Pages
▼
Tuesday, 31 January 2012
Ucapan Penyelia Sempena Maulidur Rasul
Saturday, 28 January 2012
Paip Besi Terbiar Bahayakan Pengguna Jalan Raya
Paip besi di Jambatan Klebang berhampiran Pusat Kawalan Pasang Surut Klebang ini boleh membahayakan pengguna yang melalui jambatan tersebut.
Kedudukan paip besi ini telah lama diperhatikan terbiar disitu tanpa apa-apa tindakan daripada pihak berkuasa.
Sikap acuh tidak acuh pihak yang bertanggungjawab ini bakal mengundang bahaya yang lebih besar terutamanya kepada penunggang motosikal yang melalui jalan tersebut.
Satu lagi yang menjadi kepelikan yang menjadi mercu tanda dikawasan tersebut adalah bendera UMNO yang sentiasa berkibaran diatas jambatan tersebut sepanjang tahun.
Apakah UMNO memungut derma daripada ahli2 mereka untuk membina jambatan tersebut? Jikalau jambatan tersebut dibina menggunakan duit UMNO kita tidak kisah jambatan tersebut diletakkan bendera UMNO.
Friday, 27 January 2012
Muzium Pengangkutan: Aset atau Liabiliti?
Seperti dalam gambar di atas kita dapat melihat bagaimana Muzium Pengankutan Melaka ini beroperasi dan apakah kebaikan yang diperolehi oleh kerajaan negeri Melaka dengan adanya muzium seperti itu? Walaupun muzium itu dibina bagi menayangkan kenderaannya namun adakah tempatnya strategik kepada pelancong ataupun rakyat Melaka sendiri?
Berapa ramaikah pelancong atau rakyat Melaka yang datang dan berapakah jumlah kos yang telah dihabiskan oleh kerajaan Melaka bagi menampung kos operasi Muzium Pengangkutan Melaka itu? Berapakah jumlah kos untuk mendekorasi muzium tersebut yang dikatakan menelan belanja yang cukup besar dengan saiz yang tidak seberapa besar itu.
Ketika sidang DUN Melaka, wakil DAP ada bertanya 3 soalan kepada Ketua Menteri Melaka berkaitan tentang Muzium Melaka itu. Antara soalan yang dibangkitkan adalah jenis dan jumlah perbelanjaan bulanan untuk muzium pengangkutan itu dan jawapan daripada Ketua Menteri berkaitan soalan itu adalah perbelanjaan merangkumi tiga jenis perbelanjaan iaitu emolumen, utiliti dan kawalan keselamatan.
Bagi perbelanjaan jenis emolumen bagi bulan April hingga Jun 2010 adalah seperti berikut yang mana jumlahnya adalah RM3,840.59 (April - RM986.53, Mei - RM986.53 dan Jun - RM1,444.03). Perbelanjaan bagi utiliti pada tiga bulan yang sama juga adalah berjumlah RMRM784.23 (Mei - RM474.82 dan Jun - RM309.41). Manakala perbelanjaan bagi kawalan keselamatan pada Jun 2010 adalah berjumlah RM1,946.67.
Soalan yang terakhir ditanya kepada Ketua Menteri adalah berkaitan dengan kos untuk "set-up" muzium tersebut. Jawapan Ketua Menteri berkaitan soalan itu adalah kos penubuhan muzium adalah RM198,900.00. Ianya melibatkan panel pameran dan grafik, tapak meletak kenderaan, kemudahan pejabat, pondok kawalan keselamatan, bekalan elektrik, sistem audio dan sistem CCTV.
Persoalannya, strategikkah Muzium Pengangkutan Melaka yang agak jauh dari pusat pelancongan? Pada masa yang sama bangunan disebelah muzium ini masih kosong dan tidak didiami tanpa sebarang aktiviti kecuali muzium tersebut. Adakah ini yang dikatakan negeri maju?
