Pages

Wednesday, 29 February 2012

Pondok Telefon Rebah Ke Bumi...

Menyelusuri jalan ke Masjid Tanah pada minggu lalu beginilah nasib pondok telefon awam yang terdapat di Masjid Tanah pada hari ini, menyembah bumi dan terbiar ditepi jalan seolah-olah akur dan mengalah dengan kewujudan telefon bimbit dan telefon pintar.


Telefon awam satu ketika dahulu merupakan satu alat perhubungan yang sangat dihargai dan begitu penting kepada orang ramai. Boleh dikatakan dalam setiap kampung terdapat telefon awam yang tersedia untuk diguna.


Pada ketika itu kegunaan telefon awam ini begitu meluas, dan kebanyakkan urusan peribadi hinggalah kepada laporan kemalangan dan kebakaran dapat diselesaikan dengan menggunakan telefon awam. Anak-anak yang bersekolah asrama dapat menghubungi ibubapa dirumah dan begitu juga sebaliknya.


Tetapi era itu telah berlalu bergitu pantas dalam milenium yang baru ini, kebanjiran telefon digital dan telefon pintar telah merubah suasana tersebut.


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia melaporkan pada tahun 2010 sahaja sebanyak 33, 250, 177 telefon bimbit digunakan di negara ini. Ini bermakna purata seorang rakyat Malaysia mempunyai sebuah telefon bimbit dan selebihnya mempunyai dua telefon bimbit.

Penggunaan telefon bimbit sudah tentunya lebih mudah berbanding telefon awam, namun begitu takkanlah syarikat telefon awam ini membiarkan pondok-pondok telefon mereka yang telah rebah kebumi begitu sahaja. 

Keadaan ini mencacatkan pemandangan orang ramai dan seolah-olah ianya tidak diurus dengan baik. 


Tuesday, 28 February 2012

Masalah Longkang Tersumbat


Penyelia DUN Bukit Baru, Yusof Wahab berdiri dilongkang sambil menunjukkan keadaan longkang yang tersumbat dan tiada aliran air keluar. Air dalam longkang tersebut sudah melimpah keluar. adakah longkang yang dibina ini tidak mempunyai saliran yang betul sehinggakan tidak mengalir?



Lokasi longkang tersebut terletak di Taman Seri Duyong dan berdekatan dengan sebuah pasaraya Famili Store. Keadaan longkang yang tersumbat dan tidak mempunyai laluan air yang baik boleh menyebabkan limpahan air dari longkang melimpah keluar dan keadaan ini boleh mengundang ketidakselesaan terutama kepada penduduk disekitar taman berkenaan.


Selain itu, laluan iar longkang ini tersekat oleh jalan raya seperti dalam gambar di atas. Laluan air tersebut tidak menghubungkan dari sebelah sini ke longkang sebelah sana dan hanya tersekat dihujung itu sahaja dan bagaimana sistem perparitan ini boleh berlaku tanpa ada tindakan daripada pihak yang berwajib dalam menguruskan perkara ini.

Keadaan ini juga boleh mengundang pembiakan aedes sekiranya masalah longkang ini tidak diuruskan dengan segera memandangkan sekarang musim hujan dan air bertakung dan menjadi sarang pembiakan aedes. Tambahan pula air longkang itu bertakung dan tidak mengalir di tempat yang sepatutnya.

Monday, 27 February 2012

MCA Ganti UMNO Debat Melayu


Kumpulan Karangkraf akan mengadakan Wacana Siri 11 yang bertajuk "Mengapa Undi Melayu Pecah" yang dianjurkan oleh akhbar terkemuka Sinar Harian pada 28 Februari 2012 di Audiotorium Kumpulan Media Karangkraf di Shah Alam, Selangor.

Ahli panel yang terlibat terdiri dari wakil PAS, MCA dan PERKASA. Dr Dzulkefly Ahmad mewakili PAS, Ketua Penerangan PERKASA, Roslan Kassim dan Ong Tee Kiat mewakili MCA. Namun di manakah sebuah parti melayu yang kononnya membela melayu takut untuk terlibat dalam wacana sehinggakan menjadikan MCA kuda tunggang mereka.

