadap kenyataan Dr Chua manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) patut memberikan respons.

Beliau mempersoalkan sama ada Umno terlalu lemah sehingga MCA berani mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Bagaimanapun, pemimpin Umno Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) kemudiannya tampil berkata, Dr Chua hanya memberikan pandangan berhubung dasar negara dan bukan menghina Islam.

Sumber: Malaysiakini

Friday, 19 October 2012

Pemuda PAS: Soi Lek dirasuk 'syaitan yang dikenali'?

Pemuda PAS menyifatkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai “meracau” dan cuba menjadi “hero kartun” apabila mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan hilang pekerjaan jika hudud dilaksanakan.

Ketuanya Nasrudin Hassan mempersoalkan kenyataan “dangkal”, “melucukan” dan “tidak berasas” itu ekoran ia hanya bersandarkan SMS daripada individu yang tidak dikenali, sekali gus dianggap tidak profesional dan tidak bernilai akademik.

pas umno pemuda talks parliment 010709 nasrudin hassan“Apakah Dr Chua Soi Lek telah dirasuk 'syaitan yang dikenali' sehingga lantang mempersoalkan hukum hudud hanya berdasarkan SMS yang dikirim oleh individu yang tidak dikenali?” katanya.

Dr Chua semalam mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia.

Memetik SMS oleh individu tidak dikenali, beliau menyenaraikan pelbagai industri yang didakwa akan terjejas, termasuk resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan rumah urut.

Dalam kenyataannya semalam, Nasrudin berkata, Pemuda PAS mendesak Dr Chua segera memohon maaf kepada umat Islam dan seluruh rakyat kerana didakwa mencetus keresahan masyarakat.

“Ini adalah fitnah yang melampau. Sedangkan rakyat yang beragama Islam wajib menerima hukum Alah SWT ini, sementara non-Muslim pula tidak perlu bimbang dan resah justeru perlaksanaan hukum Islam justeru ia tidak dipaksa ke atas mereka,” katanya.

Nasrudin juga menyeru supaya rakyat bijak memilih pemimpin masa depan negara, sekali gus menolak “syaitan yang dikenali bersama komponennya yang semakin meracau di usia lewat”. 

chua soi lek video blog on hudud 01Istilah “syaitan yang dikenali” digunakan meluas oleh pembangkang bagi menyindir BN ekoran kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang memetik peribahasa Inggeris “better to choose the devil you know than the angel that you don’t know” (terjemahan langsung: lebih baik syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali).

Cemuhan serupa turut disuarakan ketua penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Lee Khai Loon yang berkata Chua "berkhayal" sehingga mengeluarkan dakwaan "mengarut" seperti itu.

"Dr Chua seperti meludah ke langit dengan mendakwa apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan pusat, maka semua premis arak, judi, kafe siber dan refleksologi akan ditutup.

"Sebaliknya di dalam Selangor, ADUN MCA telah mengadu bahawa kerajaan negeri telah banyak meluluskan bilangan lesen kafe siber dan rumah urut yang sendirinya bertentangan dengan kenyataan Chua," katanya lagi.

Sumber: Malaysiakini

Thursday, 18 October 2012

Bilik darjah pelajar sekolah agama Johor di rumah kedai

LAPORAN AUDIT Kelemahan kerajaan negeri dalam menguruskan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) menyebabkan 24 buah sekolah agama di seluruh negeri itu ditempatkan di pelbagai premis termasuk di sebuah bangunan rumah kedai. 

Laporan Ketua Audit Negara dalam aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Johor tahun 2011 mendapati, bangunan tambahan sekolah agama Kota Masai, Johor Bahru - sebuah rumah kedai itu menempatkan lebih 3,000 pelajar dan mengalami masalah kekurangan bilik darjah. 

"Pemerhatian Audit mendapati sekolah yang menumpang di balai raya, surau dan bangunan sekolah milik Kementerian Pelajaran Malaysia  yang tidak lagi digunakan tidak menghadapi masalah sehingga kini kerana bilangan murid yang tidak terlalu ramai dan kemudahan asas yang mencukupi. 

NONE"Bagaimanapun di SA (sekolah agama) Kota Masai, suasana 
pembelajaran adalah kurang selesa disebabkan gangguan bunyi bising daripada kedai dan bengkel kereta berhampiran kerana ditempatkan di bangunan rumah kedai yang disewa," laporan audit dipetik.

Selain masalah pembelajaran, keselamatan murid juga tidak terjamin disebabkan tiada kawalan keselamatan. 

