Pages

Saturday, 31 December 2011

Pengundi UMNO mahukan Padang Bola?


UMNO memerintah Melaka sejak merdeka dahulu, namun begitu untuk melihat padang bola sepak yang sempurna untuk anak muda bermain dalam mana-mana kampong di Negeri Melaka ini amat sukar sekali.

Kalau nak diharapkan padang bola sekolah, pihak sekolah tidak benarkan, takkan hendak sewa stadium Hang Tuah untuk beriadah pada waktu petang.

Maka dicarilah mana-mana sawah terbiar atau tanah terbiar untuk dijadikan padang bola seperti yang berlaku di Kg. Jembatan Duyong ini.

Keadaan padang yang berselut dan penuh dengan rumput yang tinggi tidak dihiraukan kerana itu sahaja pilihan yang ada.

Walaupun diistiharkan sebagai negeri maju, untuk menyediakan padang bola yang sempurna pun gagal dpenuhi oleh kerajaan UMNO/BN.

Inilah harga yang dibayar oleh UMNO/BN kepada pengundi yang mengundi mereka. Mereka seolah-olah tidak menghargai pengundi-pengundi mereka untuk mengeluarkan sedikit peruntukan untuk membangunkan padang bola yang sempurna.

Berapa lama lagi anak-anak muda harus menunggu untuk dibinakan satu padang bola yang lebih baik dari sekadar sawah terbiar?

Kewujudan padang yang sempurna amat penting bagi membolehkan para belia memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti berfaedah.

Thursday, 29 December 2011

Tindakan Tidak Bertanggungjawab Ceroboh Tanah Awam

Bukti gambar serta dokumen  yang mana pihak tidak bertanggungjawab telah menceroboh tanah milik individu bagi kepentingan tertentu tanpa diizinkan oleh tuan tanah. Tindakan seperti itu seolah-olah pihak yang tidak bertanggungjawab itu menjadikan tanah individu seperti tanah milik sendiri. Turut dimuatkan sidang media.

Laporan polis





Longkang yang telah ditukar "dibengkokkan" laluan asalnya

Tanah diceroboh untuk diletakkan bahan binaan


Wednesday, 28 December 2011

PASTI Haram di Melaka?

Di bawah adalah dokumen-dokumen berkaitan dengan PASTI. Turut dimuatkan adalah video yang menceritakan bagaimana kronologi PASTI ini cuba diharamkan dari beroperasi.









Tuesday, 27 December 2011

Pihak Berkuasa Tempatan Tidak Nampak Bendera UMNO?


Dah hampir dua bulan bendera UMNO masih tergantung di pokok-pokok sepanjang jalan Kampung Bukit Katil dalam seliaan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya. 

Mungkin pihak majlis perbandaran tidak perasan tentang kewujudan bendera-bendera tersebut, ataupun mereka tidak terliaur untuk mencabutnya.

Cuba kalau bendera PAS dipasang sebegitu di Nergeri Melaka, Negeri Bandar Teknologi Hijau ini, pasti hilang dalam masa satu hari. Sungguh efisyen dan cekap Majlis Perbandaran.



Sebelum ini bendera PAS walaupun dipasang atas papan tanda milik cawangan Bukit Beruang disini, ianya dicabut dan dibuang begitu sahaja. Sungguh demokrasi negeriku ini.

Kita bukannya pasang kat pokok-pokok tepi jalan macam yang UMNO buat pun. Kita hanya pasang atas permis sendiri.

Mungkin bendera PAS tersebut menyakitkan mata pihak-pihak tertentu di Negeri Melaka, Negeriku Sayang ini?


Friday, 23 December 2011

Kenaikan Harga Permit Iklan Resahkan Peniaga Di Sekitar Bukit Baru



Dalam kontroversi lawatan sambil belajar beberapa ahli PBT seperti MBMB dan MPHTJ seperti yang dilaporkan olehMalaysiakini, kini kadar iklan untuk premis perniagaan pula dinaikkan.