Adakah MCA itu sebuah parti melayu? Mungkin sebab inilah UMNO benci DAP kerana DAP itu sebuah parti kaum cina sebaliknya MCA itu sebuah parti melayu. Mungkin nama MCA sudah ditukar kepada nama Melayu iaitu Melayu Chinese Association (MCA). Bagi UMNO, asalkan dalam komponen BN mesti jadi melayu. Hanya DAP sahaja parti cina.

Adakah pemimpin UMNO tidak sanggup berdepan dengan suasana politik sekarang sehinggakan MCA menjadi kuda tunggangan mereka? Mana pembela melayu yang jadi juara kepada orang Melayu? Bila tiba soal wacana, tiada pula wakil dari kalangan parti Melayu? Menghrapkan PAS sebagai parti Melayu? PAS mewakili parti Islam.

Adakah mereka mengharapkan PERKASA? Mungkin kuasa melayu telah beralih kepada PERKAS dan tidak lagi kepada UMNO dan oleh itu pihak UMNO gagal menghantar wakil untuk sesi wacan yang ke-11 ini. Mana slogan"Hidup Melayu" yang dilaungkan oleh UMNO?

Friday, 24 February 2012

Subsidi Untuk IPP Rugikan Rakyat


Mei 2011 yang lalu Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Encik Lim Guang Eng telah menyebut subsidi yang dinikmati oleh Indipendent Power Producer (IPP) mencecah RM19 bilion setahun. 

Namun begitu kerajaan selalu mengungkit subsidi elektrik yang diberikan kepada rakyat sebanyak RM12 Juta sebulan seperti yang diberitahu oleh TNB melalui laman web mereka.

Ia dibayar dengan cara melupuskan keuntungan Petronas seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

Kalaulah wang ini dapat diselamatkan ianya dapat membantu rakyat Malaysia untuk mrndapat kadar elektrik yang lebih rendah seperti yang dicadangkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Salah satu syarikat IPP yang terdapat di Melaka


Thursday, 23 February 2012

UMNO/BN Terdesak: Gantung Bendera pada Lampu Isyarat Jalan



Gambar bendera Barisan Nasional ini diambil di simpang empat Pekan Masjid Tanah, pada petang semalam yang jelas menunjukkan kegusaran Barisan Nasional menghadapi kuasa rakyat untuk menumbangkan mereka pada PRU ke 13 akan datang.

Tindakan ini seolah-olah publisiti murahan bagi menagih simpati rakyat untuk mengundi mereka pada pilihanraya akan datang.

Kewujudan bendera ini sangat kelihatan menjelikkan apabila ianya boleh menganggu pengguna jalanraya untuk melihat lampu isyarat yang boleh terlindung oleh bendera BN.

Yang menjadi persoalan, apakah petugas-petugas pihak berkuasa tempatan Masjid Tanah terhijab pandangan mereka daripada melihat bendera ini? Atau apakah mereka merasakan bahawa UMNO/BN itu sebagai tuan yang membayar gaji mereka dan bukannya pembayar cukai?

Atau orang-orang atasan PBT Masjid Tanah tidak melalui simpang empat ini bagi memantau keadaan?

Cuba bayangkan kalau bendera PAS, PKR dan DAP digantung sebegitu rupa, pastinya sebelum dipasang ianya telah diturunkan.

Pajak atau Jual Tanah Ini?


Tanah ini dikatakan akan dibina sebuah universiti Malaysia Academy of Han Studies di Mukim Bukit Katil.

Untuk menbina projek ini pastinya melibatkan tanah di Negeri Melaka ini, Apakah status tanah yang dianugerahkan oleh kerajaan Negeri, samaada dipajak atau dijual?


Tuesday, 21 February 2012

Vandalisme dan Khianat



Pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Melaka kesal dengan perbuatan vandalisme yang mencemarkan dinding Pusat Khidmat DAP Dun Ayer Keroh di sini yang disedari semalam. 