Menurut laporan audit, kedudukan sekolah tersebut menumpang adalah disebabkan tiada tapak yang diwakafkan untuk pembinaan sekolah agama. 

Penulis: Zulaikha Zulkifli
Selain itu, kerja membaik pulih kerosakan sekolah juga tergendala akibat kekurangan peruntukan. 

Menurut laporan itu, jumlah peruntukan yang diluluskan ialah sebanyak RM5.43 juta. Bagaimanapun, permohonan bagi membaik pulih kerosakan dianggar berjumlah RM10.47 juta. 

"Semenjak tahun 2009 hingga kini, tiada program baik pulih dilaksanakan walaupun terdapat permohonan pada tahun 2010 dan 2011 oleh SA Kampung Pasir Putih dan SA Pekan Nanas. 

NONE"Keadaan ini telah menyebabkan suasana tidak selesa dan selamat 
kepada murid, guru dan harta benda sekolah selain mengaibkan imej SA berbanding sekolah kebangsaan," kata laporan itu. 

Antara masalah lain yang dihadapi oleh sekolah agama di Johor ialah kekurangan kemudahan infrastruktur asas, perabot sekolah yang rosak dan uzur, kekurangan guru dan kakitangan sokongan serta pengurusan aset dan inventori yang perlu dibaiki. 

Menurut maklum balas Jabatan Agama Johor dalam laporan itu menyebut, kekurangan kemudahan infrastruktur di sekolah agama disebabkan kekangan kewangan sehingga pihak mereka perlu peruntukan daripada Majlis Agama Islam Johor bagi memenuhi keperluan tersebut. 

Maklum balas itu menyebut lagi, pada tahun 2011, tiada peruntukan untuk pembelian perabot diterima daripada kerajaan negeri.

Sumber: Malaysiakini

Wednesday, 17 October 2012

Melaka: Lagi Laporan Polis Terhadap Kenyataan Tan Keng Liang Hina Islam


17 Oktober-Satu laporan polis telah dibuat oleh Soladiriti Anak Muda Malaysia (SAMM Melaka) berhubung kenyataan Tan Keng Liang, Ketua Pemuda Gerakan Kedah, yang didakwa mengandungi unsur-unsur menghina salah satu amalan Islam iaitu amalan penutupan aurat melalui tweeternya. 

Ia mungkin ekoran daripada tindakan Majlis Perbandaran Alor Setar (MBAS) yang mula melaksanakan garis panduan supaya model iklan yang dipaparkan dalam kawasan mereka hanya memaparkan model yang berpakaian sopan.

Laporan polis telah dibuat oleh Penyelaras SAMM Melaka, Zuraidi Abdullah di Balai Polis Melaka Tengah pada jam 2.30 petang tadi.

Menurut Zuraidi, Tan Keng Liang bukan sahaja menghina kepercayaan agama lain malah telah mengelirukan perkara sebenar tentang Islam. Soal menutup aurat bukan arahan parti PAS tetapi ianya adalah tuntutan Islam. Tan Keng Liang secara sedar dan sengaja mempersenda tuntutan agama islam dalam perihal menutup aurat.

"SAMM  dengan ini membuat laporan polis berkenaan perkara melampau ini. Kertas siasatan perlu dibuka, Tan Keng Liang perlu ditahan, telefonnya perlu dirampas sebagai bahan bukti tambahan dan dia perlu dihukum sewajarnya. Kita juga ingin melihat PDRM bertindak tegas seperti mana jika ada laporan polis terhadap yang lain." ujar beliau lagi.


Turut hadir ke Balai Polis mengiringi SAMM Melaka ialah Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka, Yuhaizad Abdullah dan Timbalan Ketua Penerangan PKR Melaka, Freddie Lim Seong Ho, Ketua Cabang PKR Kota Melaka, Haji Sapian serta penyokong-penyokong dari Pakatan Rakyat.




PAS, NGO dakwa pemimpin Gerakan hina Islam

Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dan kumpulan NGO menuntut tindakan tegas diambil terhadap Ketua Pemuda GERAKAN Kedah Tan Keng Liang yang didakwa menghina Islam berhubung garis panduan pemasangan papan iklan di Kedah.

Mereka mendakwa kenyataan Tan yang dibuat di Twitter itu serius, mempersenda dan menghina berhubung isu aurat dalam ajaran Islam.

Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzaman Mohamad berkata, kenyataan Tan pada Isnin lalu itu bersifat jahat dan sejenis provokasi.

NONE"Beliau cuba membangkitkan sentimen kebencian rakyat khususnya golongan bukan Islam terhadap PAS dengan mengada-adakan cerita yang tidak masuk akal.