Kenaikan kadar baru itu akhirnya memberi beban kepada rakyat apabila kos-kos tersebut dipindahkan kepada pengguna dengan menaikkan harga barang.

Peniaga-peniaga di sekitar Bukit Baru ini merungut dengan kenaikan kadar baru untuk permit iklan.

Untuk papan iklan tidak berlampu kadar bayaran yang dikenakan adalah meningkat sebanyak 71% daripada kadar biasa. Sebelum ini peniaga hanya peniaga hanya perlu membayar sebanyak RM30 untuk lima meter persegi tetapi sekarang dinaikkan sehingga RM60 untuk saiz yang sama.

Manakala kenaikan untuk papan tanda berlampu kenaikan melebihi 60% dari kadar sebelum ini. Kadar lama untuk papan iklan lapan meter persegi adalah RM40 manakala kadar yang baru adalah sebanyak RM65.

Peniaga-peniaga disini enggan mendedahkan nama mereka kerana bimbang dikenakan tekanan oleh pihak-pihak tertentu.

Thursday, 22 December 2011

Hanya UMNO?


Apabila terlalu lama berkuasa, orang lain tidak boleh tolong kecuali UMNO. Inikah yang dikatakan negara demokrasi? Di mana terma demokrasi yang sebenarnya dalam Malaysia? Terletak pada UMNO kah? Hayati wawancara dalam video di atas.


Wednesday, 21 December 2011

Adakah Bendera PAS Itu Haram?


Adakah Malaysia ini hanya milik UMNO/BN sehinggakan bendera parti lain dihalang untuk dikibarkan? Itulah yang terjadi kepada salah seorang warga emas yang dinafikan hak dalam menerima bantuan gara-gara menggatung bendera PAS.


Monday, 19 December 2011

Melaka Meriah Dengan Maksiat?

Selain terkenal dengan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Melaka juga terkenal dengan kelab-kelab malam yang terlalu banyak dan berleluasa di negeri ini

Ditambah pula dengan lelulusan Kerajaan Negeri  Melaka yang melanjutkan waktu hiburan sehigga jam 3 pagi menjelang bulan Ramadhan yang lepas merancakkan lagi industri arak dan pelacuran yang menyebabkan gejala sosial yang lebih parah lagi seperti  penzinaan, penggunaan dadah, pembuangan bayi dan lain-lain lagi.

Kerajaan melalui program ETP ingin mengangkat aktiviti hiburan seperti ini sebagai punca pendapatan negara kearah negara berpendapatan tinggi ini dilihat menggadaikan nilai-nilai Islam dan budaya masyarakat timur.

Apakah nilai dan seni budaya masyarakat Malaysia tidak lagi dapat menarik pelancong datang ke negeri Melaka ini. Apakah kita kekurangan produk perlancongan sehinggan perlu mempromosikan hiburan ala-barat sebegini?

Dengan kewujudan kelab malam yang banyak ini ditambah pula dengan melanjutkan waktu operasi, mampukah kerajaan Ali Rustam menyediakan penguatkuasa untuk membenteras aktiviti-aktiviti maksiat perjudian dan aktiviti pelacuran yang berlaku?

Waktu operasi bertambah, bertambahkah juga penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bagi memantau aktiviti-aktiviti maksiat yang dilakukan oleh orang Islam?

Hasil tinjauan mendapati begitu banyak kelab-kelab malam yang wujud disekitar kawasan Melaka Raya sahaja, tidak termasuk tempat-tempat yang lain lagi.





























































Saturday, 17 December 2011

Panas!!! Ali Rustam Umpama Cacing kepanasan Depan Penyokong Sendiri?

Satu kelakuan buruk UMNO Melaka yang tidak terdapat di daerah ataupun di negeri lain adalah menganggu ceramah pakatan rakyat. Pemimpin-pemimpin kanan Pakatan Rakyat yang pernah berceramah didalam Dun Bukit Baru ini pasti tahu akan perkara tersebut. Di mana PAS berceramah khususnya didalam Dun Bukit Baru ini pasti UMNO akan mengadakan ceramah bersebelahan.

