Pages

Thursday, 28 June 2012

Penduduk Kecewa projek bina Bangunan Tadika Jaim ditangguhkan



Penduduk Taman Bukit Beruang Utama, Bukit Beruang melahirkan rasa kecewa apabila projek membina sebuah bangunan baru untuk Tadika Islam Jaim ditangguhkan, sedangkan papan tanda telah dipacakkan. 


Mereka sekarang hanya menumpang di Bilik Bacaan Taman Bukit Beruang Utama. Terdapat empat kelas yang mana setiap kelas terdapat kira-kira 50 orang murid. 


Projek tersebut sepatutnya telah bermula pada Jun ini dan siap sepenuhnya pada Ogos akan datang.


Menurut wakil penduduk tersebut terdapat campurtangan indivivu dan parti potitik tertentu dalam penangguhan projek ini.

Video akan menyusul kemudian.




Wednesday, 27 June 2012

Penghadang Laluan Pejalan Kaki: Projek "Kosmetik" Untuk Kroni?


Tidak tahu apa rasionalnya pembinaan penghadang laluan pejalan kaki diluar masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka. Kawasan tersebut bukannya sibuk seperti tempat-tempat lain. Ianya jelas satu pembaziran yang melibatkan wang pembayar cukai.

Ianya sekadar projek "kosmetik" tanpa ada apa-apa keperluan yang jelas, sekaligus satu pembaziran sepertimana projek-projek membazir yang lain seperti jam pokok bunga bernilai hampir RM500 ribu, kincir air yang dipasang motor yang bernilai  RM1.47 juta, air terjun buatan RM1.7 juta.

Jika jalan tersebut sibuk dengan kenderaan, maka memang wujud keperluan untuk membina penghadang bagi mengelakkan orang ramai melintas sesuka hati sepertimana di Jalan Bukit Baru. Jalan tersebut memang diketahui sibuk dengan kenderaan yang melalui kawasan tersebut dan ada kewajaran untuk membina penghadang.
Jalan Bukit Baru
Semakin hampir dengan pilihanraya umum ini terdapat banyak projek-projek "kosmetik" yang giat dibina dikawasan-kawasan sekitar Bukit Baru ini.

Tuesday, 26 June 2012

Baiah Himpunan Hijau Peringkat Melaka


Di bawah merupakan klip video ikrar baiah penyokong dan pendokong PAS yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Jasin, Aminuddin Abdul Jalil yang disaksikan oleh pemimpin-pemimpin PAS dan juga lebih 3,000 peserta yang hadir pada malam tersebut.

Friday, 22 June 2012

Najib Kena Tipu dengan Ali Rustam


Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam sekali lagi cuba menipu Najib yang akan datang ke Melaka pada esok pagi bagi kehadiran Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang akan hadir ke Melaka sempena pelancaran rasmi Pusat Transformasi Bandar (UTC) pertama negara di Jalan Hang Tuah UTC pada 23 Jun.


Bagi menjaga maruah kerajaan negeri, bas tersebut telah dipindahkan Terminal Melaka Sentral ke Pantai Klebang dengan kos RM20,000 bagi 40 buah bas yang mana setiap kos sebuah bas adalah RM500. Setelah selesai program bersama Perdana Menteri, bas yang lama akan dihantar semula ke terminal asalanya.

Semenjak diambil alih oleh anak syarikat kerajaan negeri iaitu PM Cultural & Tourism Sdn Bhd, bilangan bas yang beroperasi telah menurun sebelum diambil alih daripada 100 buah bas kepada 50 buah bas sahaja dan keadaan ini menyulitkan penumpang yang selalu menggunakan bas henti-henti ini. Ada yang menunggu sehingga tiga hingga ke empat jam sebelum mereka boleh kembali ke destinasi mereka.

 
Video pada 31 Mei 2012

Sebelum ini perkhidmatan bas domestik di bawah syarikat swasta dalam keadaan baik namun setelah diambil alaih oleh kerajaan negeri, perkhidmatan agak terganggu menyebabkan masa perjalanan juga tidak tentu.