"Beliau juga memfitnah PAS dengan membangkitkan kononnya PAS akan bertindak keras dan tegas terhadap golongan bukan Islam sekiranya PAS memenangi Putrajaya kelak," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kamaruzaman berkata, laporan polis berhubung perkara itu dibuat di Balai Polis Dang Wangi pagi tadi. NGO yang rapat dengan Pakatan Rakyat Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan JINGGA 13 juga sebelum ini menganjurkan supaya laporan polis dibuat di seluruh negara sebelum ini.

Tan dalam tulisannya di Twitter pada Isnin lalu berkata, arahan kerajaan PAS Kedah yang menasihatkan agar model lelaki memakai pakaian sopan di papan besar iklan dan tidak memakai seluar pendek kerana takut lelaki "jambu" dalam PAS terangsang.

"Mulai sekarang, Lee Chong Wei mesti memakai seluar panjang untuk bermain badminton jika mahu gambarnya diambil untuk papan iklan di Kedah. Pastikan baju mempunyai lengan.

"Bayangkan apa akan terjadi jika PAS menguasai Putrajaya. Semua atlit Malaysia termasuk bukan Islam mesti memakai seluar panjang dan baju berlengan," kata Tan.

Sehubungan itu, Kamaruzaman berkata, PAS tidak memaksa bukan Islam untuk mengikut segala perintah yang hanya dikhaskan kepada orang Islam.

Jelasnya, golongan bukan Islam diberikan kebebasan memilih dan mengamalkan agama serta budaya mereka tanpa sekatan.

"Usaha yang dilakukan oleh kerajaan PAS Kedah adalah sebagai membendung gejala sosial dan keruntuhan akhlak di kalangan remaja yang kian membarah," katanya. 

NGO: Tahan segera Tan
Sementara itu, JINGGA 13 pula dalam kenyataannya hari ini menyifatkan kenyataan Tan itu sebagai "biadap" dan menimbulkan kemarahan umat Islam di Malaysia.

"Amat mendukacitakan apabila ditegur oleh ramai orang, beliau masih mempertahankan kenyataan beliau yang bukan sahaja bersifat rasis malah cuba mengelirukan dengan melabelkan itu adalah undang-undang ciptaan PAS, bukannya ketetapan dan undang-undang Islam sepertimana yang termaktub dalam al-Quran," kata Ketua Penerangan JINGGA 13 Mohd Rudey Abd Rahman.
Manakala Pengarah Propaganda SAMM Edy Noor Reduan pula menggesa polis bertindak tegas dan menahan segera Tan. 

"Sebagaimana suatu ketika tidak lama dulu seluruh rakyat negara tanpa mengira fahaman agama dan warna kulit mengutuk penerbitan filem yang menghina agama Islam, SAMM juga hari ini menuntut perkara yang sama disokong merentasi perbezaan agama dan bangsa," katanya.

Sumber: Malaysiakini

Tuesday, 16 October 2012

LAPORAN KETUA AUDIT 2011 : HUTANG NEGERI MELAKA MENINGKAT KEPADA RM865.94 JUTA

Penulis:mutaligat
Hutang kerajaan negeri Melaka meningkat kepadaRM865.94 juta iaitu meningkat sebanyakRM12.87 juta. Fakta didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara berkaitan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Melaka dan Jabatan/Agensi tahun 2011 bahagian II muka surat xiii.

Manakala Kerajaan Negeri Melaka hanya membayar hutang sebanyakRM0.18juta sahaja pada tahun 2011. Kalau macam inilah prestasi membayar hutang, kita yakin sampai bilapun hutang kerajaan negeri tidak akan habis.


Gambar : Sekadar hiasan.

Sumber:http://mutaligat.blogspot.com/2012/10/laporan-ketua-audit-2011-hutang-negeri.html

Monday, 15 October 2012

DAP: Apa faedah BR1M jika dapat saman AES?

Penulis: Zulaikha Zulkifli



Setiausaha DAP Lim Guan Eng berkata rakyat berpendapatan rendah perlu membayar lebih daripada apa yang diterima melalui skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sekiranya dikenakan saman melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata, kerajaan menyalurkan RM500 kepada golongan berkenaan, yang perlu membayar RM300 setiap kali disaman melalui sistem AES.

"Apa yang bagusnya kalau kerajaan beri kepada anda RM500? Dengan ada dua saman, sama seperti mereka ambil semuanya balik dengan untung yang lebih mereka dapat," katanya ketika berucap di Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan hari ini.