Thursday, 26 January 2012
"Barisan Nasional" Masih Gagal Membina Kompleks Maahad Tahfiz
Hasrat "Barisan Nasional" membina sebuah Maahad Tahfiz untuk Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) masih belum tertunai walaupun tarikh untuk menyiapkan kompleks tersebut telah tamat 31 Disember 2011 yang lalu.
Perhatikan betul-betul papan tanda tersebut, ianya ditulis "Satu Lagi Projek Barisan Nasional".
Wah! begitu banyak wang nampaknya Barisan Nasional ingin menghadiahkan sebuah kompleks bangunan untuk Majlis Agama Islam Melaka. Harap-harap cadangan pembinaan kompleks bangunan tidak disiasat oleh Jabatan Audit Negara kerana ianya dibina oleh sebuah parti politik.
Kompleks tersebut sepatutnya dibina atas lot 19451, Mukim Bukit Katil agak ganjil kerana sebuah parti kompenen Barisan Nasional berhasrat membina Maahad Tahfiz untuk diserahkan kepada MAIM. Ianya seolah-olah mengambarkan Barisan Nasional memungut derma daripada ahli-ahlinya yang terdiri daripada MCA, MIC, GERAKAN dan UMNO bagi membina sebuah kompleks maahad tahfiz untuk MAIM.
Walaupun hasrat "Barisan Nasional" begitu "murni", bangunan tersebut masih gagal dinaikkan walaupun seketul bata.
Kedudukan papan tanda ini berada tidak jauh daripada Bilik Gerakan Barisan Nasional Parlimen Bukit Katil yang terletak hanya kira-kira 100 meter, mungkin pengerusi Barisan Nasional Melaka mempunyai jawapan untuk papan tanda dan projek ini.
Walaupun "Barisan Nasional" sehingga sekarang masih gagal membina bangunan ini, kerajaan mereka "Kerajaan Barisan Nasional" dikatakan beria-ia mengambil alih Maahad Tahfiz As-Solihin yang berada di Merlimau untuk dijadikan tahfiz baru di bawah kelolaan MAIM.
Wednesday, 25 January 2012
Apa Status Bangunan Tidak Siap di Semabok Ini?
Apa kesudahan bangunan tidak siap yang terletak di Semabok ini. Khabarnya ia milik seorang usahawan yang berjaya di Melaka ini.
Punca kepada terhentinya binaan ini menjadi tanda tanya orang ramai, Jika dikatakan tidak mempunyai kewangan agak tidak logik memandangkan pemiliknya merupakan antara usahawan yang berjaya didalam negeri Melaka ini
Jika masalah tersebut datangnya daripada PBT, apakah tidak ada lagi bagi penyelesaiannya untuk kerajaan negeri Melaka khasnya Ketua Menteri yang disebut-sebut menjaga kepentingan orang Melayu.
Takkan bangunan ini dibiarkan sebegini sahaja untuk menjadi mercu tanda Semabok yang baru. Berapa lama lagi bangunan ini akan dibiarkan usang setelah begitu banyak bangunan dalam negeri Melaka ini usang dan tidak digunakan.
Friday, 20 January 2012
Pembangunan 'Sampah'
Selain daripada itu, kesihatan penduduk agak terganggu akibat sisa sampah di Krubong dikatakan telah melebihi jumlah yang terpaksa ditampung oleh tapak tersebut. Ini sedikit-sebanyak mendatangkan ketidakselesaan kepada penduduk yang tinggal berdekatan dengan tempat pembuangan samapah ini.
Wednesday, 18 January 2012
Utamakan Lembu daripada Rakyat
Mana perginya slogan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"? Tugas kerajaan adalah menyediakan ubat-ubatan kepada rakyat namun sehingga ke hari ini ubat-ubatan Hospital Melaka masih lagi tergendala. Adakah kerajaan akan membiarkan keadaan ini berterusan kerana pesakit di Melaka semakin hari semakin bertambah namun stok bekalan ubat tidak mencukupi.