Bas yang ada tidak dapat menampung jumlah penumpang kerana sebahagian bas juga mengalami kerosakan. Penumpang juga keliru dengan jadual perjalanan bas yang ada sekarang. Sebelum ini mereka boleh merancang perjalanan kerana masa dan kekerapan yang tersusun tetapi sekarang terpaksa menunggu begitu lama untuk mendapatkan bas.

Seorang penumpang, Nasrul Hadi memberitahu bahawa bas yang disediakan untuk orang ramai semakin hari semakin teruk perkhidmatannya sehinggakan terpaksa menunggu lebih daripada satu jam hingga ke dua jam lebih.

Video pada 21 Jun 2012

sumber: Pas Melaka

Thursday, 21 June 2012

Kerajaan Ali Rustam Malu Dengan Bas Buruk, Sembunyikan dari Pandangan Najib?


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijangka akan membuat lawatan ke Melaka pada hari Sabtu ini bagi merasmikan program UTC (Urban Tranformation Centre) peringkat Negeri Melaka.


Sehubungan dengan itu, bas-bas buruk yang telah tersadai di Melaka Sentral telah dialihkan jauh ke dataran Klebang yang kira-kira terletak 8 kilometer dari Melaka Sentral.


Kerja-kerja pengalihan bermula sejak semalam, kira-kira 40 buah bas buruk telah disembunyikan disana.

Tentunya kos untuk mengangkut bas-bas ini memakan belanja yang agak tinggi kerana ianya diangkut dengan menggunakan "towing".

Apakah Datuk Seri Ali Rustam malu jika Najib ternampak bas-bas ini di Melaka Sentral?

Sejak kebelakangan ini pun ada penumpang bas telah merungut akibat terlalu lama terpaksa menunggu bas, ada yang sampai terpaksa menunggu 2 hingga 3 jam.

Jadi dimanakah Urban Transformation Centre (UTC) dapat mengatasi masalah ini. Apabila Perdana Menteri balik ke Putrajaya, masalah rakyat Melaka tidak juga selesai. Apa yang rakyat dapat hanyalah bersalam dan mencium tangan Perdana Menteri. Permasalan sebenar tidak juga selesai.
Gambar ehsan: Gambar Menarik Melaka

Vandalisma Tidak Diendahkan JKKK


Beginilah rupa keadaan gelanggang futsal yang tidak dijaga dan diselia dengan baik sehinggakan keadaan pagar telah koyak. Tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab ini mencacatkan lagi pemandangan keadaan gelanggang yang sepatutnya menjadi aktiviti remaja mengisi masa lapang tetapi bertukar aktiviti vandalisma. Begitu murah dan tidak ada nilai bagi sebuah gelanggang yang di bina dengan kos RM150,000 ini.

Pada tahun 2009, Kementerian Belia dan Sukan telah memperuntukkan sebanyak RM8.4juta kepada Melaka bagi pembinaan gelanggang futsal ini yang merangkumi 28 Dewan Undangan Negeri (DUN). Setiap DUN diperuntukkan dua gelanggang futsal yang mana kos bagi setiap pembinaannya adalah RM150,000 bagi setiap satu. Jumlah keseluruhan gelanggang adalah 56 gelanggang futsal dibawah peruntukkan Kementerian Belia dan Sukan.

Setelah siap pembinaan gelanggang futsal, ia sepenuhnya di bawah seliaan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK). JKKK telah diberikan peruntukkan oleh kementerian untuk mengurus dan membaiki segala kerosakan sebarang gelanggang futsal kerana segala peruntukkan telah disalur kepada JKKK setiap DUN  yang terlibat.

Sebagai contoh, lokasi gelanggang futsal yang  terletak dalam kawasan Kota Laksamana seperti gambar di atas ialah di Taman Aunler, Kg. Lapan dan satu lagi gelanggang terletak di Taman Kota Laksamana. Tinjauan mendapati kerosakan gelanggang seperti dibiarkan tanpa dipedulikan oleh JKKK yang telah dipertanggungjawabkan mengurus gelanggang tersebut.

Keadaan gelanggang ini sudah semestinya tidak akan menarik orang muda untuk menggunakan kemudahan ini. Kerosakan harta benda juga didapati telah berlaku di kawasan gelanggang ini seperti  tandas rosak, sinki dan suis pecah serta tiada bekalan air dan  elektrik seperti pada gambar di bawah.