Sistem AES dikuatkuasakan pada 23 September lalu. Pada lapan hari pertama pelancarannya, sebanyak 63,558 kesalahan trafik telah dicatatkan dan sebanyak 170 juta saman akan dikeluarkan.

Lim mendakwa, ramai pengguna yang tidak berpuas hati dengan pelaksanaan sistem berkenaan dan menjadi tanggungjawab DAP untuk membangkitkannya.

"Adakah masyarakat marah? Kalau marah, ini adalah peluang (kerajaan) memberi penerangan kepada rakyat," katanya lagi.

Menurut Lim projek AES mendapat tentangan kerana pemegang konsesinya, ATES Sdn Bhd dan Betap Tega Sdn Bhd mampu mendapat balik modal mereka melalui pengagihan keuntungan daripada saman yang dibayar.

"Sekiranya RM5 bilion dikutip setiap tahun, kedua-dua pemegang konsesi akan untung RM80 juta di bawah peringkat pertama, RM270 juta di bawah peringkat kedua dan RM350 juta pada peringkat ketiga.

"(Ini memberi pulangan) lumayan sebanyak RM700 juta untuk kerja setahun," katanya lagi.
Dalam satu sesi perbahasan di Dewan Rakyat Penyokong minggu lalu, penyokong kerajaan dan pembangkang juga sama-sama menyuarakan tentangan ke atas pelaksanaan AES.
MP DAP Kota Melaka Sim Tong Him berkata kerajaan perlu meminda had laju di lebuh raya kerana menurutnya had laju itu tidak seragam dan akan menjadikan orang ramai mangsa dengan pelaksanaan AES.
MP BN Sri Gading Datuk Mohamad Aziz pula berkata pelaksanaan sistem itu patut ditangguhkan kerana syarikat terbabit menurutnya mungkin hanya mahu membuat duit.

Sumber: Malaysiakini

Saturday, 13 October 2012

Agenda BN mainkan isu Soros-Pakatan

Penulis: Fathi Aris Omar

Projek memburuk-burukkan pembangkang dengan jutawan George Soros -- seperti yang dilaporkan meluas oleh media sekarang -- telah dirancang oleh sebuah jabatan khas Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sejak pertengahan tahun ini.

Melalui sebuah buku tebal Panduan Penjelasan Isu Semasa terbitan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim didakwa mendapat dana spekulator mata wang dunia itu bagi menghadapi pilihan raya umum.

panduan penjelasan isu semasa book jasa soros bn 131012 icg anwarDengan menonjolkan beliau sebagai ejen Yahudi Zionis, Soros melalui Institut Masyarakat Terbuka (OSI) didakwa mendanai Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) yang disertai Anwar.

"... Anwar merupakan antara ahli majlis eksekutif ICG ... sebahagian besar (pemimpin) dalam ICG adalah berbangsa Yahudi," buku setebal 322 halaman itu dipetik.

"Soros mengkritik tindakan kerajaan Malaysia dan membela Anwar semasa beliau didakwa atas (tuduhan) salah guna kuasa."

Hubungan Soros-Anwar ini dimuatkan dalam bab "Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) dan hubungan Zionis", satu daripada 22 bab yang disusun bagi menjawab isu dan program yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat sehingga Jun lalu.

soros lse fund raising dinner 181206 sorosBagi menggambarkan perhimpunan "BERSIH 3.0 itu kotor" pula, Anwar didakwa memulakan huru-hara pada 28 April lalu dan beliau sendiri disokong oleh ahli parlimen Australia yang pro-hubungan seks sejenis.

Soros (kanan) menjadi perhatian semula sejak awal bulan lalu apabila kerajaan mempertikaikan dana NGO hak asasi Suaram yang dikaitkan dengan jutawan tersebut. 

Ia disusuli laporan konsisten media-media pro-kerajaan yang mengaitkan dana Soros dengan sejumlah NGO lain termasuk pendesak pilihan raya bebas BERSIH dan portal beritaMalaysiakini

Dana berjumlah ratusan juta ringgit itu kononnya untuk "menggugat" kerajaan. Ekoran itu, kumpulan NGO berkenaan mengugut untuk menyaman New Straits Times yang memuatkan laporan tersebut di muka depannya. 

Baru-baru ini pula, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menyifatkan "undi untuk Pakatan Rakyat bermakna undi untuk Soros" dengan alasan beliau mendalangi usaha "pertukaran regim" di negara ini dalam pilihan raya umum nanti.