Semalam, Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong  dan petugas-petugas Pusat Khidmat tersebut terkejut apabila mendapati dinding di tingkat bawah Pusat Khidmat tersebut disembur dengan cat merah dan hitam dengan perkataan 'ABAI' asal bukan Anwar Ibrahim.

Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Yusof Wahab berkata perbuatan tersebut amat tidak bertanggungjawab malah ia bukanlah suatu tindakan yang bijak dan professional.

"Ia merupakan budaya yang tidak baik dan pengecut kerana merosakkan harta orang lain dengan perkataan-perkataan berunsur politik murahan, tindakan ini juga sebenarnya adalah tindakan pengecut dan khianat, mereka cuba mengulangi era 60-an di zaman pemuda tahan lasak dahulu"

"Tindakan menyembur cat dengan perkataan seperti ini dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan mungkin ada kaitan dengan pihak-pihak yang takut dengan pengaruh Pakatan Rakyat yang semakin hebat di Melaka".



Kakitangan Kerajaan Sertai PAS


Presiden dan Timbalan Pengarah Hospital Besar Melaka, Dr Khalid Kassim

Presiden dan Bekas Pengarah Kastam Pulau Pinang, Datuk Sudin Sahak

Bekas Pengarah Kastam Pulau Pinang, Datuk Sudin Sahak dan bekas Timbalan Pengarah Hospital Besar Melaka, Dr Khalid Kassim menyertai PAS. 

Mereka menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada program ceramah perdana sempena Konvoi Jelajah Lajnah Penerangan PAS Pusat ke Melaka di Surau Ustaz Ali, Permatang Pasir, Telok Mas, malam tadi.

Khalid telah berkhidmat di Hospital Besar sejak puluhan tahun lalu dan menamatkan perkhidmatan sepenuh masa dengan kerajaan sejak beberapa tahun lalu.

Sementara Sudin pernah berkhidmat di beberapa buah negeri dan jawatan tertinggi beliau ialah Pengarah Kastam Pulau Pinang.

Mereka berasal dari Melaka dan telah menyatakan kesediaan untuk menyumbangkan sepenuh tenaga kepada perjuangan menegakkan Islam dan keadilan di Melaka.

Kemasukan mereka yang berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam memberikan suntikan baru kepada PAS Melaka dalam mengharungi perjuangan membebaskan rakyat Melaka dari cengkaman pemerintahan Kerajaan BN negeri selama lebih dari 54 tahun.

Beberapa ahli PAS yang ditemui melahirkan rasa syukur kerana perjuangan PAS khususnya di Melaka semakin diterima rakyat tidak kira dari golongan mana sekalipun. 

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Melaka, Asri Sheikh Abdul Aziz berharap lebih ramai bekas-bekas pegawai kerajaan untuk tampil ke hadapan menyertai PAS kerana pengalaman mereka sudah tentu dapat menyumbangkan sesuatu kepada perjuangan menegakkan keadilan di Melaka.

"Kita tahu ramai bekas pegawai kerajaan yang menyokong dan simpati kepada perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat, mereka mesti menzahirkan kefahaman dan pendirian politik mereka supaya rakyat terbanyak turut sama menyertai PAS dan Pakatan bagi menubuhkan sebuah kerajaan baru yang lebih adil dan telus di Melaka," ujar Asri yang juga merupakan Penyelia Dun Lendu.

PAS Melaka

Friday, 17 February 2012

Parit atau Taman Seribu Bunga

Jika hujan lebat mampukan parit yang sebegini banyak pokok-pokok hiasan menampung air dari berberapa taman berdekatan.

Parit yang terletak di Kampung Bukit Katil ini kelihatan terbiar begitu saja tanpa apa-apa selenggaraan

Parit ini menjadi saluran utama air dari taman berdekatan, dan dibimbangi memberi kesan kepada penduduk kampung jika pembentung ini tersumbat.

Diharap pihak Jabatan Perparitan dan Saliran segera mengambil tindakan perlu.