Tandas rosak

Suis tercabut

Sinki pecah

Sampah dalam gelanggang

Pagar tercabut

Sumber: PAS Melaka

Monday, 18 June 2012

Siri 1: Roboh PASTI Di Era Ali Rustam


Selepas kemenangan pada PRU-10 iaitu pada tahun 1999, tampuk kepimpinan Melaka telah diambil alih oleh Ketua Menteri, Ali Rustam daripada Rahim Thamby Chik. Maka bermulalah era prasekolah bagi anak-anak kecil dalam dilema ketakutan dan gangguan yang menggugat daripada kezaliman pemerintah pada masa itu.

Ibarat pemerintah yang dengki dan cemburu dengan kegemilangan Islam terutama apa yang dididik dan diajar kepada anak-anak kecil, disitulah bermula perancangan jahat untuk membantutkan perjalanan atau sistem pendidikan yang mengajar insan mengenali penciptaNya. Seawal umur 4 hingga ke 6 tahun, anak-anak kecil diajar mengenali apa itu doa.

Kejahilan pemerintah tidak dapat diatasi selagi mana dalam diri tidak mahu menjadikan Islam itu sebagai pegangan hidup, maka yang halal jadi haram dan yang haram dihalalkan. Hukum-hakam menjadi porak-peranda dek ceteknya ilmu. Segalan-galanya berlaku pada tahun 1999 dan bermulah misi dan visi jahat.

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) At-Tanwir di Krubong telah di arahkan supaya menghentikan sistem pembelajaran pelajar prasekolah. Tujuan mereka berbuat demikian kerana bimbang dengan tempat bersebelahan PASTI tersebut diadakan ceramah PAS yang mendapat sambutan daripada orang ramai dan pada ketika itulah hati busuk pemimpin yang zalim merancang untuk menggagalkan sebarang aktiviti termasuk PASTI yang tidak berdosa menjadi mangsa.

PASTI At-Tanwir ditubuhkan pada tahun 1999 dan pada tahun itu juga Ali Rustam sebagai Ketua Menteri Melaka. PASTI yang ditubuhkan itu adalah hasil kutipan dan sumbangan orang ramai untuk dijadikan sebagai tempat anak-anak kecil belajar. Sebuah bangunan PASTI menempatkan 40 orang pelajar dan 2 orang guru serta seorang pembantu pada ketika itu yang terbahagi kepada 2 kelas.

Punca utama PASTI itu tidak dibenarkan beroperasi adalah tidak mempunyai permit. Selepas itu alasan demi alasan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan. Setelah alasan permit maka alasan bahawa premis yang dijadikan PASTI itu tidak mempunyai pelan bangunan. Maka bertungkus-lumus pihak PASTI menyiapkan pelan namun diberikan alasan bahawa pelan PASTI tidak diluluskan walhal PASTI itu telah didaftarkan.

Begitulah alasan yang diberikan sehinggakan rasa kurang senang itu sering menghantui pihak PASTI. Pihak berkuasa pada mulanya datang mengambil gambar sebagai kronologi untuk 'menghalau' kewujudan PASTI tersebut. Bukan itu sahaja, PASTI tersebut mendapat liputan yang meluas sehingga ke dada akhbar Cina pada ketika itu menunjukkan begitu zalimnya pemerintah yang baru.

Cubaan pihak berkuasa tempatan untuk mengambil alih PASTI telah dipertahankan oleh pihak PASTI daripada diroboh dan pihak PASTI juga telah menghantar surat kepada pihak berkuasa tempatan. Akibat tindakan yang tidak berperikemanusiaan itu, ahli PAS datang beramai-ramai bagi mempertahankan PASTI tersebut.

Tindakan akhir mereka adalah datang untuk merobohkan PASTI tersebut. Tujuan mereka mahu merobohkan PASTI adalah tidak senang dengan aktiviti yang dijalankan oleh pihak PAS mengadakan ceramah ditapak berdekatan PASTI. PASTI akhirnya ditamatkan segala aktiviti setelah 3 tahun beroperasi.