Isu-isu lain yang dimuatkan dalam buku panduan ini termasuklah kontroversi Pusat Fidlot Nasional, himpunan BERSIH 3.0, pemerolehan Scorpene, loji pemprosesan nadir bumi Lynas, program Buku Jingga, kematian Teoh Beng Hock, durian runtuh Felda dan penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGV), tuntutan pelobi pendidikan Cina Dong Zong dan kritikan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Buku yang ditulis dalam bentuk soal jawab ringkas ini turut memberikan perhatian khusus kepada Kelantan dan Sabah.

Sumpah PM tentang Altantuya
Isu-isu utama berkaitan negeri pimpinan PAS itu dimuatkan dalam tiga bab khas: tuntutan royalti petroleum, pencemaran air paip dan projek ladang rakyat.

Tiga bab lagi ditujukan bagi menjawab isu di Sabah: kebanjiran pendatang asing, tanah adat dan kempen "Sabah for Sabahans".

panduan penjelasan isu semasa book jasa soros bn 131012 altantuyaBagaimanapun bab terakhir "tuduhan pembunuhan Altantuya (Shaariibuu)" tidak memakai format soal jawab atau penjelasan lengkap seperti bab-bab lain.

Ia hanya memuatkan sepenuhnya sumpah Perdana Menteri Najib Abdul Razak sewaktu menafikan pembabitannya dengan wanita Mongolia itu bersempena kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 2008.

Sementara 22 bab lagi disusun bagi menjelaskan dasar-dasar kerajaan dan senarai program yang dimajukannya.

Dibahagikan kepada tiga, bahagian pertama 'dasar-dasar negara' dimulakan dengan bab-bab berikut: Wawasan 2020, gagasan 1Malaysia, Rancangan Malaysia ke-10 dan program transformasi kerajaan (GTP).

panduan penjelasan isu semasa book jasa soros bn 131012 contentIa juga menjelaskan tentang Bajet 2012, skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kempen kerajaan mengurangkan rasuah dan kadar jenayah serta langkah mengawal kenaikan harga dan program meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.

Satu halaman diperuntukkan untuk menyenaraikan 20 tokoh paling kaya di Malaysia dengan kesimpulan: " ... orang Melayu hanya tiga orang (15 peratus) manakala Cina 16 orang (80 peratus) dan India seorang (5 peratus)."

Ia juga memuatkan statistik-statistik lain yang menunjukkan kemunduran Melayu dalam bidang ikhtisas (profesional), pemilikan ekuiti dan premis perniagaan.

Bab-bab ini diikuti dengan program memajukan bumiputera seperti Teraju sebelum melakarkan "kejayaan negara" di mata dunia.

50,000 naskhah dicetak
Malaysia digambarkan aman makmur walaupun penduduknya berbilang-bilang kaum dan agama; tidak seperti hura-hara yang dialami dalam krisis Asia Barat beberapa bulan kebelakangan.

Buku panduan berbahasa Melayu ini disediakan sebagai rujukan pegawai kempen JASA -- satu daripada beberapa badan utama gerak saraf kerajaan -- dan ia dibuka dengan petikan kata-kata Najib.

panduan penjelasan isu semasa book jasa soros bn 131012 najib"Kebebasan bersuara yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan tidak sesekali bermaksud sebagai kewenangan hak kepada mana-mana pihak untuk membuat fitnah dan menghasut api kebencian."

Dalam kata pengantarnya, ketua pengarah JASA, yang juga pemimpin lama Umno, Fuad Hassan berkata buku ini disediakan bagi menjawab sebaran maklumat pantas melalui media Internet.

Pada Mac lalu, menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan Rais Yatim dilaporkan berkata sebanyak 50,000 naskhah akan dicetak, termasuk untuk rujukan orang awam di luar bandar.

Selain JASA, menurut beliau lagi, agensi-agensi yang merujuk buku panduan itu termasuklah Jabatan Penerangan, agensi berita rasmiBernama dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Satu salinan buku ini diperolehi oleh Malaysiakini bulan lalu sewaktu menghadiri siri penjelasan JASA di Kuala Lumpur berhubung bantahan pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan.

Edisi digital buku ini boleh juga diperolehi di laman web rasmi Jasa.

Walaupun bahan-bahan ini disediakan di antara selepas perhimpunan BERSIH pada hujung April lalu dan menjelang penyenaraian FGV akhir Jun, tidak dapat dipastikan bila ia mula dicetak dan diedarkan.

Sumber: Malaysiakini

Friday, 12 October 2012

PM Najib bertemu Soros di New York

Penulis: Steven Gan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengadakan pertemuan peribadi dengan jutawan George Soros - individu yang dilihat oleh penyokong setia Umno sebagai musuh nombor satu - di New York dua tahun lalu.