Tindakan UMNO ini secara tidak langsung menterjemahkan rasa takut Adun Bukit Baru itu sendiri iaitu Datuk Seri Ali Rustam apabila beliau sendiri turun memberi ceramah, kononnya ingin menjawab isu yang dibangkitkan oleh pembangkang.

Ucapan-ucapan penceramah UMNO bukannya ditujukan kepada audien mereka, sebaliknya terus-menerus menyerang penceramah disebelah yang terdiri dari wakil pakatan rakyat. Penyokong-penyokong UMNO yang “diusung” kesitu hanya untuk meramaikan majlis.

Tindakan Ali Rustam itu tidak lebih seperti tikus membaiki labu, bilamana ianya terkial-kial menjawab hujah-hujah pakatan rakyat  yang datang dengan membawa “buah tangan” kejayaan pemerintahan negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Dari segi fact and figure tiada apa yang perlu dibanggakan dibawah pentadbiran Ali Rustam. Jadi, senjata yang paling ampuh adalah memainkan sentimen perkauman dan membangkitkan emosi orang melayu.
Semua kita sedia maklum pengundi tegar UMNO ini majoritinya jenis yang tidak keluar rumah untuk mendapatkan maklumat, mereka hanya mengharapkan berita RTM dan Buletin Utama.

Tindakan Ali Rustam yang terkial-kial menjawab hujah-hujah pakatan rakyat  itu bolehlah diumpamakan seperti “membunuh diri” dihadapan penyokong-penyokong sendiri yang terpaksa “di-insentifkan” untuk datang kesitu.

Apabila penyokong-penyokong UMNO tegar ini menggunakan akal yang rasional akan sedikit terkesan apabila mendengar sedikit-sebanyak isi-isi ceramah pakatan rakyat disebelah.

Dan disebabkan itu baru mereka tahu, oh! Rupaya negeri  yang ditadbir Pakatan Rakyat lebih baik dari negeri mereka sendiri.

Terima kasih Ali Rustam kerana mendedahkan penyokong tegar beliau kepada ceramah pakatan rakyat.

Kalau Ali Rustam ini seorang yang bijak ia sepatutnya “menambat” mereka dirumah sahaja kerana propaganda TV3 jauh lebih hebat untuk brainwash para penonton.

Tindakan Ali Rustam untuk memperluaskan program-program “lawan ceramah” seperti ini sangat dialu-alukan ke kawasan-kawasan lain seperti yang disarankan oleh beliau.



Wednesday, 14 December 2011

Mengapa UMNO Takut DAP?


Dalam persidangan UMNO, UMNO banyak menyebut DAP. Mengapa mereka begitu fobia dan menghentam DAP secukupnya? Ikuti wawancara saya dengan ADUN Kesidang, YB Goh Leong San dalam menjawab isu UMNO hentam DAP dalam persidangan UMNO baru-baru ini.

Tuesday, 13 December 2011

Monorel Fasa 1 Rosak Tetapi Mahu Teruskan Fasa 2


Sikap yang tidak bertanggungjawab Ketua Menteri Melaka yang mahu melaksanakan projek Monorel Fasa 2 tidak sedikit pun mengendahkan dengan apa yang berlaku pada monorel Fasa 1 yang telah mengalami kerosakan hampir RM16juta. Fasa 2 pembinaan Monorel ini dijangka siap pada Februari 2013 yang menelan kos RM21juta.

Alasan yang diberikan oleh Ketua Menteri adalah untuk meningkatkan bilangan pengunjung melihat keindahan Sungai Melaka. Apa yang kita tahu, monorel Fasa 1 sering kali rosak dan bilakah masa pengunjung akan menaiki Monorel tersebut. Boleh dikatakan sebulan ada sahaja kerosakan yang dihadapi oleh Monorel. Sampai bila kerajaan negeri harus menipu rakyat atas nama pembangunan yang tidak menguntungkan rakyat sendiri sebaliknya pelancong pun tidak menaiki Monorel yang sering rosak itu.