Nasib yang sama menimpa PASTI At-Tanwir seperti PASTI Jaya Insan di Bukit Katil adalah turun naik ke mahkamah lebih daripada 10 kali. Namun sebarang keputusan gagal dicapai dan tidak berpihak kepada PASTI tersebut. Maka era keruntuhan PASTI bermula di Melaka namun Islam gagal diruntuhkan oleh pemerintahan yang zalim.

Akhirnya PASTI At-Tanwir telah berpindah ke tapak baru pada 2005 di sebuah taman di Krubong. Di situlah bermula PASTI At-Tanwir yang baru dan tiada lagi gangguan sehingga ke hari ini. 

Ikuti kisah seterusnya dalam siri kedua....

Sunday, 10 June 2012

Keadaan Karpet Masjid Bukit Beruang yang Berbau Hapak

Sudah 2 kali Jumaat para jemaah di Masjid Bukit Beruang, dalam dun Bukit Baru ini trpaksa mencium bau karpet yang busuk dan hapak akibat dimasuki air hujan.

Kejadian itu dipercayai akibat dari tindakan membuka bumbung masjid untuk memperbaiki sesuatu yang rosak diatas bumbung tersebut. Akibatnya apabila hujan, air hujan yang turun membasahi masjid.

Akibat dari itu, karpet di dalam masjid berbau busuk dan hapak sehingga menganggu para jemaah untuk menunaikan solat jumaat dan solat fardu.

Tiada apa-apa tindakan dari pihak-pihak berwajib dan pihak-pihak tertentu, hanya besen dan baldi digunakan untuk menadah air hujan.





Friday, 8 June 2012

Jambatan Kesulitan Rakyat


Kerosakan yang dialami oleh jambatan yang terletak di Bukit Sepunggor, Telok Mas ini mengganggu tugas harian penduduk kampung yang sering menggunakan jambatan. Walaupun masih baru tetapi keretakan dan mendapan tanah menyebabkan strukturnya berubah.

Kos pembinaan jambatan ini adalah RM1.7juta namun kos tersebut telah berkurang kepada RM1.2juta. Kemana perginya RM500,000 lagi untuk pembinaan jambatan itu?

Thursday, 7 June 2012

Gambar susulan surau yang dirobohkan.

Keadaan terkini surau yang dirobohkan seperti yang dilaporkan oleh blog Pesuruhjaya Pas Melaka pada bulan Februari lalu.

Tapak surau yang terletak di Ujong Pasir Melaka ini kini telah dipagarkan.


Wednesday, 6 June 2012

Kubah Masjid Hanya Ditutupi Canvas

Kubah masjid Bukit Baru yang hanya ditutupi dengan canvas setelah beberapa lama. Walaubagaimanapun kerosakan dalam ruang solat utama telah siap sepenuhnya dan boleh digunakan.

Sebelum ini blog ini ada melaporkan tentang kerosakan masjid ini akibat dipanah petir.

Monday, 4 June 2012

Sampah sarap menyekat laluan air

Keadaan saliran air di Tambak Bugis, Kampong Bukit Punggor, Alai Melaka kelihatan sangat mengotorkan. Beginikah rupa saliran yang terdapat di sebuah negeri yang mengangkat diri sendiri sebagai maju.

Berkebetulan bulan ini, Pesta Sungai Melaka sedang berlangsung, beginilah keadaan yang terdapat di luar daripada tempat Pesta Sungai Melaka berlangsung.

Kelihatan sampah sarap terlalu banyak sehingga menyekat laluan air.

Friday, 1 June 2012

[VIDEO] Mogok Pemandu Lori Pasir di Melaka


Ayer Keroh-Kira-kira 100 pemandu lori telah mogok dengan memberhentikan lori di sepanjang jalan menuju ke Seri Negeri, tempat di mana terletaknya Ketua Menteri dan pentadbiran kerajaan Negeri Melaka.

Tindakan mereka itu adalah dikatakan ekoran perasaan tidak berpuashati terhadap Suruhanjaya Perhidmatan Awam Darat (SPAD) yang telah sewenang-wenangnya telah menahan mereka kerana dikatakan muatan yang dibawa tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. (berita lanjut)