Pertemuan tersebut -  yang mula-mula didedahkan minggu lepas oleh ahli parlimen Subang, R Sivarasa semasa berdebat dengan Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim -  berlangsung di sebuah hotel mewah - Hotel Plaza di Manhattan.

najib abdul razak in perth chogm 1Malaysiakini telah mengesahkan pertemuan Najib-Soros dengan satu
sumber yang mempunyai pengetahuan langsung mengenainya.

Pertemuan perdana menteri dengan Soros, yang dituduh membiayai NGO Malaysia untuk perubahan rejim, berlaku pada 27 September 2010.

Dipercayai sekurang-kurangnya seorang pemimpin tinggi Umno hadir di pertemuan tersebut.

Najib, yang menjadi perdana menteri pada tahun 2009, menyampaikan ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada hari yang sama beliau bertemu dengan Soros.

Dalam ucapan di PBB itu, Najib mencetuskan 'gerakan global moderat' untuk menebus semula agenda keamanan dan pragmatisme.

Di luar perhimpunan agung itu, Najib juga bertemu dengan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan mengadakan perbincangan dengan beberapa ketua kerajaan.

Antara mereka yang mengiringi Najib dalam lawatan itu ialah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Luar Datuk Anifah Aman dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Jamaluddin Jarjis.

Soros, seorang peniaga mata wang kontroversi dan seorang dermawan, telah dipersalahkan sebagai punca konflik kewangan yang melanda Malaysia semasa krisis ekonomi tahun 1997-98, dan baru-baru ini, didakwa pula mahu menjatuhkan BN dengan membiayai NGO antikerajaan.

NONESejak beberapa minggu lalu, sekumpulan penulis blog prokerajaan dan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, mengecam NGO, termasuk badan hak asasi manusia, Suaram dan gerakan reformasi pilihan raya, BERSIH, kerana menerima pembiayaan daripada Open Society Foundation Soros.

Malaysiakini juga, turut menjadi sasaran ekoran hubungannya dengan MDLF, sebuah dana pelaburan yang memiliki 29 peratus kepentingan dalam portal berita bebas itu. MDLF mengumpulkan modal dari bank, kerajaan dan agensi-agensi pembiayaan, yang termasuk yayasan Soros.

Pada hari Ahad, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut sama menuduh Malaysiakini bersekongkol dengan Soros untuk perubahan rejim bagi "meletakkan calonnya sebagai perdana menteri dan menteri-menteri dalam kerajaan Malaysia".

"Pandangan saya tentang Soros ialah dia masih seorang penyangak mata wang dan dia sebatikan kejahatan ini dengan menggunakan wang untuk meletakkan orang sepertinya untuk memerintah negara-negara yang disasarnya. Dan Malaysia jelas salah satu sasarannya," tulis Dr Mahathir dalam New Straits Times.

Dengan menyambungkan dua titik berbeza, beliau membuat kesimpulan liar bahawa "satu undi untuk pembangkang adalah undi untuk Soros."

Ironinya, ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri, Bank Negara Malaysia menceburkan diri dalam spekulasi mata wang yang berisiko tinggi - dan ia kerugian sejumlah RM5.7 bilion kepada orang-orang seperti Soros pada awal tahun 1990-an.

NONEBulan lepas, Malaysiakini mendedahkan bahawa Dr Mahathir, meskipun bermusuh dengan Soros, telah menulis kepada jutawan itu memintanya menyokong projek Forum Keamanan Global untuk mengharamkan peperangan sebagai satu cara bagi menyelesaikan konflik manusia.

Menurut majalah mingguan antarabangsa Economist, menjelang pilihan raya umum ke-13 yang dilihat teramat penting, Umno dan media yang menyokong Umno menyerang mana-mana organisasi yang dianggap bersimpati kepada pembangkang.

"Semua cerita lama yang tidak berasas mengenai pelbagai kumpulan yang dikatakan dibayar oleh Zionis, Amerika atau George Soros, seorang pembiaya asing, telah dikeluarkan semula," katanya dalam satu artikel yang disiarkan awal minggu ini.

"Ia tidak jelas sama ada fitnah sumpama itu masih mendapat tempat di hati pengundi di Malaysia,  terutamanya di kalangan umat Islam. Semua ini pastinya merupakan tanda-tanda terdesak."

Sumber: Malaysiakini

Thursday, 11 October 2012

Cukuplah 56 tahun dalam UMNO, nantikan ucapan sulungnya di Melaka - 18 Oktober 2012


Ditulis Oleh: Blog Pas Melaka
Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir akan membuat ucapan sulungnya di Melaka. Sebarkan..