Tuesday, 17 January 2012
Apabila UMNO Bongkak
Monday, 16 January 2012
Jalan dan Longkang tidak dibina disebabkan berbeza Parti?
lorong sebelah kiri berhampiran gerai beliau |
Walaupun lorong kiri dan kanan berhampiran gerainya baru ditarkan dua bulan yang lalu, tetapi lorong ke gerainya tidak ditar dan dibiarkan bertanah merah.
lorong bertanah merah di gerainya |
Itulah yang berlaku kepada Yusuf Muda yang gerainya Bunga Lawang yang terletak di Lebuh AMJ berhampiran persimpangan Semabok-Duyong.
lorong berhampiran sebelah kanan gerainya |
Walaupun telah memohonnya lebih setahun yang lalu ianya masih tidak bertar, seolah-oleh jalan itu tidak ternampak oleh kontraktor.
Kejadian sebegini sering berlaku, dan kita sudah dapat mengagak apakah puncanya.
Pemikiran politik sempit masih lagi berlaku seolah-olah jalan yang dibina diambil dari duit parti pemerintah.
Dan masalah kedua yang berlaku ialah akibat sistem perparitan yang tidak sempurna, rumahnya yang terletak di Kg. Jembatan Duyong sudah tiga kali dinaiki air apabila hujan lebat.
Saturday, 14 January 2012
Untuk Apa Bendera BN Digantung pada Bangunan Sekolah?
Bendera BN berderetan sepanjang bangunan sekolah |
Dalam keghairahan Barisan Nasional menghadapi piliharaya umum ke-13, BN kelihatan terdesak sehingga sanggup menggantung bendera BN pada bangunan sekolah agama kerajaan negeri Melaka.
Tindakan terdesak itu dilakukan di Sekolah Rendah Ar-Rahman, Bukit Pulau, Dun Bukit Baru.
Kelihatan bendera-bendera Barisan Nasional digantung sepanjang bangunan sekolah.
Dihadapan pagar sekolah tergantung banner Kursus Jatidiri Jentera Pilihanraya BN Peti Undi Bukit Pulau.
Tidak diketahui sebab mengapa pada banner yang tertulis "Tempat: Balairaya Bukit Pulau", digantung diatas pagar Sekolah Rendah Agama Ar-Rahman.
Apakah mereka ingin mengadakan kursus tersebut di Sekolah agama tersebut? Tidakkan sekolah merupakan harta awam, tidakkah balai raya juga merupakah harta awam?
Apakah tindakan menulis "Balai Raya Bukit Pulau ini hanya untuk mengaburi mata orang awam?
Pada banner tersebut tertera nama Datuk Seri Haji. Mohd Ali bin Mohd Rustam selaku perasmian penutup.
Untuk maklumat Mohd Ali bin Mohd Rustam merupakan Adun Bukit Baru, dan bukit Pulau merupakan peti undi untuk dun Bukit Baru.
Walaupun rakyat sudah pandai membezakan mana satu harta awam dan mana satu harta parti, tetapi apakah Barisan Nasional masih tidak pandai-pandai untuk membezakan mana satu harta yang dibina dengan wang rakyat dan mana satu harta Barisan Nasional?
Friday, 13 January 2012
Isu Bekalan Ubat Kehabisan Lagi...
![]() |
sumber gambar:dapmlk.blogspot.com |
Disember lepas bekalan ubat di Hospital Melaka menjadi isu yang sangat kontroversi di Melaka ini.
Kali ini bukan di Hospital Melaka tetapi di Poliklinik Ayer Keroh apabila pesakit terpaksa balik tanpa ubat dan terpaksa datang semula apabila bekalan ubat telah ada.
Seorang warga emas yang enggan dikenali yang mengidap penyakit kencing manis mengadu beliau terpaksa balik tanpa ubat prostat dan ubat saraf.