Thursday, 16 February 2012

Program Bersama Presiden PAS Sabtu Ini di Melaka


Sempena Program sehari Konvoi Presiden pada 18 February 2012 (sabtu ini) satu ceramah perdana bersama pemimpin Pakatan Rakyat akan diadakan di Surau Haji Ali Kampung Permatang Pasir, Melaka.

Ceramah itu nanti bakal membariskan Presiden PAS, YB. Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ketua Penerangan PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ceramah tersebut juga bakal membariskan pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Melaka iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Saudara Adly Zahari; Pengerusi DAP Melaka, YB Goh Leong San; dan Pengerusi PKR Negeri Melaka Saudara Shamsul Iskandar.

Sebelum itu disebelah petang Hi-Tea bersama Presiden akan diadakan di Dun Durian Tunggal pada jam 3.00 petang.

Semalam, bertempat di Lorong Pandan satu sidang media media diadakan bagi menwar-warkan program-program yang bakal diadakan sempena Konvoi Presiden PAS nanti.

Turut hadir pada sidang media tersebut, adalah Saudara Adly Zahari, YB Goh Leong San, YB Lim Jak Wong, YB Tey Kok Kiew beserta pimpinan PKR Negeri Melaka dan Pimpinan DAP Melaka. Turut hadir Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka Haji Yuhaizad dan Timbalan Penerangan PAS NegerI Melaka, Yusof  Wahab.

Wednesday, 15 February 2012

Gangguan Persekitaran


Dengan adanya 'Fun Fair' ini ia akan mengganggu sistem pembelajaran anak-anak di sekolah berdekatan. Ini kerana di sekitar kawasan tersebut mempunyai dua buah sekolah dan yang paling menjejaskan pembelajaran adalah di Sekolah Rendah Kebangsaan Batu Berendam yang mempunyai pembelajaran kelas agama di sebelah malamnya.

Bukan itu sahaja, ia turut mengganggu kawasan kediaman yang berdekatan dengan bunyi bising jika ia diteruskan. Kawasan kediaman yang berdekatan dengan tapak 'Fun Fair' itu adalah Taman Jati. Selain itu, lalu lintas mungkin akan mengalami kesesakan teruk jika pengunjung yang datang pada hari minggu dan sebelah malam dan tempat yang tidak strategik.

Ikuti penjelasan daripada ADUN Ayer Keroh mengenai 'Fun Fair' yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan juga mengapa ia patut dibatalkan?

Tuesday, 14 February 2012

Ganggu Ceramah Pas Sudah, Pembentung Bila Lagi Nak Perbaiki?


Pembentong saluran air ini telah sebulan runtuh akibat hakisan tanah, namun belum ada apa-apa tindakan daripada pihak berwajib.

Mungkin mereka sedang menunggu supaya jalan ini sekali runtuh baru mereka akan membaikinya.

Kalau hujan lebat turun tak mustahil jalan ini akan runtuh sekali kerana dihakis air hujan.


Pembentong ini berada di kampung berhampiran dengan King's Hotel Ayer Keroh, berhampiran gerai sarapan pagi berdekatan situ.

Tetapi inilah realitinya, jika membabitkan rakyat ianya lambat sikit untuk diperbaiki agaknya? Kincir air tidak berfungsi diusahakan untuk menambahkan motor supaya ia berpusing biarpun menelan ratusan ribu ringgit.

Friday, 10 February 2012

UMNO Bukit Katil Curi Bekalan Elektrik?

Sport light ini masih tergantung di Kg. Bukit Katil tempat yang UMNO selalu menggangu ceramah PAS. Lampu limpah ini masih tergantung disitu sejak sebulan yang lalu.

Punca bekalan elektrik bagi lampu ini dipercayai diambil secara terus daripada tiang elektrik TNB.

Sepatutnya TNB dan SPRM harus menyiasat punca bekalan elektrik tersebut kerana dibimbangi digunakan secara salah oleh pihak-pihak tertentu.

Pihak TNB juga harus menyiasat adakah wujud penyalahgunaan kuasa pihak-pihak tertentu demi kepentingan pihak-pihak tertentu.