Beliau adalah pemimpin veteran Umno yang juga bekas Menteri Kabinet

Beliau pernah menjadi Exco Pemuda Umno selama 10 tahun.
Menjadi ahli majlis tertinggi Umno selama 24 tahun.
Beliau turut pernah memegang jawatan Ketua Pemuda Umno Negeri Kedah.  
Beliau juga menjadi ahli pentadbiran kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun. Selaku setiausaha politik, setiausaha parlimen, Timbalan Menteri dan Menteri.
Beliau juga pernah menerajui kementerian Penerangan dan Pelancongan.
Beliau menjadi ahli Umno dan memegang jawatan dalam parti berkenaan sejak tahun 1956 sehingga sekarang - selama 56 tahun.

“Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong Umno Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli Umno Malaysia mulai hari ini,” katanya dalam satu kenyataan media ringkas pada 19 Mac 2012.


Rakyat Melaka berkesempatan mendengar ucapan sulung dari Tan Sri pada 18 Oktober 2012, Khamis di Kg Gangsa, Durian Tunggal.
Sumber: http://pasmelaka.blogspot.com/

Wednesday, 10 October 2012

Pakatan Rakyat Negeri Melaka Serah Memorandum Isu Majlis Kahwin Anak Ketua Menteri kepada PKNM


Pakatan Rakyat Negeri Melaka telah menghantar satu memorandum bagi mendesak Datuk Yusof bin Haji Jantan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka menjawab isu salahguna kuasa dan dana awam berhubung majlis perkahwinan anak Ketua Menteri Melaka baru-baru ini.

Memorandum itu turut memetik dokumen yang bertajuk "Minit Mesyuarat Jawatankuasa Induk Persiapan Logistik, Keceriaan dan Kebersihan Sempena Majlis Perkahwinan Anakanda YAB Ketua Menteri" yang menyatakan Datuk Yusof bin Haji Jantan dalam perutusan pengerusi membuat ketetapan bahawa:

"...semua persiapan yang dikendalikan adalah diatas budi bicara jabatan tersebut serta tiada sebarang bil tuntutan kepada YAB Ketua Menteri atau Kerajaan Negeri"

Dalam memorandum tersebut turut dinyatakan bahawa dalam salinan dokumen berkenaan Datuk Yusof bin Haji Jantan meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyediakan 100 buah khemah; JKR menyediakan Gen-Set; Syarikat Air Melaka Berhad menguruskan kerja penyambungan paip air tambahan dan sinki; Angkatan Tentera Malaysia membantu kerja pembersihan; dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara menyediakan aktiviti persembahan.

Sehubungan itu Pakatan Rakyat telah mengingatkan bahawa;

PKNM telah ditubuhkan dibawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka. Enakmen No.1 Tahun 1971 telah diberi peranan dan tugas utama iaitu Perindustrian, Perlancongan, Perumahan dan Perniagaan dan Perladangan" (Laman Rasmi PKNM).

Pakatan Rakyat Negeri Melaka mendesak Datuk Yusof bin Haji Jantan untuk menjawab berberapa persoalan, atas dasar apa PKNM menganjurkan majlis perkahwinan anak Ketua Menteri Melaka sedangkan misi utama PKNM adalah untuk membangunkan hartanah, penyediaan insfratruktur, binaan bangunan bagi menjana dan mengecapi kepesatan ekonomi NEGERI Melaka?

Persoalan kedua, Berapakah jumlah kos yang ditanggung oleh semua pihak masing-masing, memandangkan "semua persiapan yang dikendalikan adalah diatas budi bicara jabatan tersebut serta tiada sebarang bil tuntutan kepada YAB Ketua Menteri atau Kerajaan Negeri"

Pakatan Rakyat Negeri Melaka mendesak supaya Datuk Yusof bin Haji Jantan meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PKNM dengan segera seandainya gagal menjawab persoalan-persoalan diatas.

Turut hadir menyerahkan memorandum tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Melaka, Kamaruddin Sidek, Hairiz Nordin, Ketua Penerangan PKR Melaka dan juga Dr. Wong Fort Pim Pengerusi DAP Cawangan Sri Siantan Bukit Baru.

Tuesday, 9 October 2012

Provokasi melampau terhadap anak Tun Ghafar Baba


Beberapa risalah memburukkan Tamrin Tun Ghafar telah ditemui berdekatan Bukit Katil tertulis dengan perkataan yang kesat dan gambar yang diubahsuai menyerupai khinzir.