Beliau terpaksa balik dengan transkrip ubat dan pihak poliklinik berjanji akan menghubungi beliau semula apabila bekalan ubat telah ada.
Tetapi sebulan telah berlalu pihak poliklinik masih belum menghubungi beliau.
Kenapa perkara begini boleh berlaku dalam keadaan Negeri Melaka yang dikatakan maju.
Inikah kononnya negeri yang berbangga dengan produk pelancongan perubatan apabila perubatan kepada rakyat sendiri pun gagal disediakan.
Sudah sampai masanya untuk rakyat menukar peneraju negara kearah Malaysia yang lebih sejahtera.
Thursday, 12 January 2012
Wednesday, 11 January 2012
Tanah Orang Melayu Tiada Nilai?
Friday, 6 January 2012
Wang Zakat: Bantu Keluarga yang Memerlukan, Bukannya Bina Bangunan Megah...
Melihat ketabahan seorang ibu tunggal membesarkan anak-anak dengan hanya pendapatan hanya sebanyak RM500 sangat menyayat hati.
Di tambah pula dengan musim persekolahan yang baru bermula pasti memerlukan belanja yang besar bagi membeli kelengkapan-kelengkapan persekolahan.
Rosita Abu, 40, terpaksa menggalas beban sebagai seorang ibu dan juga ayah kepada 3 orang anak-anaknya apabila suaminya meninggal akibat kanser usus.
Beliau yang menyewa di alamat 132-3 Kampung Bukit Baru Dalam, Bukit Baru, Melaka terpaksa pula membayar sewa bulanan sebanyak RM200.
Sebelum ini beliau mendapat kupon bantuan makanan secara bulanan dari pihak MAIM.
Tetapi sejak setahun setengah yang lalu bantuan tersebut telah dihentikan.
Lebih mendukacitakan apabila kupon bantuan makanan MAIM telah dihentikan tanpa diberi alasan.
Apabila adik beliau yang tinggal berdekatan menelefon pihak MAIM untuk menanyakan sebab-sebab kenapa kupon makanan tersebut dihentikan disambut dingin oleh pihak yang MAIM, meraka tidak memberikan alasan sebab pemotongan tersebut.
Sempena musim persekolahan ini, hanya seorang daripada tiga anak beliau mendapat bantuan persekolahan daripada pihak-pihak tertentu.
Diharap perberhentian bantuan ini bukanlah kesan daripada mendahulukan duit zakat RM13.85 juta untuk membina Kompleks Maim seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.
Thursday, 5 January 2012
Wang Zakat: Bina Bangunan RM13.85 juta, Apa Kata JKuasa Fatwa Negeri Melaka?
Laporan Ketua Audit Negara tahun 2009 mendedahkan bahawa "Kegagalan RMSB membina Kompleks MAIM menyebabkan MAIM terpaksa membangunkan sendiri Kompleks tersebut berjumlah RM13.85 juta dengan menggunakan peruntukan wang zakat." (Sumber:http://www.audit.gov.my/images/stories/pdf/laporan_kan/negeri/selatan/melaka%202009%20web.pdf )
Kes ini telah dilaporkan kepada SPRM oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Hj Azly Zahari dan beliau telah membuat tinjauan lanjutan pada Ogos 2011 yang lalu dan sumber SPRM tersebut memaklumkan wang tersebut adalah wang "lebihan" zakat. (Sumber:http://adlyzahari.blogspot.com/2011/08/lebihan-wang-zakat.html)
Jika betul bangunan tersebut dibina dengan menggunakan lebihan zakat, persoalannya disini ialah adakah MAIM yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Melaka sendiri telah melanggar fatwa yang dikeluarkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka sendiri yang telah diputuskan pada 2008 yang lalu berkenaan pengagihan lebihan wang zakat?
Fatwa tersebut secara jelas memperincikan bahawa wang lebihan zakat mestilah untuk kepentingan asnaf yang lapan. Berikut adalah fatwa tersebut.