Untuk rekod Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam selaku Adun disini selalu turun kesini bagi menggangu ceramah PAS yang berada bersebelahan dengan





Wednesday, 8 February 2012

Kenapa Usahawan Kecil Enggan Berpindah Ke Gerai Sementara?


Pada 1 Februari lalu, Malaysiakini melaporkan tentang ketidakpuasan hati Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) dengan cara penyelesaian yang dibuat oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka terhadap peniaga-peniaga yang diarahkan berpindah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf di Taman Mini Asean.

Peniaga-peniaga tersebut ditawarkan gerai sementara berhampiran muzium lebah.




Selain lokasi yang tidak strategik dan jarang dikunjungi, saiz gerai yang agak kecil menyebabkan mereka tidak berpuashati.

Tinjauan ke gerai sementara itu agak mengejutkan kerana beginilah rupa gerai sementara tersebut.

Keadaan gerai ini sangat meragukan jika dilihat pada rekabentuk dan susun aturnya, tak ubah seperti sebuah....

Menurut laporan Malaysiakini, Presiden IKHLAS juga memohon supaya pihak berkenaan disiasat oleh SPRM.

Namun tidak jelas apakah perkara yang mereka ingin supaya SPRM siasat. Apakah ianya berkaitan cara penyelesaian pihak berkenaan ataupun bangunan sementara ini?

Monday, 6 February 2012

Peguam: Pakatan Boleh Ambil Alih Melaka


Wawancara bersama seorang peguam mengenai apakah Pakatan Rakyat boleh memerintah Melaka. Ikuti wawancara saya bersama beliau untuk kita mengetahui apa sebenarnya yang berlaku di Melaka ini.

Friday, 3 February 2012

Video: Pemandu Bas 'Mengamuk'

Kenapa mereka mengamuk? Ini berlaku kerana tindakan kerajaan negeri cuba memberikan gaji pokok kepada mereka RM510 sebulan dan adakah dengan sistem point menurut Ketua Menteri Melaka, dapat mengubah taraf hidup mereka? Inikah yang dikatakan negeri maju tetapi rakyat merempat? Ikuti temubual pemandu bas ini bersama media.

Thursday, 2 February 2012

Melaka: Pemandu Bas Mogok, Gaji Baru RM510 Sebulan...


Kira-kira 50 pemandu Bas henti-henti di Melaka Sentral telah mengadakan satu mogok dan piket akibat tidak berpuas hati terhadap gaji baru yang ditawarkan oleh syarikat baru dibawah anak syarikat Perbadanan Ketua Menteri Melaka, Panorama Melaka Cutural Tourist Sdn Bhd (PMCT).

Gaji baru yang ditawarkan oleh syarikat tersebut pada asalnya RM500 sebulan, dan semalam mereka mengadakan rundingan gaji tersebut telah dinaikkan RM10 menjadikan tangga gaji sebanyak RM510 seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar harian.


Pemandu bas yang tidak berpuashati telah mengadakan piket dengan membawa sepanduk yang tertulis "Kerajaan Kejam" "Gaji Pokok RM500 Mana Cukup, Negeri Maju,Rakyat Miskin" "PMCT Penindas Periuk Nasi Kami, Tak Kotai Janji" dan sebagainya.

Wakil pemandu bas Rosman Wahab, 49 menuntut gaji yang lebih munasabah iaitu RM850 ditambah dengan elaun rumah dan elaun kedatangan sebulan setaraf dengan kos hidup pada masa kini.

Beliau menambah "Apa makna jika kerja berterusan sehingga nyawa pun nak habis dengan gaji sebanyak itu".

Beliau mendakwa jika mereka bekerja lebih masa dibawah skim gaji yang baru ini dengan bekerja 12 jam sehari mereka menjangkakan gaji yang akan diterima hanya boleh mencecah sebanyak RM1300-RM1400.

Menurut Rosman lagi pemandu disini telah mogok selama tiga hari bermula 31 Januari 2012 yang lalu.