Menurut salah seorang penduduk disini, beliau menjumpai risalah tersebut di dalam motosikal selepas daripada kuliah subuh di sebuah surau di Bukit Katil.

Tindakan itu dipercayai dibuat kerana tidak berpuashati dengan tindakan Tamrin yang telah keluar daripada UMNO dan menyeru orang UMNO di Melaka meninggalkan UMNO kerana UMNO kini tidak lagi membela orang melayu.

Monday, 8 October 2012

SPRM siasat Ali Rustam mengenai kenduri 130,000 hadirin


KUALA LUMPUR, 5 Okt — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berikutan penganjuran majlis kenduri kahwin anak lelakinya baru-baru ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Mohd Shukri Abdul berkata siasatan akan dilakukan secara menyeluruh.
“Kita teliti satu persatu, tengok perbelanjaan daripada mana, siapa yang keluarkan duit, kita periksalah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau enggan menjelas lanjut kerana siasatan baharu sahaja bermula.
Majlis perkahwinan anak Mohd Ali pada hujung minggu lepas dihadiri lebih 130,000 orang sekali gus diiktiraf “Malaysia Book of Records” sebagai tetamu teramai pada majlis perkahwinan. — Bernama

Wednesday, 3 October 2012

Sidang Media Sekreteriat Pakatan Rakyat Bukit Katil


Kami menyeru Ketua Menteri Melaka dan Barisan Nasional merealisasikan "politik keadilan", membatalkan usul yang menghalang wakil DAP menghadiri sidang DUN yang dijangka diadakan pada akhir bulan Oktober atau awal November 2012.

Dijangka sidang DUN akan membincangkan hal-hal belanjawan 2013, yang melibatkan kepentingan belanjawan 780,000 warga Negeri Melaka.

BN tidak boleh menafikan hak-hak wakil rakyat untuk menghadiri sidang DUN dan hak untuk membawa suara rakyat kedalam persidangan DUN.

Jika wakil DAP tidak dapat  menghadiri persidangan DUN, maka ini merupakan suatu sejarah di mana persidangan DUN akan dijangka meluluskan belanjawan tanpa kehadiran wakil  pembangkang buat kali pertama.

Dalam perkara yang melibatkan kepentingan awam dan perkara tertentu, maka Ketua Menteri boleh membawa usul tergempar dalam persidangan hari pertama supaya membatalkan usul terdahulu, iaitu membenarkan 5 orang wakil DAP memasuki dewan. Diharap wakil MCA dapat menyokong usul Ketua Menteri.

Adun DAP telah dihalang menghadiri DUN selama enam bulan, maka mereka terlepas daripada menghadiri persidangan belanjawan.

Kami sedar bahawa  terlalu banyak hal-hal yang akan dibaincang oleh wakil rakyat, ini termasuklah masalah banjir kilat di kawasan bandaraya dan kawasan sepanjang tebing sungai, masalah kerugian projek-projek "white elephant", projek rumah terbengkalai, projek terbengkalai, masalah kekurangan katil pesakit di Hospital Melaka, PBT enggan memaklumkan perbalajaan dan lain-lain.

Sekreteriat Pakatan Rakyat Bukit Katil.

Tuesday, 2 October 2012

Akhirnya bendera PAS yang dipacak bagi menyambut majlis perkahwinan anak Ali Rustam dicabut


Bendera PAS yang dipasang bagi menyambut tetamu ke majlis perkahwinan anak lelaki Ketua Menteri Melaka (lihat sini) telah dicabut oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) sehari sebelum majlis tersebut berlangsung setelah melihat BN melakukan perkara yang sama.

Alasan yang diberikan oleh penguatkuasa yang mencabut bendera itu adalah bendera yang dinaikkan tidak mempunyai permit serta arahan orang atasan. (Sabtu, 29 Sept.2012).

Hari ini, AJK Majlis Tindakan Dun Bukit Baru pergi ke MPHTJ untuk mendapatkan bendera tersebut kembali dan juga penjelasan daripada pihak MPHTJ dan juga ingin memohon permit untuk memasang bendera.

Apabila kami bertanyakan kepada bahagian perlesenan, apakah borang yang perlu kami isi untuk menaikkan bendera PAS, mereka menjawab tiada permit yang dikeluarkan untuk pemasangan bendera.

Kami memohon penjelasan lagi, jika tiada borang untuk memohon permit, kenapa bendera PAS diturunkan dan bendera BN tidak diturunkan.

Alasan yang diberikan ialah BN membuat surat permohonan sendiri untuk memasang bendera. Pulak dah!