"1. Menetapkan bahawa kaedah pengurusan lebihan agihan zakat daripada kutipan zakat bagi tahun semasa di Negeri Melaka adalah seperti berikut -
(a) lebihan agihan zakat daripada mana-mana bahagian asnaf bagi tahun semasa hendaklah dipindahkan kepada bahagianasnaf lain yang ada penerimanya dalam tahun semasa tersebut;
(b) sekiranya masih berbaki, lebihan agihan zakat daripada jumlah kutipan zakat bagi tahun semasa hendaklah dicampurkan dengan anggaran hasil kutipan zakat pada tahun berikutnya mengikut bahagian asnaf yang telah ditentukan; dan
(c) lebihan agihan zakat tersebut hendaklah disimpan di dalam kumpulan wang lebihan zakat.
2. Penggunaan dan perbelanjaan lebihan agihan zakat tersebut adalah hanya untuk lapan asnaf yang layak menerima zakat pada tahun yang berikutnya dengan menaikkan kadar bantuan agihan kepada setiap asnaf bagi tahun tersebut" (Sumber:http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/kaedah-pengurusan-lebihan-agihan-zakat-negeri-melaka)
Zakat adalah peruntukan yang telah ditetapkan asnafnya dalam Al-Quran dan Hadis dan tidak boleh lari daripada yang telah ditetapkan.
Benarkah wujud lebihan zakat seperti yang diperkatakan, kerana ada kes-kes penduduk yang saya ziarah dikurangkan jumlah bantuan bulanan dan ada kes ibu tunggal yang menyara anak yatim diberhentikan kupon bantuan makanan tanpa dimaklumkan alasan.
Dan jika ianya sekadar mendahulukan wang zakat untuk membina bangunan RM13.85 juta tersebut, adakah ianya telah dilunaskan kembali untuk diagihkan kepada yang berhak?
Tuesday, 3 January 2012
Wajarkah Pampasan Tanah RM8.50/kaki persegi?
Setiap kali projek kerajaan ingin dilaksanakan, pasti tanah orang melayu diambil alih untuk memberi laluan kepada projek pembangunan.
Begitu juga yang berlaku kepada penduduk Kg. Jembatan Duyong, Batu 3 ½, Duyung telah diambil oleh pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka untuk dibangunkan Projek Perkampungan Hang Tuah.
Yang menjadi buah mulut dikalangan penduduk disini ialah tanah yang diambil dibayar dengan pampasan yang tidak setimpal, dan berbeza-beza kadar bayarannya.
Ada penduduk yang dibayar serendah RM8.50/kaki persegi. Mereka ini kebanyakannya dikalangan penyokong BN sendiri.
Ada juga pemilik tanah yang bertegas dan menuntut bayaran yang lebih tinggi iaitu RM12/kaki persegi. Mereka ini dibayar dengan jumlah yang dituntut iaitu RM12/kaki persegi.
Malah ada juga penduduk yang meminta pampasan yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM16/kaki persegi dan mereka membawa tuntutan mereka ke mahkamah.
Kalau kes mereka berjaya pemilik tanah tersebut akan mendapat pampasan harga hampir sekali ganda dibandingkan dengan mereka yang akur tanahnya diambil yang yang kebanyakan terdiri dari penyokong BN tersebut.
Inilah keadaan yang berlaku di Melaka, setiap kali projek pembangunan dijalankan yang menjadi mangsa adalah rumah dan tanah orang melayu.
Setelah merdeka lebih 50 tahun, tidak adakah kaedah yang lebih baik untuk memberi situasi menang-menang kepada orang kampung dan pemaju.
Berbeza dengan apa yang berlaku di zaman British dahulu, setiap tanah yang diambil diganti dengan tanah yang lain.
Inilah yang dikatakan di mana UMNO kuat di situ melayu merempat.