Dengan syarikat sebelum ini, pemandu bas yang bekerja hampir 20 tahun mampu memperolehi pendapatan yang mencecah sehingga RM1900-RM2100 termasuk komisyen dan elaun, dan apabila syarikat baru ini mengambil alih, gaji mereka telah turun kepada RM510 adalah sesuatu yang tidak munasabah.

Untuk rekod syarikat PMCT Sdn. Bhd merupakan anak syarikat dibawah Perbadanan Ketua Menteri Melaka yang mengambil alih operasi bas henti-henti menggunakan jenama Panorama dengan bas yang disewa   daripada syarikat SCOMI Special Vehicle Sdn. Bhd. dengan kos antara RM10,000-RM13,000 sebulan.

Kalaulah Hang Jebat Ada....


Walaupun fakta tentang kewujudan Hang Tuah hebat diperdebatkan, lain pula apa yang berlaku di Perkampungan Hang Tuah berdekatan dengan Duyong, Melaka.

Laluan masuk ke perkampungan ini dahulunya dibina tiang-tiang lampu tidak berpagar hanya semata-mata ingin meletakkan lampu diatasnya, dan dikatakan bagi tujuan perlancongan.

Tiang-tiang tersebut berada berdekatan dengan masjid dan kubur sebelah kiri dan kanan jalan.



Namun sekarang tidak diketaui kenapa tiang-tiang tersebut telah tumbang. Apakah kerajaan Negeri Melaka melalui agensinya ingin membina tiang-tiang baru yang lain bentuknya yang semestinya menggunakan wang pembayar cukai iaitu wang rakyat Malaysia?

Kita tidak tahu kenapa tiang-tiang tersebut tumbang, kerana tiang disebelahnya pula teguh berdiri. Mungkinkah mereka ingin membina tiang-tiang baru?

Katakanlah tiang baru mungkin akan dibina, fungsinya tetap sama iaitu hanya untuk diletakkan lampu diatasnya.  Yang menjadi persoalan kenapakah wang tersebut dibazirkan, kenapa tidak hanya ditukarkan globe lampu tersebut dan mengecat semula tiang-tiangnya supaya nampak lebih menarik.


Inilah gamaknya cara sesebuah negeri maju membelanjakan wang rakyat, setelah ianya dibina kenapa sekarang diruntuhkan. Kalau mereka tidak meruntuhkan, kenapa ianya tumbang? Kerajaan negeri harus memberi penjelasan kepada rakyat khususnya kenapa ianya tumbang? atau ditumbangkan?


Kalaulah Hang Jebat ada semestinya ia tidak membenarkan perkara sebegini berlaku....

Wednesday, 1 February 2012

Sambutan Tahun Baru Cina MTD PAS Bukit Baru Meriah


Sambutan Tahun Baru Cina 2012 anjuran Pas melalui Majlis Tindakan Dun Bukit Baru disambut dengan begitu meriah kira-kira 1000 penduduk tempatan.

Majlis yang berlangung di Taman Harta Pertama turut dihadiri Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas Pusat, Suadara Hu Pang Chow.


Majlis yang berlangsung pada Sabtu lalu turut dihadiri oleh pimpinan Pakatan Rakyat dari Parti Keadilan Rakyat dan DAP Negeri Melaka. Turut hadir ialah Ketua Wanita PKR Negeri, Puan Mahani Masban; Adun Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong, Adun Kesidang yang merupakan Ketua Pembangkang Dun Melaka, YB Goh Leong San; Timbalan Ketua PKR Negeri Sdr. Freddie Lim Seong Ho dan juga tetamu undangan khas Cikgu Nomala Sudirman bekas Calon Pas di Plilihan Raya Kecil Dun Tenang.


Cikgu Normala atau popular dengan nama Cikgu Mala yakin dengan perubahan minda rakyat Malaysia terutamanya masyarakat cina untuk membuat perubahan yang besar pada pilihan raya umum yang akan datang.

Rata-rata masyarakat cina yakin dengan gandingan mantap pemimpin dalam Pakatan Rakyat mampu mewujudkan kerajaan yang lebih adil mengantikan kerajaan UMNO/Barisan Nasional.