Menurut kenyataan Ketua Menteri dalam sebuah akhbar, projek sejauh 1.3 kilometer itu adalah sambungan kepada projek monorel fasa 1 yang dilancarkan pada 20 Oktober tahun lepas yang menawarkan kepada pelancong untuk menyusuri dan melihat pemandangan Melaka dari monorel tersebut. Projek yang akan dilaksanakan ini menjadikan keseluruhan panjang trek monorel sejauh 2.9 kilometer dengan membuat satu pusingan lengkap.

Perjalanan monorel yang bermula dari Taman Rempah itu akan melalui Jalan Bunga Raya, Jalan Tun Ali dan Jalan Tun Mutahir sebelum kembali semula ke Taman Rempah. Projek yang mendapat peruntukan sebanyak RM13.2 juta daripada Kementerian Pelancongan Malaysia itu akan dibangunkan oleh Agibs Engineering & Construction Sdn. Bhd.

Sunday, 11 December 2011

Akibat Menumpangkan Presiden Parti Politik Pembangkang....

Beliau bukan menumpangkan ketua gerila dari parti komunis, bukan juga menumpangkan ketua pengganas rangkaian antarabangsa, beliau hanya menerima pelanggan yang merupakan presiden parti politik yang berdatar di Malaysia dan mengikut lunas-lunas perlembagaan.

Ekoran dari menerima pelanggan yang merupakan VVIP parti politik tersebut, resortnya telah tidak lagi menerima pelanggan daripada agensi-agensi kerajaan negeri.

Ini dipercayai daripada arahan lisan dipercayai pihak-pihak tertentu yang busuk hati dan berotak sempit yang masih wujud walaupun dunia telah maju kedepan.

Kesalahannya hanya satu, menerima tetamu VVIP sebuah parti politik. Lainlah kalau tetamu itu ketua penjenayah yang paling dikehendaki ataupun pengamal ajaran sesat.

Perkara sebegini tidaklah pelik di dalam negeri ini memandangkan ketua kerajaan negeri ini pun pernah mengeluarkan larangan kepada kakitangannya supaya tidak mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan, dengan alas an tidak mahu kakitangan kerajaan meniru “dasar-dasar tidak baik” dari Kerajaan Negeri Kelantan.

Sekarang tidak tahulah bagaimana dengan larangan tersebut, samaada masih berkuatkuasa ataupun tidak, memandangkan empat buah negeri Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan juga Selangor telah jatuh kepada Pakatan Rakyat.

Sejak daripada itu, resort tersebut suram daripada menerima pelanggan daripada agensi-agensi kerajaan yang lain.

Sikap kebudak-budakan seperti ini masih lagi berlaku dan tekanan-tekanan seperti ini bertujuan memberi  pengajaran kepada pengusaha-pengusaha lain supaya jangan berhubung dengan pembangkang, hatta sebagai sebagai pelanggan resort sekalipun.

Kepada pemimpin parti politik pembangkang janganlah berasa hairan dan terkejut jika nanti anda datang ke “Negeri Maju” ini anda tidak diterima oleh pengusaha-pengusaha homestay dan resort. 

Friday, 9 December 2011

Kerana Program PAS, Pengusaha Hotel Mendapat Tekanan UMNO?


Adakah salah pihak PAS mengadakan program dihotel dan mengapa pihak pengurusan hotel ditekan sehingga pintu rezekinya ditutup gara-gara membenarkan acara yang dianjurkan oleh pihak PAS? Adakah pengurusan hotel di bawah kuasa UMNO? Hotel yang dulu gah dengan kehadiran pelancong ketika musim sekolah kini menjadi lesu dan kurang pengunjung.

Ketika program itu, tetamu jemputan yang hadir ialah Tuan Presiden, Dato Seri Abdul Hadi Awang yang merangkap presiden PAS. Ikuti sidang video di bawah bersama saya.